Tompokkan gelap di muka biasanya disebabkan jeragat @ melasma. Jeragat adalah perubahan warna kulit berwarna coklat, tan atau biru-kelabu yang lazim disebabkan kelebihan pengeluaran pigmen pada kulit. Bagaimana nak hilangkan jeragat dengan cepat dan cara paling berkesan?

Masalah jeragat tidak semudahnya dirawat sekadar menggunakan krim. Ia seharusnya ditangani dari dalam terutama puncanya.

Jeragat biasanya berpunca daripada pendedahan cahaya matahari dan perubahan hormon pada wanita akibat progesteron dan estrogen. Kira-kira 9 dari 10 orang yang ada jeragat adalah wanita berusia 20 hingga 50 tahun.

Jeragat juga sering dirujuk sebagai “topeng kehamilan” kerana tompokan gelap yang biasanya timbul pada hidung, tulang pipi dan rahang selalu berlaku ketika wanita hamil.

Menurut Institut Kesihatan Kebangsaan Amerika Syarikat, kira-kira 6 juta wanita di Amerika Syarikat berjaya hilangkan jeragat dengan berkesan walaupun hakikatnya tiada ubat kekal untuk masalah ini.

Walaupun perubahan hormon dan sinar matahari adalah dua punca utama, mereka yang mempunyai kecenderungan genetik dan kulit yang lebih gelap lebih cenderung mendapat jeragat.

Orang-orang yang bekerja terdedah kepada kepanasan seperti tukang masak, mungkin juga terdedah kerana kepanasan akan merengsakan kulit dan menyebabkan terlalu banyak pigmen.

 

HILANGKAN JERAGAT DENGAN CEPAT DAN CEGAHNYA DENGAN CARA PALING BERKESAN

Jeragat boleh memudar sendiri, terutamanya apabila punca yang menyebabkannya seperti kehamilan atau penggunaan kontraseptif oral sudah tiada.

Tetapi jika ditunggu ia memudarkan sendiri boleh memberi tekanan kerana penampilan wajah yang tidak cantik.

 

Antara cara untuk hilangkan jeragat yang popular adalah:

  • Antioksidan – Antioksidan dapat membantu meredakan keradangan pada kulit yang telah terkena jeragat. Ambil antioksidan yang lengkap dengan resveratrol & polifenol seperti Vivix kerana ia akan memperbaiki kulit pada tahap sel.

hilangkan jeragat dengan cepat

 

  • Kolagen – penurunan kolagen dalam badan juga mempengaruhi kecantikan kulit secara amnya. Kolagen berfungsi untuk menstabilkan struktur kulit,melembap, menegang dan menganjalkan kulit lantas mengekalkan kulit cantik serta menghalang penuaan.

hilangkan jeragat dengan cepat

 

  • GLA Complex – jeragat sering berpunca daripada masalah hormon yang tak seimbang. Jadi, punca ini harus ditangani. GLA membentuk prostaglandinuntuk mengawal selia hormon lelaki dan wanita serta memperbaiki simptom PMS
  • Vitamin C – untuk memperbaiki semula struktur kulit yang sudah mengalami keradangan akibat jeragat, menjadikannya lebih cerah dan licin.

hilangkan jeragat dengan cepat

Jeragat adalah masalah kulit yang sangat degil, oleh itu rawatan topikal (luaran) selalunya lambat dan kurang berkesan.

 

PENCEGAHAN JERAGAT ADALAH STRATEGI TERBAIK

Tiada rawatan jeragat yang menawarkan hasil yang kekal. Oleh itu, langkah pecegahan harus dibuat seiring dengan rawatan hilangkan jeragat bagi mengelakkan dia terjadi semula.

 

Cara mudah untuk cegah jeragat termasuklah:

  • Penggunaan sunblock – memandangkan sinar matahari adalah salah satu pencetus terbesar jeragat, penggunaan sunblock setiap hari tidak boleh diabaikan. Pilih sunblock atau krim pelembap yang mengandungi perlindungan spektrum luas sekurang-kurangnya SPF 30 atau lebih tinggi.

 

  • Vitamin E – selain daripada berfungsi sebagai antioksidan, vitamin E juga dapat melindungi kulit daripada terbakar akibat pancaran cahaya matahari. Gunakan sunblock yang baik dan ambil vitamin E untuk dapatkan perlindungan tambahan bagi kulit anda. Ini boleh dijadikan sebagai langkah untuk cegah jeragat paling baik.

 

  • Topi atau payung – lindungi wajah anda daripada sinaran cahaya matahari dengan cara memakai topi atau payung. Dapatkan naungan bila-bila masa di luar juga.

 

  • Produk penjagaan kulit yang lembut – oleh kerana produk yang merengsa kulit noleh menggalakkan terjadinya jeragat, maka gunakanlah produk kecantikan lembut yang tidak menyengat atau memberi rasa terbakar pada kulit.

Jeragat mungkin tidak boleh dicegah sepenuhnya, walaupun dengan penjagaan kulit yang terbaik dan langkah berjaga-jaga. Tetapi dalam majoriti kes, usaha untuk menghalangnya atau merawatnya berjaya memudarkan tompokan jeragat yang merosakkan penampilan itu.

Syarat penting untuk hilangkan jeragat dengan cepat dan berkesan adalah pemilihan produk yang betul.

cara cepat hilangkan jeragat

WhatsApp saya di 019-707 1977 untuk info lanjut / membuat pesanan

 

KENAPA MESTI BELI PRODUK SHAKLEE DENGAN SAYA?

Dapatkan konsultasi eksklusif secara berterusan apabila membuat belian produk Shaklee melalui saya. Dan dapatkan juga tawaran-tawaran dan diskaun hebat yang Shaklee berikan kepada semua penggunanya yang berdaftar sebagai ahli.

Peluang jana income sampingan dengan Shaklee

Komen Facebook:
Hilangkan Jeragat Dengan Cepat & Berkesan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *