Cara Kekal Awet Muda & Cegah Penuaan: Rahsia Saya

Macam mana agaknya yer nak kekal awet muda & cegah penuaan? Adakah kita perlu lakukan rawatan kosmetik yang mahal? Pembedahan? Adakah ini cara kekal awet muda yang betul?

Perlukah kita untuk sentiasa kekal awet muda? Masing-masing ada persepsi sendiri… dan saya takkan mengatakan siapa yang betul dan siapa yang salah kerana awet muda tu sendiri memberi makna yang luas.

Pada pendapat saya, memang perlu untuk kita sentiasa kekal awet muda.. bukan hanya dari segi penampilan / luaran, tapi dalaman juga penting.

Jangan tua sebelum waktunya.

Takkan la umur baru 20an atau awal 30an tapi dah sakit sana sini, selekeh, kulit muka kusam dan tak berseri kan? Niatkan nak sihat supaya mudah beribadat. Bila badan kita sihat, sel-sel kita muda… ia akan terserlah pada penampilan luaran kita.

Dalam artikel kali ni, saya nak kongsikan cara kekal awet muda & cegah penuaan yang saya buat. Jadi, ia adalah pengalaman peribadi saya sendiri dan tidak semestinya memberi kesan dalam tempoh yang sama kepada orang lain kerana sistem tubuh kita masing-masing ada keistimewaan tersendiri yer.. dan saya tidak memaksa siapa-siapa untuk buat apa yang saya buat.

 

BERAPA UMUR SAYA?

2017 – umur saya mencecah 40 tahun. Yer, 40 tahun… dah tua kan?… dan di bawah ni adalah foto saya yang terkini (Jun 2017)

cara kekal awet muda

Ramai orang tak percaya yang umur saya sudah pun menjejak 40an. Saya ambil itu sebagai satu pujian dan penghargaan. Sesungguhnya saya sangat bersyukur dengan nikmat yang Allah berikan kepada saya. Dalam kekalutan mengawal tahap kesihatan saya yang agak kelam kabut suatu masa dulu akibat serangan hyperthyroid, Allah masih pelihara kesihatan saya… dalaman dan luaran.

 

APA YANG SAYA BUAT UNTUK KEKAL AWET MUDA & CEGAH PENUAAN SERTA KEKAL SIHAT?

 

DULU….

Tak dinafikan dulu saya adalah jenis orang yang tak menjaga pemakanan. Saya makan apa saja yang saya nak. Ambil suplemen vitamin jauh sekali. Mungkin kerana masa tu saya masih belum terdedah dengan kesedaran tentang betapa pentingnya menjaga pemakanan dan pengambilan sokongan suplemen vitamin dalam kehidupan seharian.

Tak hairanlah dulu saya memang kerapa sakit. Kalau demam, tak usah ceritalah… 2 3 bulan sekali demam tu dah tentu.

 

SEKARANG…

Sejak didedahkan dengan kepentingan diet sihat dan pengambilan nutrisi yang cukup untuk kekal sihat, saya lebih bijak mengatur segalanya.

 

DARI MANA SAYA BERMULA?

Saya mula mengambil suplemen sejak saya disahkan ada breast lump (cysts) dan keguguran rambut yang kronik akibat komplikasi hyperthyroid.

Suplemen pertama yang saya ambil adalah Omega-6 (doktor bekalkan), protein (ESP Shaklee) & vitamin (BComplex Shaklee).

  • Omega-6 untuk membantu menstabilkan hormon bagi mengawal pertumbuhan cysts saya. Sekarang saya bertukar kepada Omega-6 Shaklee (GLA Complex)
  • Protein (ESP) & vitamin B (BComplex) pula untuk membantu kesuburan rambut.

Selepas mendapat kesan yang baik daripada suplemen-suplemen tu, bukan saja dari segi kesihatan tetapi juga dari segi kecantikan kulit & bentuk badan, saya mula cuba suplemen lain pula.

Saya ni jenis mudah dapat penyakit sebab sistem imum saya yang rendah gara-gara hyperthyroid, jadi saya perlukan bantuan suplemen yang boleh menguatkan sistem imun saya.

Pilihan saya adalah Vitamin C dan yes! It works!… memang berhasil. Sejak saya konsisten amalkan pengambilan vitamin C, saya memang jarang sakit dan sebagai bonus… kulit saya semakin sihat & cantik juga.

cara kekal awet muda

Bila saya ambil protein (ESP) dan Vitamin C otot dan badan saya juga jadi semakin anjal & pejal. Hinggakan suatu hari tu saya pergi ke Spa untuk massage, pekerja Spa tu cakap “best la urut badan Kak Nieda ni… pejal sungguh” J

 

 ANTIOKSIDAN

Cara kekal awet muda PALING PENTING… Setiap hari kita diserang oleh radikal bebas yang membuatkan sel-sel kita rosak. Apabila sel-sel kita rosak, kita akan kelihatan tua, kulit berkedut dan paling teruk lagi ia boleh menyebabkan penyakit seperti kanser dan sebagainya.

Badan kita tak mampu untuk menghalang serangan radikal bebas ni dengan sendirinya. Tak guna kalau kita beria tepek makeup tebal-tebal sebab nak nampak cantik sedangkan kita biarkan diri kita jadi mangsa serangan radikal bebas yang datang tanpa henti setiap hari… setiap masa. Jadi, apa saya buat untuk halang serangan radikal bebas ni?

Saya ambil suplemen antioksidan terbaik ni – VIVIX!

cara kekal awet muda

 

PENJAGAAN KECANTIKAN LUARAN – PRODUK SKINCARE

Saya ni bukan jenis yang mudah terpedaya dengan iklan-iklan produk kecantikan lebih-lebih lagi bila terlalu banyak produk tangkap muat di pasaran sekarang tak habis-habis ada saja antara produk tu disahkan mengandungi bahan kimia terlarang.

Saya dah beria jaga kesihatan, ambil suplemen yang baik sebagai cara kekal awet muda… takkanlah saya nak hancurkan dengan bahan kimia daripada produk skincare atau kosmetik kan?

Anyway, saya tak pakai kosmetik @ makeup tau… alat makeup yang saya ada hanyalah celak kening & lip gloss. Kalau nak keluar rumah, saya akan pakai CC Cream yang ada pelindung UV. Ini penting untuk cegah kerosakan kulit akibat sinar matahari yang sememangnya salah satu punca utama kepada kedutan, penuaan & jeragat.

Selain daripada suplemen semulajadi, saya juga guna produk skincare yang berasaskan bahan-bahan semulajadi dan bebas daripada kimia terlarang…. NUTRIWHITE!

cara kekal awet muda

NutriWhite Deep Foaming Cleanser untuk mencuci muka saya setiap hari.

 

NutriWhite Gentle Action Makeup Remover untuk menyingkirkan sisa kotoran yang terlekat di muka dan juga menanggalkan sel-sel kulit mati serta whiteheads / blackheads. YES! Ini bukan makeup remover biasa-biasa tau… gelnya yang sangat lembut dan halus mampu bertindak sebagai skrub untuk menyingkirkan sel-sel kulit mati dan whiteheads / blackheads. Makeup remover uolls mampu buat macam tu?

 

NutriWhite Overnight Renewal Whitening Cream untuk membantu memperbaharui kulit saya semasa saya tidur. Ini cara kekal awet muda yang selalu orang abaikan sedangkan ia adalah antara yang terpenting kalau nak kulit sentiasa segar, muda dan bebas cela. Cerita lanjut di Krim Malam Terbaik.

NutriWhite Spot Whitening Treatment untuk membantu meredakan jeragat. Bila umur kita bertambah, jeragat adalah antara masalah kulit yang paling awal datang menyerang. Muka yang dipenuhi dengan tompokan jeragat akan membuatkan seseorang itu akan kelihatan tua.

 

SUPLEMEN VITAMIN LAIN YANG SAYA AMALKAN

  • Lecithin & Herblax untuk bantu kawal berat badan sebab bila umur semakin meningkat, tahap metabolisma kita juga akan menurun dan ini akan membuatkan kita mudah gemuk walaupun makan sikit.
  • GLA Complex untuk bantu stabilkan hormon dan mencegah PMS
  • Ostematrix untuk membantu menguatkan tulang dan mencegah osteoporosis. Tak nak la luar jer nampak muda tapi tulang reput kan? 🙂

 

TIPS PEMAKANAN

  • Kurangkan / elakkan pengambilan gula putih (makanan & minuman manis)
  • Kurangkan / elakkan makanan segera & makanan diproses seperti sosej, burger dan sebagainya
  • Kurangkan penggunaan garam dalam masakan
  • Minum air kosong sekurang-kurangnya 2 liter sehari
  • Lebihkan makan buah-buahan dan sayuran segar dan salad
  • Minum teh hijau atau air lemon suam tanpa gula

Ok, itu jer rasanya yang saya nak kongsikan cara kekal awet muda yang saya amalkan. Haaa… untuk makluman, saya amalkan pengambilan Shaklee ni sejak tahun 2012 tau…. mula-mula tu taklah konsisten tapi lama kelamaan saya ambil secara konsisten dan efeknya sangatlah BEST!

 

TRANSFORMASI SAYA

cara kekal awet muda
Ini adalah saya! 🙂

Nak rasa dan dapat Shaklee Effect macam saya? WhatsApp saya di 019-7071977 sekarang yer.

 

KENAPA MESTI BELI PRODUK SHAKLEE DENGAN SAYA?

Dapatkan konsultasi eksklusif secara berterusan apabila membuat belian produk Shaklee melalui saya. Dan dapatkan juga tawaran-tawaran dan diskaun hebat yang Shaklee berikan kepada semua penggunanya yang berdaftar sebagai ahli.

 

WHATSAPP / SMS:

Nieda
Business Leader & Shaklee Independent Distributor

Whatsapp:
019 – 707 1977

Email:
nieda@ohcantik.com 

Komen Facebook:

You May Also Like

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge