Ada banyak cara menghilangkan whitehead & blackhead kan… tapi yang pentingnya mestilah kita nak yang paling mudah dan tak menyakitkan… betul tak?

Whitehead & blackhead ialah sejenis jerawat yang terjadi apabila sel kulit mati, minyak dan bakteria terperangkap di dalam liang roma. Whitehead terbentuk dibawah permukaan pori yang tersumbat manakala bblackhead terbentuk pada permukaan pori yang terbuka.

Whitehead & blackhead boleh terjadi tidak mengira tahap umur. Walau bagaimanapun, ia biasanya berkaitan dengan perubahan hormon semasa baligh, datang haid, kehamilan dan menopause.

Ubatan tertentu juga boleh meningkatkan tahap hormon dan akhirnya boleh menyebabkan jerawat. Faktor genetik juga memainkan peranan penting didalam pembentukan whitehead & bblackhead. Jika ada diantara ahli keluarga kita yang mengalami masalah ini, maka kita juga cenderung untuk mendapat masalah yang sama.

Dalam kebanyakan kes, whitehead & blackhead boleh dicegah dengan kombinasi perubahan gaya hidup dan rawatan.

Whitehead & blackhead boleh terjadi pada mana-mana bahagian tubuh badan kita yang liang porinya tersumbat. Bahagian muka yang berminyak seperti hidung, dagu dan dahi adalah lebih terdedah kepada masalah ini. Whitehead & blackhead juga boleh terjadi pada bahagian dada, belakang, bahu dan tangan.

Golongan wanita adalah lebih terdedah kepada masalah ini kerana wanita mengalami perubahan hormon yang lebih significant. Tetapi, lelaki tidaklah imun kepada whitehead & blackhead terutamanya ketika proses akil baligh.

Kedua-dua jantina akan menghadapi masalah ini pada mana-mana peringkat umur. Maknanya, walaupun kita tidak mengalaminya semasa peringkat remaja, kita mungkin akan mengalaminya ketika sudah meningkat dewasa.

 

CARA MENGHILANGKAN WHITEHEAD & BLACKHEAD

Whitehead & blackhead dianggap sebagai jerawat yang tidak serius kerana ia biasanya mudah untuk dirawat dengan menggunakan produk yang boleh dibeli dari farmasi seperti pencuci muka atau krim/sapuan. Produk yang mengandungi bonzoyl peroxide boleh membantu mengurangkan pengeluaran minyak dari liang pori. Manakala produk yang mengandungi salicylic acid boleh bertindak untuk mengeluarkan whitehead & blackhead.

Ia mungkin mengambil masa sehingga 8 minggu untuk melihat hasilnya. Jika tidak, sila dapatkan nasihat doktor untuk rawatan lanjut. Selain daripada menggunakan cara ini, ada cara menghilangkan whitehead yang lebih mudah dan lebih selamat dan tak menyakitkan. Nak tau macam mana cara menghilangkan whitehead yang saya maksudkan tu? Baca artikel ni sampai habis yer…

 

MENCEGAH WHITEHEAD & BBLACKHEAD

Walaupun rawatan luaran boleh membantu untuk merawat whitehead & blackhead, perubahan gaya hidup tertentu juga boleh membantu mencegahnya.

Cuci rambut dan muka dengan teratur, tetapi elakkan daripada mencuci secara berlebihan. Gunakan pencuci yang lembut untuk mencuci muka minimum 2 kali sehari dan jika rambut jenis berminyak, cuci rambut sekali sehari.

 

SALAH TAFSIR TENTANG WHITEHEAD & BLACKHEAD

Terdapat beberapa salah tafsir tentang whitehead dan jerawat. Antaranya:

  • Mencuci dan menyental (scrubbing) secara berlebihan tidak dapat menghilangkan whitehead & blackhead
  • Makanan ringan tidak menyebabkan jerawat
  • Coklat tidak akan menyebabkan jerawat semakin teruk
  • Tekanan tidak menyebabkan whitehead & blackhead

 

KOMPLIKASI-KOMPLIKASI WHITEHEAD & BLACKHEAD

Cara kita mengendalikan masalah ini akan memberi kesan kepada kesihatan kulit. Jika kita selalu memicit whitehead & blackhead, kulit akan cedera dan mudah mendapat jangkitan. Dalam kes yang lebih teruk, kulit yang tercedera mungkin boleh menyebabkan terjadinya parut atau tompokan hitam.

Atau ia juga boleh memberi kesan terhadap kesihatan emosi. Whitehead & blackhead / jerawat akan mempengaruhi tahap keyakinan diri seseorang kerana kita akan merasa rendah diri dengan penampilan wajah yang tidak cantik.

Jadi, berhati-hatilah dalam menangani masalah seperti ini. Pastikan kita mendapat dan mengguna produk yang tepat dan betul bagi menjamin hasil yang kita inginkan.

cara menghilangkan whitehead & blackhead
Whitehead yang terlalu banyak macam ni memang boleh buatkan seseorang tu menjadi stress dan sangat rimas kan?

 

PENGALAMAN SAYA SENDIRI

Saya mengalami masalah whitehead & blackhead yang agak teruk sejak dari sekolah menengah lagi. Liang pori saya besar dan nampak ketara sangat. Lubang besar-besar! Dari dulu memang saya selalu picit hidung saya sekuat hati untuk paksa whitehead & blackhead tu keluar. Memang menyakitkan! dan penyelesaian ni hanya bersifat sementara sebab ia tetap terus berulang. Memang sangat STRESS!

Dah macam-macam jenis produk saya cuba untuk hilangkan whitehead & blackhead ni. Tapi yang sedihnya takde satu pun berhasil. Tampal pore pack, kuranglah sikit tapi lepas tu jadi semula. Scrub muka, dah macam-macam jenama saya cuba, sudahnya kulit muka yang terasa pedih. Tapi whitehead & blackhead tak juga hilang. Petua atau tips semua saya cuba tapi masih tak berhasil. Akhirnya, kembali kepada rejim asal, iaitu PICIT! 🙁

Tu semua cerita dulu. Sekarang saya sangat bersyukur sebab masalah saya dah semakin baik. Banyak liang pori yang dah mula mengecil dan tertutup. Macam mana saya buat? Alhamdulillah, Shaklee jugak yang menjadi penyelamat. Hidung saya sekarang licin jer, takde menggerutu macam dulu dah.

cara menghilangkan whitehead
Ini testimoni saya sendiri. Muka dan hidung jadi lembut dan licin lepas digosok dengan NutriWhite Gentle Action Makeup Remover. Bintil-bintil hitam tu adalah sel-sel kulit mati & whitehead yang berjaya ditanggalkan.

 

Produk penting yang saya guna untuk selesaikan masalah ni iaitu Vitamin C Shaklee 500mg,  ESP, NutriWhite Gentle Action Makeup Remover dan tambahan Vitamin E Complex untuk membantu menghilangkan parut. Walaupun namanya makeup remover, tapi ia tak terhad kepada untuk cuci makeup jer tau… saya ni jenis yang tak bermakeup pun.. saya guna NutriWhite ni untuk hilangkan sel-sel kulit mati kat muka tu dan jugak licinkan hidung yang menggerutu akibat terlalu banyak whitehead & blackhead… dan saya BERJAYA!

 

cara menghilangkan whitehead

 

Vitamin C, ESP & Vitamin E pulak berfungsi untuk membantu mengecilkan liang pori, memudarkan parut dan ia sangatlah berkesan selain daripada buatkan kulit jadi cerah sekata, sentiasa lembab dan lembut.

cara menghilangkan whitehead

 

KENAPA MESTI BELI PRODUK SHAKLEE DENGAN SAYA?

Dapatkan konsultasi eksklusif secara berterusan apabila membuat belian produk Shaklee melalui saya. Dan ketahui juga tawaran-tawaran dan diskaun hebat yang Shaklee berikan kepada semua penggunanya yang berdaftar sebagai ahli.

 

MELABURLAH UNTUK KESIHATAN & KECANTIKAN KULIT ANDA

HUBUNGI:

Nieda
Business Leader & Shaklee Independent Distributor

Whatsapp:
019 – 707 1977

Email:
nieda@ohcantik.com 

Komen Facebook:
Cara Menghilangkan Whitehead & Blackhead Paling Mudah: Hidung Yang Dulunya Menggerutu Kini Sudah Licin

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *