Biasanya satu-satu penyakit kronik tu bukan saja terhad kepada penyakit itu saja. Ia juga selalu menyebabkan organ-organ lain turut terkesan. Samalah juga kisahnya dengan penyakit SLE; memang banyak organ yang rosak akibat penyakit SLE ni yang akan saya terangkan kemudian.

Tapi sebelum tu, apa kata kita kenalpasti gejala-gejala yang biasanya terjadi kepada individu yang menghidap penyakit SLE ni.

Setiap pesakit mempunyai gejala yang berbeza-beza, iaitu samada sederhana atau serius. Gejala ini juga boleh datang dan pergi. Namun gejala SLE yang lazim ialah sendi bengkak dan sakit (arthritis), demam yang tidak diketahui puncanya, dan keletihan yang amat sangat.

Terdapat juga tompok-tompok merah (malar rash) di pipi dan hidung seperti bentuk “kupu-kupu”. Ruam juga boleh timbul di muka dan telinga, di bahagian atas kedua lengan dan tangan, bahu dan dada.

Oleh kerana penghidap SLE sensitif kepada cahaya matahari (fotosensitif) tompok-tompok merah ini akan menjadi lebih teruk selepas terdedah kepada matahari. Samada seseorang itu mendapat gejala yang serius atau tidak berbeza dari seorang kepada seorang yang lain.

 

 

Ciri-ciri penyakit SLE

  1. Demam, keletihan, dan penurunan berat badan
  2. Sakit dan bengkak sendi (arthritis) selama beberapa minggu
  3. Tompok-tompok merah menyerupai kupu-kupu di pipi dan hidung
  4. Tompok-tompok merah di kawasan kulit yang terdedah kepad sinaran matahari
  5. Ulser di mulut dan hidung berlarutan lebih sebulan
  6. Rambut gugur secara bertompok-tompok atau di sekeliling (hair line)
  7. Sawan, strok dan gangguan mental
  8. Risiko untuk mendapat darah beku
  9. Kerap keguguran bayi
  10. Darah atau protin dalam air kencing menunjukkan gangguan sistem buah pinggang
  11. Bilangan sel darah putih atau sel darah merah rendah

 

BERIKUT ADALAH ANTARA ORGAN YANG ROSAK AKIBAT PENYAKIT SLE

Buah pinggang

Buah pinggang adalah salah satu organ yang rosak akibat penyakit SLE. Keradangan buah pinggang (nephritis) akan menyebabkan pengurangan keupayaan membuang bahan sisa toksin dalam air kencing. Pesakit yang mengalami gangguan buah pinggang biasanya tidak merasa sakit. Mereka mungkin hanya mengalami bengkak kaki. Ujian air kencing dan ujian darah boleh menunjukkan samada buah pinggang terjejas atau tidak. Untuk mengelak dari kerosakkan yang berlanjutan kepada buah pinggang rawatan ubat-ubatan yang intensif perlu diberi segera untuk mengekalkan fungsi buah pinggang.

 

Paru-paru

Sebilangan pesakit SLE mendapat pleuritis, iaitu keradangan lapisan paru-paru yang menyebabkan sakit dada atau sakit dada yang terasa semasa menarik nafas. Pesakit juga boleh mendapat kuman dalam paru-paru (pneumonia).

 

Sistem saraf

SLE boleh menjejaskan otak atau saraf. Pesakit akan mengadu sakit kepala, pening, cepat lupa, kabur penglihatan, sawan, strok, atau perubahan kelakuan.

 

Saluran darah

Keradangan saluran darah (vaskulitis) boleh menyebabkan terganggunya pengaliran darah ke seluruh tubuh. Vaskulitis yang sederhana mungkin tidak memerlukan rawatan, tetapi sebaliknya vaskulitis yang teruk memerlukan rawatan segera.

 

Darah

Pesakit SLE mungkin mendapat kekurangan darah, kekurangan bilangan sel darah putih atau kekurangan bilangan platelet. Fungsi platelet dalam darah ialah membantu pembekuan. Sebilangan kecil pesakit SLE juga akan berisiko tinggi mengalami masalah perdarahan di mana darah cepat membeku.

 

Jantung

Individu yang menhidap penyakit SLE boleh mengalami sakit jantung iaitu keradangan pada tiga lapisan jantung: “perikaditis”, keradangan lapisan luar; “myokarditis”, keradangan bahagian tengah; dan “endokarditis”, keradangan bahagian dalam. Pesakit akan merasa sakit dada atau juga gejala lain. Pesakit SLE juga berisiko tinggi mendapat “arteriosclerosis” (pembuluh darah yang keras).

 

organ yang rosak akibat penyakit SLE
90% daripada 10,000 penghidap penyakit SLE di Malaysia adalah kaum wanita kerana golongan ini adalah yang paling berisiko.

 

Testimoni pesakit SLE selepas mengambil Forever Living Products

penyakit SLE

 

penyakit SLE

 

 

penyakit SLE

 

penyakit SLE

 

Komen Facebook:
Penyakit SLE: Organ Lain Yang Turut Rosak

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!