Asyik lapar 24 jam! Pelik?.. Hairan? Di mana silapnya? Apa puncanya? Apakah cara terbaik untuk menangani masalah ini?

Hah! Jangan tak tau yang ketagihan makanan ni jugak ada bahayanya. Kalau selalu kita dengar atau baca tentang ketagihan dadah, arak atau judi jer kan… yang dah memang terang-terangan bawa mudarat.

Tapi ketagihan makanan pun bawa banyak mudarat terutamanya kepada kesihatan.

Kenapa ketagihan makanan ni boleh terjadi?

Ini kerana pada zaman sekarang makan bukan semata-mata fizikal tapi turut berkait dengan emosi dan perasaan. Apa saja yang terlebih atau terkurang boleh menjadi punca kepada ketagihan makanan ni. Paling menakutkan ialah ‘binge’ atau makan mengikut nafsu yang diluar kawalan.

Nafsu terhadap karbohidrat ringkas yang tak boleh dibendung lagi dah. Tujuan menikmatinya bukan kerana untuk menghilangkan kelaparan, tapi untuk memenuhi permintaan nafsu. Bila kita makan, pankreas akan merembeskan insulin. Lebih banyak kita makan, maka lebih banyak insulin dikeluarkan.

Jadi paras glukosa darah pun akan meningkat, menyebabkan tubuh kita terjerumus dalam ‘blood sugar crash’. Kesannya kita menjadi semakin lapar. Maka kitaran pun terbentuk.

Kita akan jadi sentiasa mengidam nak makan karbohidrat à berat badan pun bertambah à kita jadi rasa susah hati à kita perlukan penenang à kita makan lagi karbohidrat sebab nak hilangkan stress tadi à berat badan semakin bertambah à penyakit lain pun datang

Biasanya bila mengidam nak makan karbohidrat, mulalah terbayang kentang goreng, pizza, pasta, roti, donat, kek dan banyak lagi ‘wajah-wajah’ karbohidrat yang cantik menyelerakan lalu depan mata. Sama macam ketagihan lain, ketagihan makanan sangat susah untuk ditinggalkan sebab terasa sayang sangat pada wajah-wajah cantik kek, cupcake, burger, pizza tu.

Lapar boleh menjadi suara paling kuat dalam minda seseorang dan mempunyai pengaruh yang sangat hebat didalam membuat keputusan semasa memilih makanan.

Secara tak sedar, sebenarnya ramai sangat dikalangan kita mengalami penyakit ketagihan makanan cuma ramai yang tak nak mengaku.

Anda nak turunkan berat badan atau risaukan tentang kesihatan tapi pada masa yang sama anda adalah jenis yang susah nak kawal makan? Anda boleh dapatkan bantuan melalui pengambilan nutrisi yang betul bagi menstabilkan metabolisma tubuh dan perjalanan sistem tubuh anda.

CADANGAN SET SUPLEMEN UNTUK MEMBANTU MENGAWAL DIET & KETAGIHAN MAKANAN

11800111_1042708909073596_8078657817082229896_n

Perlukan konsultasi dan tips? Saya sedia membantu sebaik yang mungkin.

 

 

MELABURLAH UNTUK KESIHATAN KERANA IA TIADA GANTI

HUBUNGI:

Nieda
Business Leader & Shaklee Independent Distributor

SMS | Call | Whatsapp:
019 – 707 1977

Email:
nieda@ohcantik.com 

Komen Facebook:
Ketagihan Makanan: Cara Mengawal Masalah Ketagihan Makanan Supaya Tidak Terdedah Dengan Risiko Penyakit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!