Ada ke cara mencegah buah pinggang rosak? Baiklah.. macam yang kita semua maklum, sakit buah pinggang atau masalah kerosakan buah pinggang dah tak asing lagi dengan orang Malaysia… bukan saja orang tua atau orang dewasa, kanak-kanak pun ada yang menghidap penyakit penapis buah pinggang bocor atau dikenali juga sebagai Nephrotic syndrome.

Lagi satu bukti nyata yang menunjukkan bahawa kerosakan buah pinggang jadi masalah atau penyakit yang semakin menjadi-jadi adalah lambakan pusat dialysis… tengok jer lah… hampir di semua daerah akan ada pusat dialisis… tak kisahlah samada pusat dialisis tu milik swasta, orang persendirian ataupun kerajaan. Dan pusat-pusat dialisis ni pulak memang kebiasaannya akan sentiasa penuh.

Antara punca utama kerosakan buah pinggang adalah pemakanan dan gaya hidup. Jadi, cara mencegah buah pinggang rosak paling berkesan sudah tentu juga bermula daripada pemakanan dan gaya hidup yang perlu diperbaiki dan diubah..

 

CARA MENCEGAH BUAH PINGGANG ROSAK MELALUI PEMAKANAN DAN GAYA HIDUP

Doktor biasanya akan mengesyorkan special diet untuk menyokong kesihatan buah pinggang dan menghadkan beban buah pinggang sebagai salah satu cara merawat penyakit buah pinggang kronik atau CKD (chronic kidney disease).

Bergantung kepada situasi individu, fungsi buah pinggang dan keadaan kesihatan secara menyeluruh, pakar diet biasanya akan mengesyorkan seseorang yang sedang menghidap penyakit buah pinggang atau kerosakan buah pinggang untuk:

 

MENGELAKKAN MAKANAN / PRODUK MAKANAN YANG ADA TAMBAHAN GARAM

Kurangkan pengambilan garam setiap hari dengan cara mengelakkan daripada makanan dengan garam tambahan termasuklah makanan ringan, makanan sejuk beku, makanan dalam tin, daging atau ayam yang diproses seperti nugget, sosej, daging burger dan keju.

 

processed-foods
Makanan segera dan makanan yang diproses mengandungi kandungan garam yang sangat tinggi dan tidak baik untuk kesihatan

 

PILIH MAKANAN YANG RENDAH KANDUNGAN POTASSIUM

Makanan rendah kandungan potassium termasuklah pisang, oren, ubi kentang, bayam dan tomato. Contoh lain termasuklah epal, kobis, lobak merah, kacang hijau, anggur dan blueberries. Ambil perhatian bahawa kebanyakan jenis garam mengandungi potassium, jadi elakkannya sebagai cara mencegah buah pinggang rosak daripada menjadi lebih kronik.

 

HADKAN PENGAMBILAN PROTEIN

Pakar diet biasanya akan menentukan jumlah protein yang boleh diambil orang individu yang sedang menghidap kerosakan buah pinggang. Contoh sumber makanan  yang tinggi protein ialah daging, telur, susu, keju dan kacang. Makanan yang rendah protein pula adalah seperti sayur-sayuran, buah-buahan, roti dan bijirin.

 

CARA MENCEGAH BUAH PINGGANG ROSAK DARIPADA MENJADI LEBIH KRONIK MELALUI GAYA HIDUP

Antara yang boleh anda lakukan untuk mencegah buah pinggang rosak daripada menjadi lebih kronik atau CKD (chronic kidney disease) melalui penambahbaikan gaya hidup ialah:

 

KURANGKAN PENGAMBILAN ALKOHOL

Kalau anda (bukan Muslim) memilih untuk minum minuman beralkohol, berpada-padalah kerana alkohol juga adalah salah satu daripada punca kerosakan buah pinggang.

 

IKUT ARAHAN YANG BETUL JIKA MENGAMBIL UBAT-UBATAN

Pengambilan ubat tahan sakit yang berlebihan dan tak terkawal boleh menyebabkan buah pinggang rosak dan ia seharusnya dielakkan jika anda memang sedang menghidap penyakit buah pinggang. Aspirin, ibuprofen dan acetaminophen adalah antara jenis ubat tahan sakit yang biasa diambil oleh orang ramai…. ikut arahan yang betul kalau anda nak ambil yer. Minta nasihat doktor jugak untuk pastikan samada ubatan (dadah) ni selamat atau tak untuk anda.

 

KEKALKAN BERAT BADAN YANG SIHAT

Kalau berat anda sekarang berada pada tahap berat badan ideal / sihat, cuba sebaik mungkin untuk kekalkannya. Tapi, kalau anda perlu turunkan berat badan, minta nasihat doktor dan cari jalan paling selamat untuk menurunkan berat badan. Senaman dan kurangkan pengambilan kalori boleh membantu. Berat badan yang sihat bukan saja boleh menjadikan cara mencegah kerosakan buah pinggang menjadi lebih berkesan, tapi ia akan menambah kualiti kehidupan seharian kerana anda akan rasa lebih sihat & bebas beraktiviti.

 

JANGAN MEROKOK

Jika anda seorang perokok, cubalah sebaiknya untuk berhenti merokok. Kaunseling, support group, ubatan atau cara alternatif paling mudah yang memang terbukti boleh membantu.

 

TINGKATKAN TAHAP KESIHATAN

Sekiranya anda memang sedang sakit atau mengalami kondisi yang boleh meningkatkan risiko terhadap kerosakan buah pinggang kronik, cepat-cepat berjumpa doktor untuk jalankan ujian dan ketahui tanda-tanda kerosakan buah pinggang supaya langkah awal dapat diambil.

Saya tak nafikan, agak mencabar sebenarnya untuk buat semua cara mencegah kerosakan buah pinggang dengan kehidupan zaman sekarang yang serba sibuk, makanan serba segera, tekanan dan pencemaran alam sekitar.

Tapi suka atau tak, kena buat jugak sebab apabila buah pinggang dah rosak, ia akan terus merosak sampai bila-bila dan paling teruk lagi sebab ia juga boleh membawa masalah dan penyakit lain termasuklah risiko sakit jantung.

Jadi, anda TIADA PILIHAN selain daripada mengubah gaya hidup dan pemakanan kepada yang lebih sihat dan memperlahankan kerosakan tersebut daripada menjadi lebih kronik.

Amalkan pengambilan suplemen antioksidan Vivix & Omega Guard sebagai langkah dan cara cegah buah pinggang rosak

cara mencegah buah pinggang rosak

cara mencegah buah pinggang rosak
Salah satu punca buah pinggang rosak adalah akibat oksidasi dan radikal bebas. Cegah kerosakannnya dengan antioksidan tinggi daripada Vivix

 

cara mencegah buah pinggang rosak
Selain daripada memelihara kesihatan jantung, Omega-3 sangat penting dalam mengawal tekanan darah yang menjadi titik tolak kesihatan buah pinggang juga

 

Walaupun tadi saya katakan yang kerosakan buah pinggang ni hampir tiada peluang untuk sembuh, tetapi amazingly dah ramai yang dapat kesihatan yang lebih baik dengan bantuan pemakanan tambahan @ suplemen yang betul.

MACAM MEREKA-MEREKA NI…

 

cara mencegah buah pinggang rosak

 

cara mencegah buah pinggang rosak

cara mencegah buah pinggang rosak

cara mencegah buah pinggang rosak

 

HUBUNGI:

Nieda
Business Leader & Shaklee Independent Distributor

Whatsapp sahaja:
019 – 707 1977

Email:
nieda@ohcantik.com 

Komen Facebook:
Cara Mencegah Buah Pinggang Rosak & Kekal Sihat

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *