Hantu cheese?

Suka sangat makanan yang ada cheese….

Goreng pisang cheese

Murtabak cheese

Keropok lekor cheese

Cheese cake

Apa-apa jer lah…. asalkan ada cheese semua dirasakan sedap.

Bagus ke makan cheese ni?

Apa khasiat cheese dan manfaat cheese kepada kesihatan atau tubuh badan?

Jom kita tengok apa yang cheese beri kepada kita…

 

KALSIUM & PROTEIN

Sama macam produk tenusu lain, cheese memberikan kalsium dan protein, vitamin A, B12, riboflavin, zinc dan fosforus. Ia juga sumber conjugated linolenic acid (CLA), lemak yang memberi kesan anti-kanser, penurunan berat badan dan perlindungan jantung. Tapi kena makan banyakkkkkkk cheese baru boleh dapat CLA yang cukup. TAPI pada masa yang sama korang akan dapat banyakkkkkkk jugak lemak tepu yang tak sihat dan kalori!

Keju rendah lemak mengandungi sedikit CLA.

Keju tanpa lemak takde CLA

Ah sudahhhh!… ditelan mati mak, diluah mati bapak ni… mana khasiat cheese yang kita harapkan ni?

 

MENCEGAH KAVITI?

Ia bukan pengganti kepada ubat gigi yer tapi cheese boleh membantu mencegah kaviti. Dalam satu kajian di Turki pada tahun 2008, yang diterbitkan dalam journal Caries, orang yang memakan cheese (1/3 auns) selepas minum air bergula menunjukkan penurunan keasidan yang cepat yang turut mengurangkan risiko kaviti.

 

HUBUNGAN CHEESE DENGAN KANSER

Masih menjadi perdebatan samada cheese memberi kesan baik atau buruk kepada risiko kanser. Kajian oleh American Journal of Clinical Nutrition mengaitkan cheese (kurang 2 auns sehari) dapat mengurangkan risiko kanser kolon pada wanita.

Kajian lain pula tidak menemui manfaat ini. Ada beberapa kajian juga yang mengaitkan produk tenusu, termasuklah cheese meningkatkan risiko kanser prostat dan kanser ovari. Jadi, berhati-hati dan berpada-padalah dalam menikmati kesedapan cheese yer…

heart shape cheese

 

CHEESE DAN JANTUNG

Cheese mungkin tidak baik untuk jantung. Tapi ada sesetengah kajian mengatakan ia taklah begitu buruk sekiranya cheese hanya dijadikan sebagai sebahagian daripada diet seimbang.

Jadi pilihlah cheese yang lebih sihat. Keju rendah lemak atau tanpa lemak sentiasa ada dipasaran. Jadi bijaklah memilih demi kesihatan diri sendiri. Jangan ikutkan nafsu makan sangat. Nanti sendiri yang merana.

Hati-hati dengan kandungan sodium dalam cheese. Sesetengah cheese mengandungi 100 hingga 300mg sodium dalam 1 auns tapi sesetengahnya mengandungi lebih daripada itu sampai 500mg dalam 1 auns.

Cream cheese biasa, yang sangat tinggi kandungan lemaknya (10mg untuk 1 auns) mengandungi sangat sedikit kalsium (cuma 22mg untuk 1 auns) dan hampir tiada langsung protein. Pilih cream cheese yang rendah lemak atau tanpa lemak.

Jantung takde spare kan???…. gunakan penilaian sebaiknya yer…. saya hanya sekadar berkongsi info yang dirasakan boleh memberi manfaat kepada pembaca entry ni.

 

Nieda
Business Leader & Shaklee Independent Distributor

SMS | Call | Whatsapp:
019 – 707 1977

Email:
nieda@ohcantik.com 

Komen Facebook:
Khasiat Cheese: Sejauh Manakah Ia Memberi Impak Kepada Kesihatan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!