MACAM MANA CARA MENCUCI MUKA YANG BETUL DAN BERAPA BANYAK PRODUK YANG PERLU KITA GUNA?

Guna pencuci muka banyak-banyak dan cuci muka kerap-kerap sebab nak kulit lebih cepat jadi cantik. Adakah ini cara mencuci muka yang betul?

TIDAK!

Setiap satu produk yang kita gunakan ada hadnya tau.

Jom baca sharing saya kali ni.

DAPATKAN HASIL YANG LEBIH BAIK DARIPADA PRODUK SKINCARE ANDA DENGAN MENGGUNAKANNYA SECARA BETUL

Pencuci muka, toner, serum, krim pelembab dan lain-lain; berapa banyak yang perlu digunakan?

 

PENCUCI MUKA

Samada pencuci muka dalam bentuk gel atau krim, saiz sebesar biji kacang untuk sekali penggunaan sudah mencukupi. Untuk yang jenis buih, sekali pam sudah cukup. Ahli dermatologi Miami, Alicia Barba mencadangkan mencuci muka sekali diwaktu pagi, 2 kali diwaktu petang sekiranya anda memakai makeup, atau cukup hanya sekali diwaktu malam sekiranya tidak memakai makeup.

Mencuci adalah asas yang paling utama dalam penjagaan kulit muka, jadi amatlah penting untuk anda mengetahui cara mencuci muka yang betul supaya anda mendapat hasil yang tepat.

Jika terlalu banyak: boleh menyebabkan kulit menjadi kering akibat kehilangan kelembapan yang keterlaluan terutamanya jika anda menggunakan pencuci muka yang mengandungi sabun atau yang terlalu banyak buih.

Jika terlalu sikit: kekotoran mungkin tidak dapat dicuci dengan sepenuhnya dan akhirnya boleh menyebabkan liang pori tersumbat dan masalah jerawat. Pastikan juga anda menggunakan produk yang non-comedogenic (tidak menyumbat liang pori)

 

SERUM

Saiz seperti kacang pea sudah boleh membekalkan kulit dengan bahan untuk membantu mengatasi hidrasi, pengelupasan, jerawat atau kulit kusam.

Jika terlalu banyak: ada produk yang boleh menyebabkan pengelupasan

Jika terlalu sikit: tidak akan mendapat hasil seperti yang sepatutnya

 

KRIM MATA

Jangan guna berlebihan. Saiz sebesar kacang pea sahaja sudah mencukupi untuk sebelah mata. Dua mata maknanya 2 biji kacang pea lah yer… hehee

Jika terlalu banyak: boleh membuatkan kulit menjadi sensitif, menyumbat liang pori dan merengsakan mata.

Jika terlalu sikit: boleh menyebabkan kulit menjadi kering.

 

KRIM PELEMBAB

Saiz sebesar duit 5sen sudah memadai untuk melembapkan seluruh kulit muka.

Jika terlalu banyak: boleh menyebabkan kulit berkilat dan berjerawat. Anda juga akan berasa rimas kerana berlebihan lembapan, selain membuatkan bedak menjadi bertompok-tompok.

Jika terlalu sikit: kulit akan berasa tegang, mengelupas dan nampak kusam kerana tidak mendapat lembapan secukupnya.

 

SUNCREEN @ PELINDUNG MATAHARI

Gunakan dalam saiz sebesar buah anggur untuk muka. Untuk bahagian badan yang lain, sapukan seratanya tanpa perlu berlebihan. Tetapi jika anda menggunakan krim pelembap mukaĀ  yang sudah dilengkapi dengan pelindung UV, ikut jumlah penggunaan krim pelembap seperti di atas.

Jika terlalu banyak: kebanyakan orang tidak menggunakan sunscreen dengan cukup. Jadi, jaranglah berlaku kes berlebihan penggunaan ni.

Jika terlalu sikit: kita boleh mendapat sunburn. Lama-kelamaan, kita juga boleh mendapat kerosakan kulit akibat daripada sinaran cahaya matahari yang menyebabkan kulit nampak lebih tua sebelum umur. Lebih teruk lagi, kita juga boleh mendapat kanser kulit.

 

SKRUB MUKA

Saiz sebesar biji kacang sudah mencukupi. Disyorkan untuk menggunakan skrub yang mempunyai biji bulat licin, bukan biji-biji yang tajam-tajam kerana ia boleh memecahkan kulit.

Jika terlalu banyak: kulit boleh menjadi kering, sakit, kemerahan.

Jika terlalu sikit: tidak memberi apa-apa kesan sebab skrub bukan satu kemestian. Ada takpe, takde pun takkan menjejaskan kulit.

 

Baiklah, sekarang anda dah tahu tentang cara mencuci muka yang betul tetapi anda masih tak tahu nak memilih produk skincare yang mana supaya anda boleh mendapat penjagaan kulit yang selamat dan berkesan.

Lihat cadangan berikut..

 

CADANGAN SET PENJAGAAN WAJAH YOUTH SHAKLEE

produk kecantikan

 

KUASA BOTANI YOUTH

Dengan 8 paten dan paten-pending, setiap produk YOUTH Shaklee Malaysia dirumus secara khusus untuk menangani pelbagai penuaan kulit.

 

LOTUS JAPONICUS

Patent-pending YOUTH Complex, yang diinfus dengan Lotus Japonicus bagi mengaktifkan protein utama untuk menjana semula sel-sel kulit untuk menghasilkan lebih banyak kolagen dan elastin. Ini akan membuatkan kulit lebih tegang dan anjal. Toink! Toink!

Gabungan YOUTH Complex Lotus Japonicus dengan ekstrak buah Schisandra Chinensis yang secara struktural membantu memberikan lebih banyak nutrien dan tenaga kepada kulit. Kulit lebih muda!

 

ANGGUR MUSCADINE

Paten-pending polifenol anggur muscadine yang terdapat dalam setiap produk YOUTH melindungi dan memperbaiki sel DNA dalam kulit anda sambil menghalang kerosakan kolagen dan elastin.

Kerosakan kolagen dan elastin menjadi salah satu punca utama penuaan kulit.

 

VITAL REPAIRĀ® + COMPLEX

Multi-paten Advanced Vital Repair + Complex menyediakan nutrien antioksidan dan vitamin penting untuk menghalang radikal bebas yang merosakkan kulit dan menggalakkan pertumbuhan sel baru yang lebih sihat.

Sel baru yang muda dan sihat akan membuatkan kulit anda tampil lebih muda.

Lihat TESTIMONI YOUTH

 

TUNGGU DULU!

Adakah dengan hanya mengetahui mencuci muka yang betul seperti berapa banyak pencuci muka, toner, serum yang perlu digunakan sudah mencukupi?

Sebenarnya TIDAK!

Selain daripada menggunakan produk skincare terbaik dan jumlah yang betul, anda juga sebenarnya perlu tahu teknik mencuci muka, menyapu toner, serum dan krim pelembab yang betul. Ini kerana, jika tersalah teknik, anda mungkin saja bakal menambah lagi kedutan & kekenduran pada kulit muka anda.

Mesti anda tak mahu ini terjadi kan? Anda gunakan produk skincare sebab nak cantikkan kulit, nak kulit tegang & anjal. Tapi, oleh kerana tersalah teknik penggunaan, lain pula jadinya.

Teknik khas ini akan saya kongsikan dengan semua pelanggan yang membeli set YOUTH melalui saya.

 

cara mencuci muka yang betul

 

Komen Facebook:
Cara Mencuci Muka Yang Betul Untuk Hasil Yang Optima

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!