Pencuci Muka Terbaik Untuk Lelaki Yang Dijamin Berkesan & Selamat

Anda sedang mencari pencuci muka terbaik untuk lelaki? Walau apa pun yang kita guna atau pakai, kita mesti nak yang terbaik kan? Samalah jugak halnya dalam mencari produk kecantikan especially pencuci muka, toner & pelembap. Kita bukan saja nak yang terbaik, tapi mesti jugak nak yang dijamin selamat & berkesan.

Betul tak?

Tapiiii…. sasa-rasanya la kan pencuci muka yang kita guna sekarang tu adalah pencuci muka yang terbaik ke?

Maksud saya terbaik dari segi bahan-bahannya, kesan atau hasilnya, perlindungannya kepada kulit, kandungan bahan kimianya dan lain-lain lagi.

Mungkin la kita rasa terbaik sebab bila kita balik keje, muka dah berminyak atau orang utara kata belengaih kita cuci dengan pencuci muka kita dan terus rasa macam fresh, rasa kulit muka jadi bersih, minyak pun hilang. Kan? Tapi (haa.. tapi lagi) tak sampai beberapa minit lepas tu ada tak rasa kulit muka tu tegang, kering atau macam kena tarik-tarik bila lepas cuci muka?

Tau tak sebenarnya hampir semua produk penjagaan diri yang ada kat pasaran tu mengandungi macam-macam jenis bahan kimia. Kita memang tak boleh nampak kesan segera tindakan bahan kimia ni tapi kesan jangka panjang ada yang merbahaya.

pencuci muka terbaik untuk lelaki

Hanya 26 saat masa yang diperlukan untuk bahan kimia daripada kosmetik dan penjagaan diri untuk menyerap ke dalam salur darah!

Antara bahan kimia yang biasa terdapat dalam produk kecantikan dan penjagaan diri ialah:

  • PARABENS
  • FORMALDEHYDES
  • BENZOYL PEROXIDE
  • SODIUM LAURYL SULFATE (SLS) & SODIUM LAURETH SULFATE (SLES)
  • DIOXIN
  • PARFUM (aka FRAGRANCE)
  • PHTHALATES
  • NANOPARTICLES
  • TRICLOSAN
  • PEG COMPOUNDS

Kalau pencuci muka yang kita guna sekarang ada bahan-bahan macam tersenarai di atas, boleh tak kita kata yang pencuci muka kita tu adalah pencuci muka terbaik untuk kita? Tak mungkin la kan sebab dah tentu-tentu bahan-bahan kimia ni boleh mendedahkan kita kepada risiko penyakit merbahaya termasuklah kanser.

Jadi, untuk pilihan terbaik bila mencari pencuci muka, pilihlah produk yang berasaskan bahan-bahan semulajadi dan bebas daripada bahan-bahan kimia merbahaya.

Pilihan yang ada ialah pencuci muka terbaik daripada NutriWhite & Enfuselle Shaklee ialah:

pencuci muka terbaik untuk lelaki
NutriWhite Gentle Deep Foaming Cleanser sesuai untuk yang berkulit normal dan tiada masalah

NutriWhite Gentle Deep Foaming Cleanser

Gentle Deep Foaming Cleanser NutriWhite yang dihasilkan daripada bahan-bahan semulajadi ni sememangnya pencuci muka terbaik kegemaran saya secara peribadi. Sebab pencuci muka ni ada kelebihan seperti berikut:

  • Membersihkan dan menyegarkan kulit
  • Rumpai laut menanggalkan kotoran, mengelupaskan sel-sel mati dan menegangkan kulit
  • Alga Hijau melembapkan kulit dan membersih hingga jauh ke dalam liang-liang kulit untuk menghapuskan toksin
  • Strawberi Begonia mencerahkan dan meratakan tona kulit
  • Lembut dan menyegarkan
pencuci muka terbaik untuk lelaki
Enfuselle Hydrating Cleansing Lotion adalah untuk kulit berminyak

Enfuselle Hydrating Cleansing Lotion

Emulsi berkrim bertindak lembut untuk menanggalkan kotoran, bahan cemar dan mekap tanpa menjejaskan lapisan minyak semula jadi kulit. Ia hebat kerana:

  • Kaya dengan kandungan emolien serta penambahan Vitamin E agar kulit sentiasa halus, seimbang dan berseri
  • Mencerahkan tona kulit
  • pH yang seimbang
  • Hipoalergenik
pencuci muka terbaik untuk lelaki
Enfuselle Purifying Cleansing Gel direka khas untuk yang kulit berminyak, berjerawat dan bermasalah

Enfuselle Purifying Cleansing Gel

Gel berbuih bertindak lembut untuk menyingkirkan bahan cemar, mekap dan minyak berlebihan daripada kulit dan Enfuselle mempunyai kelebihan seperti berikut:

  • Bahan-bahan khas serta penambahan Vitamin E menyegarkan dan melembutkan kulit
  • Mencerahkan tona kulit
  • pH yang seimbang
  • Hipoalergenik

Untuk kesan yang lebih super ohsem, gabungkan penggunaan pencuci muka terbaik daripada NutriWhite dan Enfuselle ni dengan makeup remover, toner dan juga pelembap.

pencuci muka terbaik untuk lelaki

Ehh… tapi lelaki tak pakai makeup.. kenapa nak kena guna makeup remover pulak?… haaa… nak tau tak yang NutriWhite Gentle Action Makeup Remover ni bukan untuk perempuan yang pakai makeup jer tau. Makeup remover ni berfungsi sama macam scrub tapi dengan cara yang sangat lembut, tak merengsakan kulit dan dapat menanggalkan daki-daki, sel kulit mati, kekotoran & habuk yang melekat pada muka dan juga mampu menghilangkan whitehead & blackhead jika digunakan secara konsisten dan berterusan.

Toner pulak berfungsi untuk mengembalikan pH kulit kita kepada pH normal selepas setiap kali dicuci dan pelembap of course la untuk membuatkan kulit kita sentiasa lembap, segar & selesa.

Jom kita tengok apa kata mereka yang dah pernah menggunakan NutriWhite & Enfuselle ni.

 

testimoni nutriwhite 3

testi nutriwhite

LELAKI

Enfullse3

So, dah tau kan pencuci muka yang mana satu yang terbaik untuk para jejaka? Kalau keliru, jangan risau.. boleh dapatkan konsultasi lanjut daripada saya.

Atau kalau nak nampak sentiasa awet muda pun boleh jugak tau… haaa… tak semestinya perempuan jer yang nak nampak awet muda… lelaki pun kena jaga penampilan jugak kan….

Macam ni…

detox-vivix-1

testimonial-vivix-e1442354832102

blogger-image--845050476

Selain daripada guna pencuci muka terbaik untuk lelaki ni, suplemen pun boleh membantu dalam kesihatan kulit tau. Suplemen ni bertindak dari dalam & pada masa yang sama kita pun akan dapat manfaat kesihatan lain. So 2 dalam 1 lah ni. Kulit sihat dapat… badan sihat pun dapat.

KENAPA MESTI BELI PRODUK SHAKLEE DENGAN SAYA?

Dapatkan konsultasi eksklusif secara berterusan apabila membuat belian produk Shaklee melalui saya. Dan ketahui juga tawaran-tawaran dan diskaun hebat yang Shaklee berikan kepada semua penggunanya yang berdaftar sebagai ahli.

 

HUBUNGI:

Nieda
Business Leader & Shaklee Independent Distributor

Whatsapp:
019 – 707 1977

Email:
nieda@ohcantik.com 

Komen Facebook:

You May Also Like

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge