Selain daripada ubat-ubatan, anda juga mungkin boleh pilih suplemen yang baik seperti Phytax sebagai sokongan untuk penawar penapis buah pinggang bocor untuk membantu menyokong kesihatan. Walaupun Phytax bukan ubat, tetapi sangat baik untuk membantu menyokong kesihatan.

Pernah dengar tak tentang penyakit penapis buah pinggang bocor?

Penyakit ni adalah penyakit buah pinggang yang menyebabkan badan kita mengeluarkan terlalu banyak protein dalam air kencing. Air kencing berbuih adalah antara tanda yang mudah untuk mengetahui yang anda sedang menghadapi masalah kebocoran penapis buah pinggang.

Tanda-tanda kepada penapis buah pinggang bocor boleh dilihat dalam beberapa keadaan termasuklah secara fizikal dan ada beberapa faktor yang boleh meningkatkan risiko penapis buah pinggang bocor @ Nephrotic syndrome iaitu:

  1. Kencing manis
  2. Lupus
  3. Amyloidosis
  4. Minimal change disease
  5. Penyakit buah pinggang lain
  6. Pengambilan ubatan seperti anti-radang nonsteroidal
  7. Pengambilan ubatan untuk melawan jangkitan
  8. HIV
  9. Hepatitis B
  10. Hepatitis C
  11. Malaria

 

KOMPLIKASI PENYAKIT PENAPIS BUAH PINGGANG BOCOR @ NEPHROTIC SYNDROME

Berikut pula adalah antara komplikasi yang terjadi akibat daripada penapis buah pinggang bocor:

Darah beku – kegagalan glomeruli untuk menapis darah dengan baik akan menyebabkan kehilangan protein yang mampu menghalang darah beku. Ini meningkatkan lagi risiko darah beku dalam urat (sawan).

Meningkatkan kolesterol dalam darah & triglycerides – hati akan menghasilkan lebih banyak albumin bila kandungan protein albumin dalam badan berkurangan dengan drastik. Pada masa yang sama, hati akan melepaskan lebih banyak kolesterol dan triglycerides.

Kekurangan nutrisi – kehilangan terlalu banyak protein darah akan menyebabkan kekurangan nutrisi. Ini akan menyebabkan kehilangan berat badan tetapi ia akan dikelirukan dengan bengkakan pada tubuh (edema). Sel darah merah juga menjadi sedikit (anemia) dan tahap vitamin D & kalsium menjadi rendah.

Tekanan darah tinggi – ini terjadi akibat kerosakan pada glomeruli dan penimbunan bahan buangan dalam salur darah (uremia).

Kegagalan buah pinggang – penimbunan bahan buangan akan terjadi dengan cepat kerana buah pinggang telah gagal untuk menapis darah dengan baik kerana glomeruli telah rosak. Jika ini terjadi, dialysis segera adalah diperlukan – dialyzer akan digunakan untuk membuang bahan buangan dari dalam darah.

Penyakit buah pinggang kronik – kebocoran penapis buah pinggang @ Nephrotic syndrome lama kelamaan akan menyebabkan buah pinggang gagal berrfungsi. Jika ini terjadi, dialysis atau pemindahan buah pinggang perlu dilakkan.

Jangkitan – orang yang menghidap penyakit penapis buah pinggang bocor @ Nephrotic syndrome sangat berisiko mendapat jangkitan.

Ujian darah dan ujian air kencing biasanya akan dilakukan oleh doktor untuk mengenalpasti samada seseorang itu sedang menghidap penyakit penapis buah pinggang bocor atau tidak.

 

penawar penapis buah pinggang bocor
Kebocoran pada penapis buah pinggang menyebabkan albumin (protein penting untuk tubuh manusia) terkeluar ke dalam darah dan melalui air kencing

 

RAWATAN & PENAWAR PENAPIS BUAH PINGGANG BOCOR @ NEPHROTIC SYNDROME

Tujuan utama rawatan dilakukan adalah untuk meredakan simptom-simptom bagi penyakit penapis buah pinggang bocor, mencegah komplikasi dan melambatkan kerosakan buah pinggang.

Untuk mengawal penyakit penapis buah pinggang bocor adalah dengan cara merawat puncanya. Seseorang itu mungkin perlu menjalani rawatan untuk seumur hidup.

Beberapa contoh rawatan yang perlu bagi meredakan masalah penapis buah pinggang bocor ialah:

  1. Pastikan tekanan darah sentiasa berada pada paras kurang daripada 130/80 mmHg bagi melambatkan kerosakan buah pinggang.
  2. Rawatan untuk masalah kolesterol yang tinggi bagi mengurangkan risiko sakit jantung dan masalah pembuluh darah.
  3. Amalkan diet rendah garam bagi meredakan bengkak (edema) pada tangan, kaki dan buki lali
  4. Amalkan diet rendah protein.
  5. Suplemen vitamin D mungkin perlu sekiranya penyakit penapis buah pinggang bocor yang dihidapi berlarutan dan tidak memberi tindakbalas kepada rawatan.
  6. Pencair darah mungkin diperlukan bagi mengelakkan terjadinya darah beku.

Anda digalakkan untuk mendapatkan nasihat daripada doktor sebelum membuat apa-apa keputusan untuk mendapatkan penawar penapis buah pinggang bocor selain daripada ubatan hospital.

 

penawar penapis buah pinggang bocor

 

penawar penapis buah pinggang bocor

 

penawar penapis buah pinggang bocor

 

penawar penapis buah pinggang bocor

 

penawar penapis buah pinggang bocor

 

penawar penapis buah pinggang bocor

 

Kembali sihat secara fitrah dengan manfaat daripada khasiat bahan-bahan semulajadi dalam PHYTAX.

Untuk info lanjut & membuat pesanan, WhatsApp saya sekarang!

 

penawar penapis buah pinggang bocor

Komen Facebook:
Penawar Penapis Buah Pinggang Bocor Anda Boleh Ikhtiar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!