CARA TAMBAH BERAT BADAN?

Yer.. bukan masalah terlalu gemuk jer yang dirunsingkan.

Terlalu kurus..

Terlalu gemuk…

Hanya dua masalah ni jer yang biasanya merunsingkan terutamanya kaum wanita. Kebanyakan orang pulak selalu fokus kepada masalah kegemukan jer sampai kadang-kadang terlupa pada orang yang hadapi masalah terlalu kurus ni.

Sana sini asyik bercerita tentang cara turunkan berat badan, makanan diet, petua turunkan berat badan tapi jarang ada yang berkongsi tentang cara tambah berat badan.

Terlalu kurus pun tak menarik jugak kan?

Badan sekeping sampai takde bentuk. Mesti ada yang tercari-cari cara nak tambah berat badan yang selamat dan takde lah sampai berisiko dapat obesiti pulak.

 

cara tambah berat badan
Terlalu kurus pun tak menarik kan?

 

Jangan risau… saya kongsikan cara tambah berat badan yang mudah, tips pemakanan, diet dan suplemen yang boleh membantu siapa-siapa saja yang berhajat nak tambah berat badan dan dapatkan bentuk badan yang lebih menarik.

 

FOLLOW TIPS NI..

  1. Ambil tambahan 500 kalori setiap hari boleh membantu kita untuk tambah berat badan lebih kurang 0.5kg seminggu. Walaupun nampak tak banyak, tapi ianya dah cukup bagus tau sebab kalau ambil kalori berlebihan pun nanti tak elok untuk kesihatan.
  2. Elakkan daripada makan makanan ringan, fast food, makanan manis walaupun makanan-makanan ni tinggi kalori tapi boleh mendatangkan penyakit pulak.
  3. Makan dan minum dengan kerap sekurang-kurangnya 6 kali sehari! Sarapan pagi, makan tengahari, makan malam dan diselang dengan snek diantara waktu makan.. again, cari snek yang sihat seperti buah-buahan (pilih buah dari yang jenis kurang berair), kekacang, minuman protein dan sebagainya.
  4. Tambah portion (saiz) makanan yang kita makan contohnya kalau biasa kita makan nasi lauk sekor jer ikan so, tambahkan jadi 2 atau 3 ekor. Kalau biasa makan sayur cuma 1 sudu, tambahlah jadi 3 atau 4 sudu… lebih pun takpe especially sayuran & ulam.
  5. Makan dengan cepat tapi bukan gelojoh yer. Ada sesetengah orang ambik masa yang sangat lama untuk makan jadi makanan akan cepat dihadam dan buatkan dia rasa cepat kenyang.
  6. Makan snek sebelum tido. Kalau orang yang nak turunkan berat badan biasanya dinasihatkan supaya tak makan selepas pukul 7.00mlm tapi untuk orang yang nak tambah berat badan lain pulak halnya. Sangat digalakkan untuk makan snek sebelum masuk tido dan of course la snek yang sihat. Jangan pulak makan kentang goreng tau.
  7. Tingkatkan selera makan. Ada orang yang memang jenis selera makan dia kecik. Tengok makanan pun kurang nafsunya. Jadi cuba buat sedikit exercise sebelum waktu makan sebab exercise boleh buatkan seseorang tu rasa lapar, tambah variety makanan biar nampak menyelerakan dan jangan minum air sambil makan sebab air boleh membuatkan kita cepat kenyang. Berenang pun boleh buatkan seseorang tu jadi lapar.
  8. Ambil lebih protein sebab protein membantu tubuh untuk membina otot. Otot boleh membantu untuk tambah berat badan tanpa risau tentang penambahan lemak. Antara sumber protein yang baik adalah daging, ikan, bijirin, kekacang, telur dan mentega kacang.
  9. Memasak menggunakan minyak zaitun, minyak canola atau mentega. Selain daripada dapat menambahkan kesedapan makanan, ia juga dapat meningkatkan tahap kalori dalam makanan.

 

CARA TAMBAH BERAT BADAN – ATASI PUNCANYA DULU!

Adakah anda selalu stress?

Atau selalu tak cukup tidur?

Tidur anda sering terganggu?

Selalu keletihan?

Anda sembelit dan tak pernah detoks?

Anda kuat makan tapi berat badan macam takde perubahan pun?

Kalau ini yang buatkan anda jadi tak selera makan atau selalu skip makan dan buatkan berat badan anda berada di dalam kategori ‘underweight’, ATASI punca ni dulu.

Tak guna jika anda hanya melulu nak tambah berat badan tanpa mengatasi punca kepada masalah masalah berat badan tersebut.

 

cara tambah berat badan

 

STEP BY STEP CARA TAMBAH BERAT BADAN

DETOKS!

Kenapa kena detoks?

Sebab usus yang kotor dan badan yang bertoksin akan buatkan zat nutrisi daripada makanan yang anda makan tak dapat diserap oleh tubuh dengan baik. Ini boleh jadi punca kenapa berat badan anda susah naik.

Makan banyak pun macam takde apa-apa berlaku je kat berat badan. Tetap kurus macam tu jugak.

Detokslah ye.

 

cara tambah berat badan

 

Berapa lama kena detoks ni?

Bulan pertama buatkan setiap hari, bulan kedua dan seterusnya detoks seminggu 2 atau 3 kali pun boleh.

Detoks adalah satu perkara yang anda HARUS buat secara berterusan kerana usus anda disumbat dengan macam-macam jenis makanan setiap hari dan toksin sentiasa terbentuk daripada sisa makanan yang tak habis keluar.

 

cara tambah berat badan

 

ATASI STRESS DAN DAPATKAN TIDUR YANG BERKUALITI

Anda seorang student yang kena hadap banyak assignments?

Anda seorang pekerja yang keda hadap jem setiap hari? Hadap bosses yang banyak expectations? Hadap paperwork dan report yang menimbun?

Selalu tak cukup tidur?

1 jam lepas letak kepala atas bantal pun belum tentu dapat lena?

Tidur selalu terganggu?

Ok, tak hairanlah kenapa berat badan anda susah naik. JADI, atasi stress dan masalah tidur kalau anda sedang cuba untuk tambah berat badan.

 

Baca juga: Cara Mengatasi Anxiety Disorder

cara tambah berat badan

 

cara tambah berat badan

 

ANDA NAK BERAT BADAN IDEAL?

Anda pasti dah tau cara tambah berat badan yang betul kan?

Wajib kenal pasti dulu punca kenapa anda tak selera makan. Kalau anda selalu stress, atasi masalah stress ni dulu.

Kalau anda selalu tak cukup tidur, dapatkan sokongan suplemen atau produk yang betul untuk bantu anda dapatkan tidur yang lebih berkualiti.

Apabila puncanya diatasi, anda takkan ada masalah lagi dengan berat badan atau selera makan.

Ingat! Nak atasi masalah, MESTI atasinya puncanya bukan komplikasinya sahaja.

 

cara tambah berat badan

 

Komen Facebook:
Cara Tambah Berat Badan: Atasi Puncanya Dulu

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!