Hilangkan kedutan di wajah anda! Ye, anda boleh berbohong tentang umur anda seperti mana yang anda suka tetapi biasanya kulit anda yang membongkarkan rahsia umur anda!

Samada anda baru sahaja perasan ada beberapa garis kedutan di muka atau anda telah pun lama berperang dengan kedutan tersebut sejak bertahun-tahun, terdapat banyak perkara yang anda boleh lakukan untuk mengurangkannya.

 

hilangkan kedutan di wajah
Kedutan boleh muncul dengan begitu cepat tanpa kita sedar. Cegahnya atau jom kita kembalikan semula keanjalan kulit ibarat dapat mengundurkan masa!

 

Samada perubahan gaya hidup, produk atau prosedur perubatan; anda boleh ikuti tips dan nasihat berikut:

 

HILANGKAN KEDUTAN DI WAJAH – CARA #1: CUBA ELAKKAN DARI MATAHARI.

Ia adalah antara penyebab utama kulit cepat berkedut. Banyak kajian telah menemui hubungan antara kedut dengan pendedahan kepada cahaya matahari yang berlebihan.

“Adalah penting untuk mengelakkan pendedahan berlebihan, yang menyebabkan kerosakan matahari kepada kulit,” kata Matt Gass dari Persatuan Dermatologi British. “Lampu UV, terutamanya UVA, menyebabkan penuaan kulit dengan memecahkan kolagen dan elastin yang memberikan sokongan kepada kulit.”

Kedutan cenderung muncul di muka, leher dan belakang tangan kerana ini umumnya adalah kawasan paling terdedah kepada matahari.

Kerosakan kulit berpunca daripada sinar matahari bukan sahaja membuat anda kelihatan lebih tua, ia juga merupakan penyebab utama kanser kulit, jadi terdapat banyak sebab yang baik untuk menjaga kulit anda di bawah sinar matahari.

 

HILANGKAN KEDUTAN DI WAJAH CARA #2: PELINDUNG MATAHARI @ SUNSCREEN

Tak dapat elak daripada terkena cahaya matahari? Jangan abaikan sunscreen!

Sekiranya anda keluar rumah dan bakal terdedah kepada matahari, pastikan anda sentiasa memakai pelindung matahari.

Walaupun sebelum ini anda bukanlah seorang yang sering memakai pelindung matahari @ sunscreen, itu bukanlah alasan untuk anda mengabaikannya sekarang. Tidak pernah ada isitilah terlambat untuk memakai pelindung matahari setiap hari.

Pendedahan UV adalah penyebab utama penuaan kulit, dan ingat, walaupun pada hari-hari mendung hingga 80% sinar UV berbahaya matahari tetap dapat mencecah kulit anda.”

 

HILANGKAN KEDUTAN DI WAJAH CARA #3: JANGAN MEROKOK.

Penyelidikan menunjukkan bahawa kulit seorang perokok lebih cepat matang (tua) berbanding dengan bukan perokok. Kulit cenderung menjadi lebih nipis dan mempunyai lebih banyak garis halus dan kedutan. Bibir seorang perokok juga akan kelihatan lebam dan tidak cantik.

Merokok boleh merosakkan kolagen semulajadi kulit yang menjadikan kulit kelihatan kurang anjal dan lebih berkerut.

Asap rokok adalah salah satu faktor persekitaran utama yang menyebabkan perubahan pada kulit yang sering dikaitkan dengan kelihatan tua, seperti kedutan kasar dan tekstur yang kasar.

 

HILANGKAN KEDUTAN DI WAJAH CARA #4: TIDUR TERLENTANG

Ha?… posisi tidur pun mempengaruhi kulit kita? Ye, jangan pandang ringan dengan cara anda baring ketika tidur kerana ia juga mempengaruhi pembentukan kedutan di wajah anda.

Elakkan daripada tidur meniarap kerana ini lama kelamaan akan menyebabkan kedutan di wajah anda berlaku lebih cepat tanpa anda sedar.

 

HILANGKAN KEDUTAN DI WAJAH CARA #5: PAKAI CERMIN MATA HITAM.

Bila kita terpandang cahaya matahari, kita akan kerutkan muka kan? Bahagian yang paling berkerut adalah dahi. Pergerakan wajah yang berulang-ulang boleh beri efek kepada otot muka dan akhirnya membentuk alur yang boleh menjadi kedutan.

Baca juga: Cara Kempiskan Perut Buncit & Buang Lemak Jahat

 

HILANGKAN KEDUTAN DI WAJAH CARA #6: MAKAN MAKANAN YANG SIHAT DAN PELBAGAI.

Makanan yang anda makan akan menterjemahkan keadaan kulit anda. Cegah kedutan di muka dengan cara amalakan diet sihat setiap hari.

Beri ‘makan’ kepada kulit anda dari dalam dengan memakan pelbagai jenis makanan berkhasiat. Protein adalah salah satu daripada sumber penting untuk kesihatan dan keanjalan kulit kerana kulit kita terbina daripada protein.

Minum banyak air dan jangan mengambil alkohol berlebihan, yang boleh mengeringkan kulit.

 

HILANGKAN KEDUTAN DI WAJAH CARA #7: MAKAN ‘SUPERFOODS’.

Makan makanan yang diketahui mengandungi vitamin, mineral dan asid lemak omega-3 kerana semuanya dapat membuatkan kulit anda sihat dan bersinar.

 

HILANGKAN KEDUTAN DI WAJAH CARA #8: PELEMBAP

Pemakaian krim pelembap akan mengurangkan penampilan garis-garis halus dan dan cegah kedutan di muka. Kulit akan kelihatan segar dan lebih lembut.

Pastikan anda memilih krim pelembap yang bebas daripada bahan kimia terlarang bagi mengelakkan risiko sampingan.

 

HILANGKAN KEDUTAN DI WAJAH CARA #9: ANTIOKSIDAN.

Bahan semulajadi ini, yang termasuk vitamin dan mineral, boleh didapati di dalam tumbuhan. Antioksidan berfungsi untuk mengatasi radikal bebas yang merosakkan DNA. Serangan radikal bebas akan membuatkan sel-sel kulit rosak dan ini boleh menyebabkan kedutan.

Anda boleh makan makanan kaya dengan antioksidan seperti blueberries, blackberry dan kacang ginjal teh hijau atau dapatkannya melalui pengambilan suplemen.

 

HILANGKAN KEDUTAN DI WAJAH CARA #10: VITAMIN C DAN A.

Banyak produk penjagaan kulit untuk mengurangkan garis halus dan kedutan mengandungi vitamin C dan A. Vitamin A kadang-kadang dirujuk sebagai retinol, yang merupakan bentuk vitamin A.

Krim tertentu yang mengandungi vitamin C atau vitamin A yang diubah suai boleh memberi kesan yang diingini bagi sesetengah orang yang ingin merawat kedut, dan ini biasanya boleh didapati melalui pakar dermatologi.

 

HILANGKAN KEDUTAN DI WAJAH CARA #11: Q10 (COQ-10)

Badan anda secara semulajadinya menjadikan CoQ-10 untuk meneutralkan radikal bebas dalam sel-sel. Tetapi, apabila semakin tua, badan anda akan semakin kurang CoQ-10. Itu boleh membuat sel-sel kulit lebih terdedah kepada kerosakan yang disebabkan oleh radikal bebas.

 

Nak hilangkan kedutan di wajah dan ‘maintain’ awet muda hanya dengan satu produk? Boleh! Ambil REDIANZE PLATINUM ni

 

hilangkan kedutan di wajah

 

hilangkan kedutan di wajah

 

hilangkan kedutan di wajah

 

hilangkan kedutan di wajah

hilangkan kedutan di wajah

 

hilangkan kedutan di wajah

 

hilangkan kedutan di wajah

 

hilangkan kedutan di wajah

 

Komen Facebook:
Hilangkan Kedutan Di Wajah Cara Mudah & Tanpa Jarum

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!