Pernah dengar tentang hamil anggur?

Ciri-ciri kehamilan anggur secara umumnya mungkin agak susah untuk dikenalpasti dari luar dan harus melalui pemeriksaan yang lebih intensif. Tapi, tanda-tanda tersebut sebenarnya boleh dirasai oleh wanita yang mengalaminya walaupun kadang-kadang kebanyakan individu tidak menganggap hal tersebut sebagai gejala kehamilan anggur.

Tak boleh dinafikan bahawa hamil anggur ini adalah sesuatu yang sangat tidak diinginkan terjadi oleh golongan wanita. Ini kerana ia adalah kehamilan yang merupakan sejenis tumor jinak yang boleh terbentuk kerana terjadinya kegagalan pembuahan sehingga akan menggumpal dan akhirnya terbentuk seperti butiran buah anggur.

Fenomena yang juga disebut dengan nama mola hidatidosa ini jika dibiarkan dan tak dirawat, ia berpotensi untuk berkembang menjadi tumor yang sangat berbahaya. Oleh itu, mengetahui ciri-ciri kehamilan anggur adalah suatu perkara yang sangat penting bagi golongan wanita supaya boleh mengatasi atau merawat masalah ini sebelum tumornya semakin tumbuh dan berkembang.

Ciri-Ciri Kehamilan Anggur

Gejala atau cirri-ciri kehamilan anggur ini secara umumnya hampir sama dengan gejala yang dialami oleh orang yang hamil normal. Beberapa pertanda yang ditunjukan oleh wanita yang mengalami kehamilan anggur ni diantaranya, morning sickness, haid lambat, dan ketika dilakukan ujian kehamilan menggunakan alat penguji kehamilan hasilnya pun akan positif.

Tapi, yang membuat wanita hamil anggur ini terganggu adalah gejala yang dialami nantinya akan terasa lebih berat berbanding wanita yang hamil secara normal. Bukan hanya itu saja, jika fenomena tersebut semakin berkembang, ciri-ciri kehamilan anggur lainnya adalah anda tidak akan sama sekali merasakan pergerakan janin. Bahkan anda akan sering mengalami perdarahan dan juga gelembung-gelembng cairan yang jika dilihat mirip dengan buah anggur.

Jadi, sebelum anda mengetahui apa saja ciri-ciri kehamilan anggur, sebaiknya anda ketahui juga 2 jenis mola hidatidosa atau hamil anggur ini.

Secara umum, fenomena ini terbagi kepada dua jenis iaitu COMPLETE MOLE dan juga PARTIEL MOLE.

Complete Mole

Jenis kehamilan anggur complete mole ini adalah jenis kehamilan yang secara keseluruhannya palsu. Maksudnya, jenis kehamilan palsu ini ialah seorang wanita tu secara fizikalnya memang kelihatan ‘seperti’ orang hamil akan tetapi apabila kehamilan tersebut diperiksa ia adalah sejenis tumor jinak yang bersarang pada dalam tubuhnya. Oleh itu, sangat penting untuk selalu memantau dan membuat pemeriksaan kehamilan dengan doktor.

kehamilan anggur
Gambarajah yang menunjukkan kehamilan anggur jenis Complete mole

 

Partial Mole

Jenis yang kedua ialah partiel mole. Jenis kehamilan anggur yang ini sangat berbeza dengan complete mole. Ciri-ciri kehamilan anggur jenis ini menunjukan gejala atau ciri yang sama dengan orang hamil secara normal.

Jenis kehamilan anggur ni pada awalnya memang siibu hamil secara normal dan di dalam tubuhnya benar-benar ada janin. Tapi semakin lama perkembangan janin yang ada di dalam kandungannya menjadi tidak normal sehingga yang janin yang terbentuk tidak lengkap atau menjadi cacat.

kehamilan anggur
Gambarajah menunjukkan kehamilan anggur jenis Partial mole

 

Gejala lain yang akan dialami oleh penderita fenomena gangguan ini adalah rahim akan menjadi lebih besar berbanding usia kehamilannya. Ini kerana hamil anggur berkembang lebih cepat berbanding hamil secara normal. Pada trimester pertama kehamilan, biasanya seseorang yang mengalami hamil anggur juga akan sering mengalami perdarahan.

Ciri-ciri kehamilan anggur yang lainnya adalah morning sickness dengan rasa mual dan sering muntah-muntah di waktu pagi atau sepanjang hari. Jika anda mengalami gejala-gejala tersebut, sebaiknya anda segera mendapatkan pemeriksaan lanjut kerana biasanya tekanan darah pun akan meningkat.

Bukan hanya tekanan darah saja yang akan semakin meningkat, tetapi kadar tiroid yang ada di dalam darah pun juga akan ikut meningkat sehingga anda boleh mengalami gangguan-gangguan lain. Gejala lain adalah yang disebut dengan mola face atau wajah yang terlihat sangat pucat dan warnanya terlihat kekuningan.

Punca Kehamilan Anggur dan Wanita yang Berisiko

Kehamilan anggur atau mola hidatidosa ini boleh disebabkan oleh pelbagai faktor. Ada juga beberapa kes yang puncanya tidak jelas dan tidak dapat dikenalpasti secara medik.

Selepas mengetahui ciri-ciri hamil anggur, anda juga harus mengetahui apakah punca kepada kehamilan jenis ini supaya setidaknya anda boleh ambil langkah berwaspada dan lebih ambil peduli tentang kesihatan.

Punca kehamilan anggur diantaranya adalah:

  • Punca paling umum biasanya adalah kerana kekurangan beberapa nutrisi yang penting untuk tubuh, seperti protein, karotin, dan juga asid folik.
  • Punca lain adalah kerana keadaan ovum yang sudah patologis dan mati. Akan tetapi sudah terlambat untuk dikeluarkan.
  • Terjadi imunoselektif dari trofoblas.

Faktor lain yang boleh menyebabkan kehamilan anggur ini adalah jangkitan virus.

 

kehamilan anggur
Amalkan pengambilan vitamin @ suplemen yang lengkap sebelum merangcang untuk hamil adalah langkah terbaik bagi memastikan kehamilan & janin yang lebih sihat

Set Lengkap Pra-kehamilan & kehamilan Shaklee: membekalkan nutrisi penting yang sangat diperlukan tubuh terutamanya wanita yang merancang untuk hamil seperti protein, zat besi, vitamin C, kalsium & vitamin B.

 

Jelas sekali ada beberapa kategori wanita yang sangat berisiko untuk mengalami fenomena kehamilan anggur ini. Oleh itu, semua wanita harus lebih waspada dan harus lebih berhati-hati dengan punca kehamilan anggur yang baru saya jelaskan tadi.

Kategori pertama yang berisiko untuk mengalami mola hidatidosa ini adalah wanita hamil yang usianya masih di bawah 20 tahun atau sudah lebih dari 34 tahun. Oleh itu, cuba elak hamil di usia terlalu muda atau terlalu lewat. Selain itu jika anda sudah pernah lebih dari 3 kali hamil, anda juga bisa berisiko mengalami kehamilan anggur.

Dan kategori wanita yang terakhir adalah yang sebelumnya dah pernah mengalami kehamilan anggur juga. Oleh itu, jika anda pernah mengalami gangguan kehamilan ini lebih baik anda tunggu sampai benar-benar sembuh supaya anda tidak lagi melalui situasi yang sama.

Jadi, setelah mengikuti penjelasan yang cukup panjang mengenai apa itu hamil anggur, semoga bermula dari saat ini anda lebih berhati-hati, lebih waspada dan lebih menjaga kesihatan. Jika anda takut megalami hal tersebut, atau jika anda sudah mula megalami ciri-ciri hamil anggur, sebaiknya segeralah dapatkan pemeriksaan lanjut.

 

MELABURLAH UNTUK KESIHATAN ANDA

HUBUNGI:

Nieda
Business Leader & Shaklee Independent Distributor

Whatsapp:
019 – 707 1977

Email:
nieda@ohcantik.com 

Komen Facebook:
Kehamilan Anggur (molar pregnancy): Sejenis noncancerous tumor
Tagged on:     

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!