Vitamin, vitamin, vitamin. Samada anda mendapat vitamin daripada diet harian, daripada matahari atau daripada pil-pil atau kapsul yang dibeli, vitamin adalah penting kepada kesihatan dan untuk membuatkan badan berfungsi dengan baik. TAPI berhati-hati kerana anda mungkin mengalami keracunan vitamin jika vitamin yang anda ambil adalah vitamin sintetik.

Kita perlukan vitamin kerana kekurangan vitamin membawa kepada banyak masalah daripada anorexia hinggalah obesiti, kegagalan organ, kekeliruan, tekanan dan keletihan.

Walau bagaimanapun, ramai orang tak tahu bahawa tak semua vitamin adalah sama dan kebanyakan vitamin adalah sintetik.

keracunan vitamin
Hasil Landmark Study yang dijalankan oleh badan berkecuali mendapati individu yang mengambil vitamin Shaklee mempunyai berbanding mereka yang mengambil vitamin jenama lain. Dan paling mengejutkan adalah, individu yang tidak mengambil apa-apa jenama vitamin mempunyai kesihatan yang lebih baik berbanding mereka yang mengambil vitamin jenama selain Shaklee

 

APAKAH DIA VITAMIN SINTETIK?

Jenis vitamin yang memberi faedah atau kelebihan selalu dibahaskan. Diet organik yang sihat sepatutnya membekalkan jumlah nutrien yang cukup kepada badan. Tapi suplemen boleh membantu kita mendapat sumber vitamin tertentu yang betul.

Masalahnya ialah, kebanyakan vitamin dan suplemen yang ada di pasaran adalah sintetik dan mengandungi bahan kimia dan tidak dihasilkan terus daripada sumber semulajadi. Vitamin sintetik ini dibuat untuk menyamai cara vitamin semulajadi bertindak dalam badan. Vitamin semulajadi dihasilkan secara terus daripada tumbuhan yang mengandungi vitamin, bukan dihasilkan didalam tiub ujikaji makmal.

Kebanyakan vitamin sintetik kekurangan co-factor berkaitan vitamin yang wujud secara semulajadi kerana ia telah diasingkan (isolated). Badan kita tidak mampu untuk mengenalpasti vitamin yang diasingkan (isolated) sebagaimana ia mengenalpasti vitamin semulajadi.

Vitamin semulajadi datang lengkap dengan pakej sumber vitamin lain, enzim dan mineral yang mengawal cara badan mengenalpasti, memetabolisma dan menggunakannya mengikut keperluan.

Vitamin yang diasingkan (isolated) tidak selalunya memberi manfaat kepada badan, atau boleh disimpan sementara sehingga nutrien tersebut dilepaskan apabila badan memerlukannya. Vitamin sintetik juga tidak mengandungi mineral surih dan perlu menggunakan mineral semulajadi yang disimpan oleh badan yang boleh membawa kepada kekurangan mineral yang teruk. Dan paling teruk lagi adalah vitamin sintetik ini boleh menyebabkan keracunan vitamin yang membahayakan.

 

TAHUKAH ANDA? Lebih daripada 95% vitamin suplemen yang dijual pada hari ini adalah vitamin sintetik.

 

APA YANG DIKECOHKAN SANGAT TENTANG VITAMIN SINTETIK NI?

Vitamin sintetik mengandungi bahan kimia yang tidak sesuai untuk diambil oleh manusia dan bahan ini tidak terdapat dalam sumber semulajadi. Kita sepatutnya makan makanan yang dihasilkan oleh bumi, bukan makanan yang dihasilkan didalam makmal. Inilah yang menjadi punca keracunan vitamin apabila kita mengambil vitamin sintetik ni.

Kita tak akan mendapat apa yang sepatutnya kita dapat daripada bahan sintetik. Vitamin E sintetik biasanya mengandungi ‘dl’. ‘Dl’ ialah kombinasi ‘d-form’ (yang mana didapati secara semulajadi) dan l-form. Tak salahlah kan?

Tapi, ia tak sebegitu, badan kita tak gunakan pun l-form tu, badan kita menghasilkannya sendiri.

Vitamin larut lemak yang sintetik adalah merbahaya dan boleh menyebabkan keracunan vitamin kerana ia boleh menimbun dalam tisu lemak dan seterusnya menyebabkan keracunan toksid. Vitamin sintetik lebih bahaya kerana kita mendapat vitamin yang dikonsentrasi terlalu tinggi berbanding jumlah yang boleh didapati daripada vitamin berasaskan makanan semulajadi.

Vitamin A, D, E dan K adalah jenis larut lemak

Vitamin larut lemak semulajadi boleh ditemui dalam mentega, minyak ikan, kekacang dan sayuran berdaun hijau.

Lebihan vitamin larut lemak akan tersimpan dalam hati dan tisu lemak

Kebanyakan orang tidak mendapat vitamin larut lemak yang cukup daripada diet harian mereka.

 

keracunan vitamin

BAGAIMANA CARANYA NAK TAHU VITAMIN YANG KITA BELI ADALAH SINTETIK ATAU SEMULAJADI?

Kebanyakan syarikat pengeluar vitamin mahu pembeli percaya bahawa mereka mendapat “produk semulajadi” kerana mengambil vitamin “semulajadi” adalah lebih baik.

Malangnya, vitamin boleh dilabel sebagai semulajadi jika ia sekadar mengandungi 10% bahan vitamin semulajadi. Ini bermakna, vitamin “semulajadi” anda mungkin mengandungi 90% bahan kimia sintetik! Vitamin B dan Vitamin C adalah vitamin sintetik paling banyak dihasilkan secara sintetik.

 

VITAMIN SINTETIK YANG PERLU DIELAKKAN

  • Vitamin A: Retinyl Palmitate
  • Vitamin B1 (Thiamine): Thiamine Mononitrate, Thiamine Hydrochloride
  • Vitamin B2 (Riboflavin): Riboflavin
  • Pantothenic Acid: Calcium D-Pantothenate
  • Vitamin B6 (Pyridoxine): Pyridoxine Hydrochloride
  • Vitamin B12: Cyanocobalamin
  • PABA (Para-aminobenzoic Acid): Aminobenzoic Acid
  • Asid Folik: Pteroylglutamic Acid
  • Kolin: Choline Chloride, Choline Bitartrate
  • Vitamin C (Ascorbic Acid): Ascorbic Acid
  • Vitamin D: Irradiated Ergosteral, Calciferol
  • Vitamin E: dl-alpha tocopherol, dl-alpha tocopherol acetate or succinate

Nota: “dl” form mana-mana jenis vitamin adalah sintetik.

 

BAHAN BERTOKSID DALAM SUPLEMEN YANG PERLU DIELAKKAN

  • Magnesium stearate (atau stearic acid)
  • Monosodium Glutamate (MSG) dimimikkan sebagai “perasa semulajadi”
  • Carnauba was (digunakan dalam wax kereta dan polish kasut
  • Titanium dioxide (carcinogen)

Jadi, kepada yang selama ni anggap semua vitamin tu adalah sama dan beri manfaat yang sama yang sepatutnya badan kita dapat, fikirkan semula.

Adalah lebih baik untuk tidak mengambil apa-apa vitamin daripada anda terus mengambil vitamin sintetik.

Kononnya nak sihat tapi lain pulak jadinya sebab mengambil vitamin sintetik samalah macam anda sedang meracuni diri sendiri.

Ada pilihan yang lebih baik dan vitamin 100% semulajadi yang anda boleh dapatkan sekarang.

Jadi, kenapa masih memilih yang tidak selamat?

 

keracunan vitamin
Vitamin Shaklee bukan sahaja dihasilkan 100% daripada bahan semulajadi, tetapi ia juga melalui 350 ujian bagi setiap bahan yang digunakan untuk memastikan tahap keselamatan yang tinggi

 

KENAPA MESTI BELI PRODUK SHAKLEE DENGAN SAYA?

Dapatkan konsultasi eksklusif secara berterusan apabila membuat belian produk Shaklee melalui saya. Dan ketahui juga tawaran-tawaran dan diskaun hebat yang Shaklee berikan kepada semua penggunanya yang berdaftar sebagai ahli.

 

MELABURLAH UNTUK KESIHATAN ANDA

HUBUNGI:

Nieda
Business Leader & Shaklee Independent Distributor

Whatsapp:
019 – 707 1977

Email:
nieda@ohcantik.com 

Komen Facebook:
Keracunan Vitamin Akibat Pengambilan Vitamin Sintetik

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!