MATA KERING

Pernah dengar tentang masalah ni?… atau anda sendiri yang hadapinya?… perit kan?.. mata jadi rasa sangat tak selesa, pedih dan kadang-kadang sampai jadi merah…

Mata kita bergantung kepada air mata untuk mendapatkan lembapan dan pelincir untuk memastikan ia sentiasa selesa dan dapat melihat dengan baik.

Air mata adalah kombinasi air, untuk kelembapan; minyak, untuk melincir;

Mukus, untuk penyebaran sama rata; dan antibody & protein khas, untuk mencegah jangkitan. Komponen-komponen ini dihasilakan oleh kelenjar istimewa yang terdapat pada sekitar mata. Bila sistem air mata tak seimbang, seseorang tu akan dapat masalah mata kering.

dry-eye-syndrome-11

Jadi, macam mana cara atasi mata kering ni?

Apabila airmata tak dapat melincirkan dan melembapkan mata dengan baik, seseorang tu akan mengalami:

  • Kesakitan
  • Sensitif kepada cahaya
  • Mata rasa seperti ada pasir
  • Gatal
  • Mata jadi kemerah-merahan
  • Pandangan jadi kabur

Kadang-kadang orang yang ada masalah mata kering ni akan alami lebihan airmata yang jatuh dipipi. Mengelirukan sikit kan? Ini sebenarnya terjadi bila mata tak mendapat pelincir yang cukup. Mata menghantar signal tekanan kepada sistem saraf untuk mendapatkan lebih pelincir.

Hasilnya, mata menjadi sangat berair bagi melawan balik kekeringan yang terjadi. TAPI, airmata ni biasanya hanyalah air yang tanpa kandungan pelincir berkualiti atau komposisi airmata yang sepatutnya.

Airmata ni akan membersihkan kekotoran tetapi tak mampu untuk melindungi atau melembapkan mata seperti yang sepatutnya. Jadi, cara atasi mata kering masih perlu dicari.

 

APAKAH PUNCA MATA MENJADI KERING?

Selain daripada sistem airmata yang tak seimbang, mata kering juga boleh disebabkan oleh situasi yang mengeringkan mata seperti udara yang kering daripada aircond, kepanasan atau keadaan persekitaran lain. Faktor lain yang menyebabkan mata kering termasuklah:

  • Proses penuaan, terutamanya menopause
  • Kesan sampingan daripada drugs tertentu seperti antihistamines dan pil perancang
  • Penyakit yang berkaitan dengan mata seperti Sjogren’s syndrome, rheumatoid arthritis dan collagen vascular diseases
  • Masalah struktur kelopak mata yang membuatkan mata tidak dapat ditutup dengan sempurna.

 

CARA ATASI MATA KERING

Walaupun mata kering tiada ubat tertentu, tapi ada beberapa langkah yang boleh anda ambil sebagai cara atasi mata kering. Anda juga boleh berbincang dengan pakar mata anda untuk pilihan rawatan yang terbaik & sesuai mengikut tahap permasalahan masing-masing.

Antara cara atasi mata kering yang boleh diambil ialah:

  • Menggunakan airmata palsu atau ointments
  • Menutup saluran yang menyebabkan airmata keluar secara berlebihan untuk sementara waktu – ini jangan buat sendiri yer… mesti dapatkan pakar mata untuk buat.. kalau buat sendiri ntah saluran apa yang ditutup pulak nanti… hehee
  • Lipiflow – sejenis medical device yang digunakan untuk memberikan tekanan kepada kelopak mata untuk membuka kelejar airmata yang tersumbat
  • Ubat-ubatan seperti titis masa steroid untuk digunakan bagi jangkamasa pendek
  • Vitamin omega 3 untuk membantu meredakan mata yang kering

Walaupun mata kering nampak macam masalah remeh, tapi ia tetap memberi beberapa komplikasi seperti:

  • Jangkitan
  • Kerosakan permukaan mata
  • Penurunan kualiti hidup (kerana penglihatan yang kabur / terganggu)

Satu lagi vitamin yang sangat baik yang boleh digunakan sebagai cara atasi mata kering ialah Carotomax Shaklee

Untitled

Karotenoid yang terkandung dalam Carotomax memberikan manfaat kesihatan dalam mengurangkan risiko penyakit terutamanya kanser dan penyakit mata seperti rabun, mata kering & silau. Jenis karotenoid yang biasanya dikaji berkaitan perkara ini adalah beta-carotene, lycopene, lutein dan zeaxanthin.

Khasiat karonetoid ini adalah kerana peranannya yang bertindak sebagai antioksidan. Beta-carotene pula mempunyai khasiat tambahan kerana kemampuannya menukar kepada vitamin A.

Lutein dan zeaxanthin pula berfungsi melindungi mata daripada terkena serangan penyakit kerana ia mampu menyerap sinar biru (blue light) yang boleh merosakkan mata.

Ambil karotenoid hanya dalam jumlah yang disarankan kerana dose yang berlebihan mungkin boleh memberi kesan kepada kesihatan paru-paru seorang perokok dan pekerja yang terdedah kepada asbestos.

LUTEIN & ZEAXANTHIN

Lutein dan zeaxanthin dikaitkan dengan dengan kesihatan mata dan kedua-dua ini adalah satu-satunya karotenoid yang ditemui pada retina mata. Lutein dan zeanxanthin terkumpul pada bahagian retina pada macula lutea (titik kuning), yang bertanggungjawab bagi penglihatan utama dan melindungi retina daripada sinar biru (blue light), yang boleh menyebabkan pengionan (ionization) dan kerosakan retina.

Lutein dan zeaxanthin juga berkesan dalam menangani masalah age-related macular degeneration (AMD) yang menjadi punca utama kepada buta. Ia dapat mengurangkan katarak dan masalah sensitif kepada cahaya jika diambil dalam dose yang betul setiap hari.

Secara umumnya, Vitamin A (Shaklee Carotomax) ini boleh membantu:

kesihatan retina mata (mengurangkan rabun)

  • kesihatan tisu kulit
  • kesihatan tulang
  • pembentukan membran mukus
  • pembentukan sel darah putih & sel darah merah
  • mengekalkan sistem imunisasi badan yang sihat

Mata kering boleh membawa kepada masalah mata yang lebih teruk jika tak dirawat. Jadi, jangan lambat bertindak jika anda sedang menghadapi masalah mata kering.

 

HUBUNGI:

Nieda
Business Leader & Shaklee Independent Distributor

SMS | Call | Whatsapp:
019 – 707 1977

Email:
nieda@ohcantik.com 

Komen Facebook:
Cara Atasi Mata Kering Supaya Tak Lagi Rasa Pedih & Pandangan Kabur

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge