Jerawat putih @ milia memang susah nak hilangkan. Degil! sebab dia tersumbat / terperangkap terus di bawah kulit. Picit macam mana pun memang tak nak keluar… air mata jer yang keluar… sebab menahan sakit… hahahaa…

Bagi siapa-siapa yang ada masalah jerawat putih, mungkin boleh la cuba beberapa cara menghilangkan jerawat putih macam yang saya kongsikan di bawah ni.

 

1.SAUNA MUKA

Sauna muka adalah salah satu daripada cara menghilangkan jerawat putih @ milia kerana ia membantu membuka liang roma yang tersumbat sebab ia dapat menyingkirkan sel kulit mati dan kekotoran.

Rendam tuala bersih dalam air panas dan perah. Letakkan tuala tersebut di atas muka untuk beberapa minit. Ulang proses ni beberapa kali. Buat setiap hari selama seminggu atau lebih.

Atau, boleh juga stimkan muka selama 10 hingga 15 minit setiap hari sehingga jerawat hilang. Sapu cuka epal atau minyak castor selepas rawatan stim ini.

 

honey

2. MADU

Madu membantu merawat jerawat putih @ milia kerana ia bersifat antioksidan dan bahan humektan (memerangkap lembapan dan mengelakkan kekeringan). Madu juga boleh digabungkan dengan bahan lain untuk dijadikan skrub untuk menyental sel kulit mati sekaligus dapat mengurangkan jerawat putih @ milia.

Sapukan madu pada seluruh muka. Biarkan selama 15 minit, kemudian cuci dengan air bersih. Buat setiap hari sehingga nampak improvement.

Atau, campurkan 2 sudu besar madu dengan 1 sudu besar minyak jojoba. Sapu pada seluruh muka, biarkan selama 15 hingga 20 minit kemudian cuci dengan air bersih. Ulang setiap hari atau 3 hingga 4 kali seminggu.

Boleh juga campurkan 1 sudu besar granulated sugar, 3 sudu besar oatmeal bersama 2 sudu besar madu dan 1 sudu besar minyak jojoba tadi untuk dijadikan skrub. Gunakan campuran ini untuk menyental muka secara lembut, kemudian cuci dengan air bersih. Buat 1 atau 2 kali seminggu sehingga milia hilang.

Sandalwood-Remedy-for-Open-Pores
Serbuk kayu gaharu dicampurkan dengan air mawar untuk dijadikan sebagai masker muka

3. SANDALWOOD & AIR MAWAR

Kombinasi sandalwood (kayu gaharu) dan air mawar membantu untuk menyingkirkan lebihan minyak dan sel kulit mati, seterusnya boleh dijadikan sebagai cara menghilangkan jerawat putih @ milia.

  1. Campurkan 2 sudu besar serbuk sandalwood dengan air mawar untuk dijadikan paste.
  2. Ratakan campuran ni diseluruh muka dan biarkan selama 15 minit
  3. Cuci dengan air bersih dan lap muka sehingga kering
  4. Buat setiap hari atau beberapa hari seminggu

 

4. SERBUK KULIT BUAH DELIMA

Serbuk kulit buah delima yang dibakar adalah salah satu lagi cara yang agak popular untuk menghilangkan jerawat putih @ milia kerana sifat antioksidan dan bahan exfoliating. Ia juga sangat bagus untuk kulit kerana kaya dengan vitamin C dan dapat meredakan jerawat (acne).

  1. Bakar kulit buah delima sehingga menjadi warna coklat gelap, kemudian hancurkan sehingga menjadi serbuk
  2. Campurkan sedikit jus lemon atau air mawar dengan 2 sudu besar serbuk kulit buah delima tadi
  3. Gosokkan pada muka secara lembut. Biarkan selama 15 hingga 20 minit sebelum dicuci dengan air bersih
  4. Ulang beberapa kali seminggu sehingga jerawat putih @ milia hilang

Castor-oil1

5. MINYAK KASTOR (minyak jarak)

Minyak castor mengandungi bahan antibakteria semulajadi dan juga membantu penghasilan minyak pada kulit, seterusnya merawat beberapa masalah kulit termasuklah milia dan jerawat.

Sapukan saja minyak kastor pada muka dan biarkan sampai ia betul-betul menyerap kedalam kulit. Buat setiap hari untuk beberapa bulan.

Boleh juga campurkan minyak kastor dan minyak zaitun atau sapukan saja minyak kastor bersama sedikit baking soda pada bahagian kulit yang berjerawat. Biarkan selama beberapa jam kemudian cuci dengan air bersih. Ulang setiap hari selama lebih kurang 2 minggu.

 

6. SKRUB GULA

Ini skrub paling ringkas untuk melembapkan kulit dan menghilangkan jerawat putih @ milia. Skrub ini adalah campuran ½ biji jus lemon, 1 sudu teh minyak zaitun dan 2 sudu besar gula yang boleh melicinkan dan mencerahkan kulit.

Skrub muka secara lembut untuk beberapa minit dan biarkan selama 20 minit sebelum dicuci dengan air bersih. Ulang 2 kali seminggu untuk beberapa bulan atau sehingga jerawat putih @ milia reda.

 

7. TEPUNG JAGUNG DAN CUKA

Campurkan tepung jagung bersama 1 sudu teh cuka epal untuk dijadikan paste. Sapukan paste ini pada bahagian kulit yang ada jerawat putih @ milia dan biarkan selama 20 hingga 30 minit. Bersihkan paste / masker ni menggunakan kain atau tuala yang telah direndam dalam air suam. Lakukan setiap hari.

Tepung jagung berfungsi untuk menyerap lebihan minyak dan cuka epal pula sebagai astringent.

tea tree oil
Minyak tea tree memberi banyak manfaat kepada kesihatan kulit terutamanya dalam menghilangkan jerawat

8. MINYAK TEA TREE

Kerap menyapu minyak tea tree boleh mengeringkan milia dan ia juga bertindak sebagai disinfectant semulajadi untuk kulit.

Hanya perlu sapukan minyak tea tree pada kulit muka yang telah dibersihkan setiap hari sebelum tidur. Cuci muka seperti biasa pada keesokan paginya. Ulang rawatan ini sehingga anda nampak improvement.

 

9. ALOE VERA

Aloe vera sangat menenangkan, menyembuhkan, anti-radang dan antioksidannya dapat membantu cara menghilangkan jerawat putih @ milia. Ia juga boleh membantu membuka liang pori yang tersumbat.

Sapukan saja bahagian kulit yang terlibat dengan keratan aloe vera segar dan biarkan semalaman dan cuci seperti biasa pada keesokan paginya. Buat setiap hari sehingga milia reda.

Boleh juga sapukan campuran aloe vera dengan teh hijau – biarkan selama lebih kurang 15 minit dan kemudian cuci dengan air bersih. Ia juga bagus untuk menghilangkan lingkaran gelap bawah mata.

Kalau anda terlalu sibuk dan tak ada masa untuk melakukan petua dan tips yang saya kongsikan tadi, pilihan lain yang anda boleh ambil untuk meredakan jerawat putih @ milia ialah dengan mengambil suplemen seperti Niacin , Biotin & CoQ10.

Nieda
Business Leader & Shaklee Independent Distributor

SMS | Call | Whatsapp:
019 – 707 1977

Email:
nieda@ohcantik.com 

Komen Facebook:
9 Cara Menghilangkan Jerawat Putih @ Milia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *