Bisnes online terbaik… bisnes MLM terbaik… Jutawan segera! Easy money!… join hari ni, esok dah boleh dapat income 4 angka… tak perlu jual apa-apa produk, tak perlu cari orang, tak perlu buat apa-apa… duduk rumah goyang kaki dan tunggu jer duit masuk berkepuk-kepuk dalam akaun. ‘Bisnes’ yang sangat menguntungkan kononnya.

LOGIK TAK?

Dek kerana orang fikir boleh dapat duit segera atau jadi jutawan segera dengan perniagaan MLM, maka ramailah yang mudah gelap mata dan banyak pulak syarikat yang ntah dari mana asal usulnya tumbuh macam cendawan lepas hujan dengan memperkenalkan konon-kononnya bisnes MLM & skim cepat kaya yang menguntungkan.

Tekanan ekonomi zaman sekarang ‘memaksa’ ramai orang yang kesempitan untuk terjebak dengan sistem MLM yang kotor ni. Ramai yang terpaksa bergadai, membuat loan, meminjam dari ahlong sebab nak buat modal perniagaan yang kononnya boleh buat jadi jutawan segera.

JANGAN!

Jangan mudah sangat terpedaya sebab sepatutnya dengan kecanggihan teknologi yang ada sekarang banyak sumber yang boleh kita rujuk untuk kaji sejauh mana sesuatu tawaran tu sahih atau tak. Check betul-betul samada perniagaan tu menguntungkan atau tak.

MLM pun ada yang punya sistem yang telus & Halal dan tak kurang jugak yang ada muslihat terselindung serta Haram hukumnya.

Macam mana nak tau yang MLM tu Halal atau Haram?

Ia HARAM jika:

Ahli berdaftar menyertai MLM dengan yuran tertentu, tetapi tiada sebarang produk untuk diniagakan, perniagaannya hanyalah dengan mencari orang bawahanya (downline), setiap kali ia mendapat ahli baru, maka diberikan beberapa peratus dari yuran ahi tersebut kepadanya.

Semakin banyak anggota baru bermakna semakin banyak jualah bonusnya. Ini adalah bentuk riba kerana memperdagangkan sejumlah wang untuk mendapat sejumlah lebih banyak yang lain di masa hadapan. Ia merupakan satu bentu Riba Nasiah dan Riba Al-Fadl.

Hal yang sama juga hukumnya bagi perniagaan MLM yang tidak mempunyai produk bersungguh dan berkualiti, sebaliknya produk miliknya hanyalah berupa ruangan laman web yang tidak berfaedah buat kebanyakkan orang, atau apa jua produk yang hanya dijadikan sebagai alasan pembelian.

Si ahli bukannya ingin membeli produk, tetapi untuk menyertai rangkaian serta memperolehi wang darinya. Ia juga termasuk dalam yang diharamkan.

Hal membeli produk tidak benar dengan niat utama memasuki rangkaian dan mendapat untung dari rangkaian ini telah difatwakan haram oleh Majlis Fatwa Al-Lajnah Ad-Daimah Arab Saudi no 15/192-193.

 

CIRI-CIRI YANG PERLU ADA DALAM BISNES MLM & KENAPA SHAKLEE JADI PILIHAN

  1. Produk yang dijual adalah jelas tujuannya
  2. Produknya bukan emas & perak
  3. Komisyen yang diberikan kepada ahli untuk setiap penjualan dan ahli dibawahnya adalah jelas
  4. Keuntungan dan komisyen bukan berdasarkan ‘kepala’ atau ahli yang ditaja
  5. Ahli tidak diwajibkan membuat pembelian sendiri di dalam jumlah / pakej tertentu
  6. ‘Upline’ tidak menaruh usaha atas jualan orang bawahannya (downline)
  7. Tidak menggunakan skim piramid iaitu skim siapa masuk dulu akan untung selamanya
  8. Mempunyai sistem komisyen dan bonus yang telus dan mudah difahami
  9. Penstrukturan plan pemasaran di antara ahli dan orang bawahanya adalah secara musyarakah

 

Tonton video pesanan tentang memilih bisnes online & MLM yang betul

 

 

why MLM shaklee

Jadi, sesiapa saja yang join jadi ahli Shaklee dan buat bisnes online terbaik Shaklee ni langsung tak perlu risau sebab ia mematuhi syarat-syarat Halal bisnes MLM seperti yang disebutkan di atas tadi dan ia memang perniagaan yang menguntungkan kalau dibuat secara bersungguh-sungguh.

Tak perlu ragu-ragu dah. Rezeki yang kita dapat haruslah berkat & yang penting sekali Halal. Bukan kerana gelap mata dengan duit sampai diabaikan Halal & Haramnya.

Semoga perkongsian ni dapat beri sedikit panduan & informasi kepada yang sudi membacanya dan tahu bisnes online terbaik dan bisnes MLM yang mana harus dipilih. Perniagaan yang menguntungkan & Halal.

bisnes online terbaik

 

HUBUNGI:

Nieda
Business Leader & Shaklee Independent Distributor

Whatsapp:
019 – 707 1977

Email:
nieda@ohcantik.com 

Komen Facebook:
Bisnes Online Terbaik & MLM: Jangan Tertipu

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *