Kita semua tahu sel kanser adalah sel yang telah termutasi. Tapi tahukah anda bahawa sel ini hanya boleh ‘hidup’ dalam keadaan tertentu sahaja?. Atau bahasa mudahnya, sel kanser akan hidup dalam keadaan yang bertoksid. Kita sedia maklum bahawa banyak penyakit zaman sekarang ni berpunca daripada gaya hidup yang tidak sihat dan makanan. Samalah juga dengan kanser. Ada makanan punca kanser yang sedap dan kita pula suka makan tau. Baca artikel ni sampai habis.

makanan punca kanser
Ini adalah antara makanan yang tidak sihat yang boleh bertukar menjadi kepada penyubur sel kanser. Selalu kan makan makanan macam ni?

 

Apabila kita tahu apakah makanan punca kanser yang menyebabkan keadaan ini berlaku, kita boleh buat ‘pembersihan’ dalaman dan mengambil langkah supaya sel kanser tersebut ‘kelaparan’ melalui pengubahan diet dan gaya hidup. Langkah ini akan membantu mengelakkan anda daripada secara tak sengaja menyumbang kepada pertumbuhan sel kanser dalam badan anda sendiri.

Jom kita lihat ciri-ciri keadaan dalaman bertoksid tinggi yang menghidupkan sel kanser. Sel kanser ini memproses tenaga mereka secara anerobik, jadi mereka sangat suka dengan keadaan yang rendah oksigen dan tinggi asid.

Sel kanser juga menggunakan proses keradangan untuk membina pembuluh darah yang baru dan mengembangkan kawasan jajahan mereka. Akhir sekali, sel kanser memakan gula dan memerlukan banyak gula untuk menjana perkembangan tumor. Jadi, macam mana caranya untuk kita membersihkan tubuh badan kita daripada toksin dan berhenti daripada menghasilkan persekitaran yang ideal untuk sel kanser berkembang?

Pertama sekali, kita perlu memahami kenapa badan kita menghasilkan keadaan bertoksid. Badan manusia sangatlah bijak dan ibarat mesin yang tangkas. Ia sentiasa mampu menyesuaikan dengan dunia luar, emosi dan apa yang kita beri ia makan. Fungsi penting badan kita adalah menyahtoksin, bahan buangan metabolik, daripada makanan yang kita makan dan juga sel-sel yang mati.

Setiap hari, badan yang sihat menyingkirkan lebih kurang 30 billion sel, yang mana 1% daripadanya adalah sel kanser. Secara umumnya, proses ini berjalan dengan sangat efisien tetapi masalah timbul apabila berlakunya kesesakan dalam badan.

Apabila kesesakan agak teruk dan sekatan agak serius (sembelit, tekanan dll) wujud, bahan buangan mula berkumpul dan menapai dan membentuk toksin yang lebih bahaya. Toksin ini digabungkan pula dengan toksin lain yang kita dapat melalui ingest atau pernafasan, boleh menjadi merbahaya kepada tubuh badan dan menjadi berlebihan dan keadaan akan jadi tercemar (oksigen rendah dan berasid).

Aspek lain yang memberi makan kepada pertumbuhan sel kanser adalah keradangan. Kajian menunjukkan bahawa semakin banyak keradangan, sel kanser boleh berkembang untuk membentuk pembuluh darah baru, tumor yang lebih agresif dan mampu membiak.

Jadi, mari kita lihat bagaimana caranya untuk membersihkan bahagian dalaman badan kita dan buatkan sel kanser jadi kelaparan.

makanan punca kanser
Segelas air lemon suam setiap pagi mungkin mampu merubah tahap kesihatan anda

 

10 CARA MENYEKAT JANGKA HAYAT SEL KANSER DAN BERSIHKAN BADAN KITA

  1. Mulakan hari dengan segelas air lemon suam tanpa gula. Ini boleh membantu masalah sembelit dan lemon segar tu mampu menurunkan tahap asid dalam badan serta sumber vitamin C
  2. Tambah sedikit hemp hearts (biji-biji kecil) ke dalam bijirin sarapan atau taburkan ke atas hidangan buah-buahan anda. Ini memberikan anda protein dan sumber omega 3.
  3. Elakkan atau kurangkan makanan yang berasaskan tepung, beras, telur dan oatmeal buat sementara waktu.
  4. Minum sekurang-kurangkan 6 hingga 8 gelas air kosong sehari. Air membantu tubuh untuk menyingkirkan toksin dan menyihatkan sel.
  5. Makan lebih banyak buah-buahan dan sayuran segar setiap hari. Ia membekalkan serat yang baik untuk membantu enzim penghadaman. Untuk salad dressing pula, elakkan daripada menggunakan salad dressing sedia ada kerana ia selalunya tinggi asid. Buat sendiri salad dressing menggunakan minyak zaitun, cuka epal, madu dan lemon.
  6. Kurangkan pengambilan daging merah dan elakkan makan daging yang diproses. Daging sangat tinggi asid dan daging bukan organic mungkin mengandungi toksin atau hormone.
  7. Tambah pengambilan asid lemak omega 3 kerana ia dapat membantu meredakan keradangan. Elakkan lemak trans atau lemak hydrogenated.
  8. Buat yoga atau senaman ringan setiap hari bagi meredakan stress, melonggarkan otot, membantu kita lebih rileks dan mengurangkan hormon stress.
  9. Berjalan, berlari, menari atau lakukan senaman kardio untuk merangsang kitaran, membawa lebih banyak oksigen dan menggalakkan lebih banyak flow dalam badan. Bersenam di luar supaya boleh dapat udara yang segar.
  10. Bernafas dengan cara yang betul akan dapat membekalkan tubuh dengan oksigen yang banyak. Ini bagi mengelakkan kekurangan oksigen kerana sel kanser suka dengan keadaan oksigen yang rendah.

BONUS: Tidur sebelum jam 10.00 malam – proses pembersihan penting tubuh dan rejuvinasi berlaku sebelum waktu tengahmalam.

makanan punca kanser
Selain mengubah diet kepada yang lebih sihat, kita juga memerlukan suplemen antioksidan yang baik bagi menghalang sel kanser daripada terus subur di dalam badan.

 

Baiklah, sekarang kita masuk kepada bab bagaimana nak kurangkan ‘penyubur’ sel kanser.

GULA menjadi penjana kepada sel dan membuatkan sel berkembang dengan lebih cepat. Gula akan meningkatkan keradangan dalam badan kita. Terlalu banyak mengambil gula, walaupun gula semulajadi boleh menjadi sangat negatif kepada badan kita.

makanan sel kanser
Gula – si manis yang menjadi racun dalam senyap

 

10 IDEA UNTUK MEMBANTU MENGURANGKAN PENGAMBILAN MAKANAN PUNCA KANSER & PENYUBUR SEL KANSER (GULA)

  1. Lebihkan minum air kosong, kurangkan pengambilan jus dan elakkan soda. Bagi memberi variasi, boleh tambahkan lemon segar ke dalam air minuman anda atau minum jus limau.
  2. Campurkan jus dengan air atau sparkling water untuk melarutkan kepekatan gulanya. Minum hanya 100% jus tanpa campuran gula.
  3. Elakkan pengambilan air berperisa atau minuman isotonik yang biasanya tinggi kandungan gula.
  4. Cuba teh herba yang berperisa (seperti licorice atau kayu manis) jadi, anda tak perlukan tambahan gula.
  5. Minum kopi tanpa gula bagi mengurangkan pengambilan kopi. Kafein mengandungi asid jadi kurangkan pengambilan kafein boleh membantu keseimbangan tahap pH dalam badan.
  6. Gantikan bijirin sarapan anda yang bergula dengan roti wholemeal dan mentega badam atau buah-buahan segar dengan kekacang seperti badam dll.
  7. Gantikan granola bar dan snek diproses dengan buah-buahan segar, sayur-sayuran atau kekacang tanpa garam.
  8. Hadkan pengambilan dessert. Gantikan brownies atau susu coklat dengan dark chocolate – pengambilan yang minima boleh membantu mengelakkan terjadinya keadaan berasid dalam badan.
  9. Elakkan makanan dan minuman yang tinggi indeks glisemik seperti tepung, pasta, kerepek dan beer.
  10. Elakkan makanan dan minuman yang mengandungi high fructose corn syrup, iaitu gula diubahsuai yang tak dapat dikenalpasti oleh tubuh dan sukar untuk diproses. Ia adalah pemanis yang murah jadi anda boleh menemuinya dalam kebanyakan makanan bungkus (termasuklah sup segera) dan terutamanya minuman manis, produk untuk membuat kek / pastry dan gula-gula.

 

Saya cadangkan supaya anda lihat semula diet anda dan kenalpasti mana-mana bahagian yang boleh anda kurangkan pengambilan gula yang menjadi makanan punca kanser tu. Cuba buat perubahan secara perlahan-lahan. Pengambilan lebih banyak buah-buahan, sayuran segar dan makanan yang lebih sihat boleh membantu anda mengurangkan keinginan mengambil gula.

Senarai panjang di atas berbaloi untuk dipertimbangkan. Jangan paksa diri, tapi cubalah untuk mengambil langkah kecil setiap hari. Jika anda berjaya menukar teh tarik anda kepada air lemon suam, itu adalah satu kejayaan bagi diri anda sendiri sebenarnya. Anda telah membuat apa yang sepatutnya ada buat kepada diri sendiri.

Berhentilah daripada terus menerus menyuburkan sel kanser samada anda sedar atau tidak. Kesihatan kita tak ada ganti jika telah tergadai nanti.

Berbaloikah menggadaikan satu-satunya nikmat hidup yang paling berharga hanya kerana memenuhi nafsu makan?

Mari kita sama-sama fikirkan.

 

KENAPA MESTI BELI PRODUK SHAKLEE DENGAN SAYA?

Dapatkan konsultasi eksklusif secara berterusan apabila membuat belian produk Shaklee melalui saya. Dan ketahui juga tawaran-tawaran dan diskaun hebat yang Shaklee berikan kepada semua penggunanya yang berdaftar sebagai ahli.

 

MELABURLAH UNTUK KESIHATAN ANDA

HUBUNGI:

Nieda
Business Leader & Shaklee Independent Distributor

Whatsapp:
019 – 707 1977

Email:
nieda@ohcantik.com 

Komen Facebook:
Makanan Punca Kanser: Gula Antara Yang Menjadi Penyubur Sel Kanser Paling Utama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge