Pernah dengar tentang “Anxiety Disorder” atau dalam bahasa Melayunya gangguan kerisauan? Macam mana cara mengatasi anxiety disorder ni? Adakah penawar yang boleh meredakan atau sekurang-kurangnya mengawal masalah ini?

Saya akan huraikan kemudian yer. Sebelum tu, apa kata kita ambil tahu serba sedikit tentang anxiety disorder ni.

 

APAKAH ANXIETY DISORDER (GANGGUAN KERISAUAN)?

Semua orang ada perasaan cemas; ini adalah normal. Kita selalunya jadi cemas atau risau bila menghadapi masalah di tempat kerja, sebelum menduduki peperiksaan atau membuat keputusan penting. Kalau saya, sebelum buat eFiling LHDN pun jadi cemas jugak… 😀 😀 😀

Itu perasaan cemas atau risau yang biasa. Tapi anxiety disoder atau gangguan kerisauan adalah berbeza. Ia boleh menyebabkan tekanan yang sangat mengganggu kehidupan seharian.

Gangguan sebegini adalah sejenis masalah mental yang perlu dipandang serius. Orang yang menghidap masalah ini sentiasa merasa cemas dan risau berpanjangan. Tetapi dengan rawatan, ramai orang mampu mengawal perasaan tersebut dan boleh menjalani hidup dengan lebih baik.

 

cara mengatasi anxiety disorder

 

TANDA-TANDA ANXIETY DISORDER

Secara umumnya, simptom-simptom anxiety disorder adalah seperti berikut:

  1. Rasa panik, takut dan gelisah
  2. Sukar tidur
  3. Tangan atau kaki sejuk atau berpeluh
  4. Sesak nafas
  5. Degup jantung menjadi laju dan tak sekata
  6. Tidak mampu untuk duduk tenang
  7. Mulut kering
  8. Kaki atau tangan menjadi kebas
  9. Loya
  10. Ketegangan otot
  11. Pening

 

APAKAH PUNCA ANXIETY DISORDER?

Punca sebenar anxiety disorder ini tidaklah diketahui, tetapi anxiety disorder atau gangguan ini bukanlah terjadi kerana kelemahan diri sendiri, kecacatan karakter atau cara seseorang itu dibesarkan.

Berdasarkan kajian oleh saintis, gangguan sebegini berpunca daripada kombinasi beberapa faktor termasuklah perubahan pada otak dan tekanan sekeliling.

Seperti masalah berkaitan otak yang lain, anxiety disorder boleh berpunca daripada masalah pada fungsi otak yang mengawal rasa takut dan lain-lain emosi.

Tekanan perasaan berpanjangan boleh mengubah cara sel saraf pada bahagian otak ini dalam menghantar informasi dari satu bahagian ke bahagian lain dalam otak.

Kajian juga menunjukkan bahawa anxiety disorder boleh jadi kerana keturunan. Faktor persekitaran tertentu seperti trauma boleh mencetuskan anxiety disorder pada individu yang ada sejarah keluarga dengan masalah yang sama.

 

cara mengatasi anxiety disorder

 

BAGAIMANA CARA MENGATASI ANXIETY DISORDER?

Ubat-ubatan: drugs yang digunakan untuk mengurangkan simptom-simptom anxiety disorder termasuklah antidepressant (agen anti-murung), antipsikotik dan sebagainya.

Psikoterapi: kaunseling untuk membantu tindakbalas emosi dan masalah mental.

Terapi kelakuan kognitif: sejenis psikoterapi untuk membantu penghidap anxiety disorder untuk mengenalpasti dan mengubah cara berfikir serta kelakuan yang membawa kepada gangguan perasaaan.

Menukar kepada diet dan gaya hidup yang lebih sihat juga boleh menjadi salah satu cara mengatasi anxiety disorder.

Relaxation therapy

 

cara mengatasi anxiety disorder

 

BOLEHKAH ANXIETY DISORDER DICEGAH?

Anxiety disorder tidak boleh dicegah; kalau dia nak jadi, dia jadi. Walau bagaimanapun, ada beberapa perkara yang boleh dilakukan untuk mengawal simptom-simptomnya:

Berhenti atau kurangkan pengambilan makanan / minuman berkafein seperti kopi, teh, cola, minuman tenaga dan coklat.

Minta nasihat doktor sebelum membuat keputusan untuk membeli ubat-ubatan farmasi atau herba kerana kebanyakannya mengandungi bahan kimia yang boleh meningkatkan simptom anxiety.

Dapatkan kaunseling dan sokongan jika selalu rasa cemas atau takut secara tiba-tiba tanpa sebarang sebab yang jelas.

Baca juga: Cara Atasi Hyperthyroid & Langkah Mengawalnya

cara mengatasi anxiety disorder

 

CARA MENGATASI ANXIETY DISORDER DENGAN SOKONGAN VITAMIN @ SUPLEMEN YANG BETUL

Selain daripada ubat-ubatan, pengambilan nutrisi yang betul juga sangat penting dalam membantu individu yang menghidap anxiety disorder.

Antara vitamin @ suplemen penting yang perlu diambil sebagai cara mengatasi masalah tersebut adalah:

Vitamin B – Vitamin B6 (Pyridoxine), B1 (Thiamine) dan B3 (Niacinamide) adalah vitamin terbaik untuk anxiety. Terkenal dengan kesan positifnya kepada sistem saraf, vitamin B membantu untuk menstabilkan paras body’s lactate yang bertanggungjawab kepada pelbagai jenis serangan anxiety.

Vitamin C – Satu lagi vitamin suplemen yang efektif untuk anxiety adalah vitamin C. Ia memainkan peranan yang sangat penting dalam fungsi kimia otak dan kelenjar adrenal. Ia akan memberi efek penenang yang boleh mengurangkan anxiety.

Vitamin E – Vitamin E memainkan peranan penting bagi anxiety kerana ia membantu untuk mengangkut oksigen kepada otak. Otak yang kekurangan oksigen akan mengalami gangguan dan akhirnya membawa kepada pelbagai masalah termasuklah anxiety.

Mineral surih (trace minerals) – Suplemen lain yang turut membantu dalam masalah anxiety adalah zink, kalsium, magnesium, potassium dan selenium. Magnesium dan kalsium yang cukup dalam badan boleh mencegah ketegangan saraf. Kalsium pula bertindak sebagai penenang semulajadi manakala magnesium berfungsi untuk melegakan kekejangan otot dan keresahan.

Asid lemak omega-3 – Asid lemak omega-3 sudah lama terbukti dalam memelihara kesihatan otak. Jadi, ia memainkan peranan yang sangat penting bagi penghidap anxiety disorder untuk membantu mengawal fungsi otak. Ia sangat penting untuk mengekalkan fungsi dan struktur neuron, iaitu sel dalam sistem saraf manusia.

 

MEMILIH PENGAMBILAN VITAMIN @ SUPLEMEN YANG LEBIH SELAMAT SEBAGAI CARA MENGATASI ANXIETY DISORDER?

 

cara mengatasi anxiety disorder

 

SUPLEMEN UNTUK MEMBANTU MENGATASI ANXIETY DISORDER

Tak perlu banyak.

Anda hanya perlukan ESKAYVIE MINDTROPIC sebagai penyelamat. Amalkan 2 biji, PAGI & MALAM setiap hari untuk minda yang lebih rileks, tenang, tidur yang lebih lena & pagi yang lebih ceria!

Cubalah & rasai sendiri kesannya. Anda akan berterima kasih dengan diri sendiri kerana memilih MINDTROPIC!

 

cara mengatasi anxiety disorder

 

cara mengatasi anxiety disorder

 

cara mengatasi anxiety disorder

 

cara mengatasi anxiety disorder

 

cara mengatasi anxiety disorder

 

cara mengatasi anxiety disorder

 

cara mengatasi anxiety disorder

 

cara mengatasi anxiety disorder

 

Komen Facebook:
Cara Mengatasi Anxiety Disorder Sebelum Melarat
Tagged on:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!