Jerawat putih @ milia ni kecil-kecil dan biasanya terdapat pada muka dan leher. Kalau dipicit pun sangat susah nak keluar sebab dia terperangkap sepenuhnya, melainkan gunakan alat tajam seperti jarum untuk lubangkan jerawat tu, kemudian picit… tapi memang menyakitkan laa… tu belum kira rasa pedih lepas picit tu lagi dan belum tentu jugak jerawat tu dapat dikeluarkan bila dibuat macam ni.

milia 3
Salah satu cara yang boleh digunakan untuk mengeluarkan jerawat putih @ milia tapi ia agak menyakitkan

JERAWAT PUTIH @ MILIA

Jerawat putih @ milia ialah bintil kecil yang biasanya terjadi pada kulit wajah. Jerawat putih @ milia ni terjadi apabila keratin terperangkap dibawah permukaan kulit. Keratin ialah protein yang kuat yang boleh ditemui dalam tissue kulit, rambut dan sel kuku.

Jerawat putih @ milia boleh terjadi pada semua orang tak mengira umur dan biasanya ditemui pada wajah, kelopak mata dan pipi.

APAKAH PUNCA JERAWAT PUTIH @ MILIA?

Jerawat putih @ milia selalunya dikaitkan dengan beberapa jenis kerosakan kulit seperti:

  • Melecur
  • Terbakar
  • Poison ivy
  • Laser resurfacing
  • Penggunaan krim steroid yang terlalu lama
  • Pancaran cahaya matahari
poison-ivy-rash
Salah satu masalah kulit yang dikenali sebagai poison ivy

BAGAIMANA JERAWAT PUTIH @ MILIA DIRAWAT?

Milia pada bayi tak perlu dirawat sebab biasanya ia akan hilang selepas beberapa minggu. Bagi orang dewasa, jerawat putih @ milia akan hilang selepas beberapa bulan. Ada beberapa kaedah rawatan yang boleh diambil untuk menghilangkan jerawat putih @ milia seperti:

  • Deroofing, menggunakan jarum yang sudah disteril untuk mengorek jerawat tersebut.
  • Menggunakan krim retinoids (krim yang mengandungi vitamin A)
  • Pengelupasan kimia
  • Rawatan laser
  • Diathermy, iaitu melibatkan penggunaan kepanasan ekstrem untuk musnahkan milia tu… errkk
  • Cryotherapy, teknik freezing yang biasanya jadi cara paling kerap digunakan untuk menghilangkan milia

 

Antara suplemen yang dapat membantu meredakan masalah jerawat putih @ milia ialah:

 

NIACIN

Niacin atau vitamin B3 adalah nutrien penting yang selalunya tidak diperolehi secukupnya melalui diet harian. Niacin dapat membantu mengekalkan kesihatan kulit dan mampu merawat jerawat putih @ milia.

Tetapi suka saya ingatkan disini bahawa pengambilan niacin atau vitamin B3 bukanlah dapat membantu menghilangkan milia serta merta. Ia memerlukan pengambilan secara konsisten untuk tempoh beberapa bulan.

Dos yang disyorkan adalah 100mg sehari. Jangan melebihi 1,500mg sehari kerana dos yang berlebihan boleh menyebabkan kerosakan hati.

Pastikan hanya ambil suplemen niacin semulajadi kerana ia tidak mengandungi toksin merbahaya atau sebarang bahan tambahan.

 

BIOTIN

Vitamin co-enzim dan BComplex ini juga dikenali sebagai vitamin H. Selalunya orang akan mendapatkan biotin melalui diet harian, tapi pengambilan dalam bentuk suplemen juga sangat membantu.

Biotin menyokong kesihatan kulit, jadi ia boleh membantu untuk kulit kita menyingkirkan jerawat putih @ milia dengan lebih cepat walaupun tiada kajian saintifik tertentu dilakukan keatas kenyataan ini.

Orang dewasa memerlukan 25 hingga 35 mcg biotin sehari.

B-Complex Shaklee adalah sumber vitamin B lengkap dengan Biotin & Niacin. Pengambilan jangka panjang & berterusan boleh memberi banyak manfaat kesihatan dan kecantikan kulit.

CoQ10

CoQ10 bukan saja baik untuk mengekalkan tahap kesihatan banyak sistem dan fungsi tubuh, ia juga dapat membantu meningkatkan tahap kesihatan kulit.

Walaupun tiada sebarang bukti saintifik tentang kaitan langsung antara CoQ10 dengan milia, tapi secara mudahnya kulit yang sihat pasti akan bebas daripada sebarang masalah termasuklah jerawat, milia, jeragat dan sebagainya.

CoQ10 bertindak sebagai emulsifier, jadi ia dapat menyingkirkan minyak daripada badan. Apabila badan menyingkirkan lebihan minyak dengan lebih efisien, ia secara tak langsung dapat membantu liang pori yang tersumbat dengan jerawat putih @ milia untuk menyingkirkan sel kulit mati yang terperangkap tu.

CoQ10 terhasil apabila kita bersenam dan vitamin ini boleh didapati daripada makanan seperti daging dan ikan.

Selain daripada itu, ia juga boleh didapati dalam bentuk suplemen dan pastikan ia suplemen semulajadi yang selamat.

milia (1)
Milia juga boleh terjadi kepada bayi baru lahir

Jerawat putih @ milia tak menyebabkan apa-apa masalah jangka panjang. Bagi bayi baru lahir, milia ni biasanya akan hilang selepas beberapa minggu. Tetapi bagi orang dewasa, ia akan mengambil masa yang agak lama dan milia ni tak merbahaya.

Tapi suka saya ingatkan disini, apa pun yang kita buat untuk hilangkan jerawat putih ni… ia takkan hilang secara serta merta atau pulih dalam sekelip mata. Biasanya boleh mengambil masa hingga berbulan-bulan dan jika ia ada kaitan dengan genetik, masalah mungkin akan sentiasa berulang semula.

Penggunaan produk penjagaan wajah ini lebih kepada penjagaan selepas menjalani rawatan menghilangkan milia. Muka yang sentiasa bersih sekurang-kurangnya dapat mengelakkan daripada penyumbatan liang pori yang boleh menyebabkan terjadinya biji milia

Selain daripada pemakanan yang sihat, penjagaan kulit muka dengan produk yang betul juga amatlah penting bagi meminimakan penyumbatan liang pori yang akhirnya boleh menyebabkan terjadinya biji milia.

MELABURLAH UNTUK KESIHATAN & KECANTIKAN SEMULAJADI

HUBUNGI:

Nieda
Business Leader & Shaklee Independent Distributor

Whatsapp:
019 – 707 1977

Email:
nieda@ohcantik.com 

Komen Facebook:
Jerawat Putih @ Milia Boleh Dirawat Dengan Pelbagai Cara

One thought on “Jerawat Putih @ Milia Boleh Dirawat Dengan Pelbagai Cara

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge