Pernah dengar air nabeez tak? Air sunnah ni kegemaran Nabi Muhammad SAW. Banyak betul khasiatnya.

Air nabeez adalah air rendaman kurma @ kismis. Kurma @ kismis direndam dalam air masak selama semalaman dan diminum keesokan harinya. Gunakan bekas yang bertutup tau..

SENANG JER CARA NAK BUAT AIR NABEEZ NI:

  • kurma (gunakan jumlah ganjil – 3 @ 5 @ 7 – ni untuk lebih kurang 200ml air) atau segenggam kismis (pilih salah satu jer, jangan campurkan kedua-duanya sekali) kalau nak dua-dua rendam dalam bekas berasingan. *** seeloknya guna kurma Ajwa, tapi kalau takde pun takpe… boleh guna kurma lain… pilihan saya adalah kurma Mariami sebab kurma Mariami ni sedap, kenyal dan tak berapa manis.. tapi ikut selera masing-masinglah yer
  • air masak segelas atau lebih kurang 200ml (kalau untuk 1 keluarga kena tambah la air ni yer, 1 jag mungkin) – nak lebih bagus gunakan air tapisan Get Clean Water Pitcher Shaklee sebab air tapisan daripada jag penapis air termurah ni mempunyai tahap alkali yang hampir sama dengan air zamzam (lihat gambar di bawah)

rendamkan kurma @ kismis ni semalaman dalam bekas bertutup (saya suka masukkan dalam fridge), esok tu dah boleh minum… seeloknya diwaktu pagi.. kalau berpuasa, minum semasa bersahur… kurma @ kismis yang direndam tu kita boleh makan yer..

IMG-20150607-WA0017
pH Air Tapisan Get Clean Water Pitcher Shaklee (7.8)
zazam ph
Air zamzam tiada warna atau bau, tapi mempunyai rasa yang amat istimewa dan pH 7.9 – 8.0 menandakan ia sangat alkali – Wikipedia.org

Orang dok selalu buat infused water dengan macam-macam jenis buah-buahan / sayuran kan… cuba buat guna kurma @ kismis ni pulak… banyak khasiatnya..

Sabda Rasulullah SAW:

”Barang siapa yang makan pagi dengan tujuh butir kurma Ajwa, maka tak akan mecelakainya racun dan sihir dihari itu”. (Riwayar Shahih Al-Bukhari)

MANFAAT KESIHATAN KURMA:

  • Pemberi dan pemulih tenaga
  • Tinggi kandungan serat
  • Mengelakkan kolesterol jahat dari terkumpul dalam tubuh
  • Mencegah / memulihkan sembelit
  • Kaya dengan potassium
  • Kesihatan jantung
  • Mengawal tekanan darah

KHASIAT AIR NABEEZ:

  • Minuman beralkali yang membantu untuk membuang asid dari perut dan sistem penghadaman
  • Berfungsi untuk detoks – menyingkirkan toksin dari dalam badan.
  • Membantu penghadaman yang baik
  • Memulihkan tenaga batin
  • Kesihatan sendi – baik untuk pesakit Arthritis
  • Meneutralkan kandungan asid urik (pesakit gout)

CARA LAIN UNTUK MENIKMATI AIR NABEEZ:

Selain daripada diminum begitu saja, ada jugak cara lain yang kita boleh buat untuk menambah kesedapan air nabeez ni. Antaranya:

  • Dikisar terlebih dulu sebelum diminum
  • Ditambah dengan yogurt atau susu dan dikisar untuk dijadikan smoothies
  • Ditambah dengan ESP atau Meal Shakes untuk smoothies yang lebih sedap dan tambahan nutrisi

Kalau nak tambah susu, kurangkan jumlah airnya yer kalau tak nanti jadi terlalu cair pulak. Gunakan nisbah 1:3 (1 bahagian air kosong: 3 bahagian susu segar) atau kalau nak rendam dalam susu terus pun boleh. Gunakan susu segar rendah lemak adalah yang terbaik.

nabeez
Ni Air Nabeez Yang Saya Buat, Dicampur ESP & Dikisar Menggunakan Shake & Take Blender

Untuk yang ditambah dengan ESP atau Meal Shakes boleh guna sukatan biasa (200ml) sebab ESP & Meal Shakes adalah dalam bentuk serbuk. Kepekatan bergantung kepada jumlah ESP & Meal Shakes, selalunya saya letak 2 @ 3 sudu jer.

Bagi ibu-ibu yang sedang menyusukan bayi pulak, boleh jugak ditambah dengan badam (yang telah direndam semalaman) dan dikisar sekali dengan air nabeez + ESP dan Meal Shakes. Badam berfungsi sebagai milkbooster.

NOTA PENTING: air nabeez seeloknya diminum segar (dibuat setiap hari) tapi kalau simpan dalam fridge boleh tahan untuk 1 atau 2 hari. Jangan simpan lebih daripada 2 hari sebab proses penapaian akan berlaku, dikhuatiri air rendaman bertukar kepada arak dan haram diminum.

air nabeez
Beginilah paras rupa penapis air mudah alih yang sangat murah dan mudah dikendalikan daripada Shaklee

Semoga bermanfaat.

Nieda
Business Leader & Shaklee Independent Distributor

Whatsapp:
019 – 707 1977

Email:
nieda@ohcantik.com 

Komen Facebook:
Air Nabeez (Air Rendaman Kurma @ Kismis): Minuman Kegemaran Rasulullah SAW Yang Menyimpan 1001 Khasiat
Tagged on:         

2 thoughts on “Air Nabeez (Air Rendaman Kurma @ Kismis): Minuman Kegemaran Rasulullah SAW Yang Menyimpan 1001 Khasiat

  • July 3, 2015 at 3:04 pm
    Permalink

    oh itu rupanya rupanya manfaat air nabeez,terima kasih atas perkongsian 🙂

    Reply
    • July 6, 2015 at 4:58 am
      Permalink

      Sama-sama… semoga bermanfaat yer… terima kasih kerana sudi singgah

      Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!