Untuk pulihkan kulit muka rosak dari terus rosak adalah dengan BERHENTI daripada mengamalkan cara penjagaan kulit yang salah dan penggunaan produk-produk skincare yang ntah apa-apa tu.

Sangatlah mudah sebenarnya nak lakukan ini.

Saya kongsikan 10 cara paling mudah untuk mengelak daripada kesalahan dalam penjagaan kulit terutamanya kulit muka. Hentikan perkara yang membuatkan kulit menjadi radang, kusam, mengelupas, penuaan lebih cepat atau lebih teruk lagi jika sampai merosakkan dan menyakitkan.

  1. Beauty is NOT PAIN: ada orang kata, kalau nak cantik kenalah tahan sakit. SALAH! Teknik pengelupasan sampai kulit jadi nipis, merah & sensitif adalah salah sama sekali. Jika rawatan atau produk yang anda guna sekarang memberikan implikasi ini -> BERHENTI!
  2. Elakkan daripada mencuci muka dengan air yang terlalu panas atau terlalu sejuk kerana keduanya boleh merengsakan kulit (termasuklah steam room / sauna)
  3. Kerap berendam terlalu lama dalam bath tub juga akan menyebabkan lembapan semulajadi kulit hilang.
  4. Jangan gunakan skrub yang kasar: skrub yang kasar atau menskrub kulit muka secara keterlaluan (dengan harapan dapat menghilangkan sel-sel kulit mati atau whiteheads) adalah sia-sia kerana ini hanya akan merosakkan kulit.
  5. Elakkan mencuci muka menggunakan pencuci berbentuk bar (ketulan / sabun yang biasa) kerana ia biasanya akan mengeringkan kulit dan menyingkirkan zat penting pada kulit. Melainkan ia memang diformulasikan khas untuk kulit muka.
  6. Buang semua produk penjagaan kulit yang tak guna tu: pelembap, serum atau toner yang mengandungi bahan yang tak elok (seperti alkohol) mungkin nampak menarik secara luaran, tetapi untuk jangkamasa panjang, ia sangat merosakkan.
  7. Wangian tidak sepatutnya ada dalam krim pelembap: jangan guna produk penjagaan kulit yang wangi termasuklah yang mengandungi minyak ”essential” yang berbau wangi. Tapi ia sangatlah tak ’wangi’ kepada kulit kerana ia boleh merengsakan kulit. Usah percaya jika ada yang syorkan anda untuk guna krim pelembap yang ada bau wangi untuk pulihkan kulit muka rosak… semakin bertambah masalah nanti jadinya.
  8. Terlalu banyak bukan bermakna terlalu baik: AHA, BHA, retinol atau ubat anti-jerawat; gabungan terlalu banyak ’benda baik’ dalam satu-satu jenis produk belum tentu sesuai dengan kulit anda.
  9. Pengelupasan: melalukan pengelupasan kulit muka terlalu kerap akhirnya akan membawa kepada hasil yang negatif dan kulit muka rosak. Pengelupasan secara lembut tidak sepatutnya dilakukan lebih daripada sekali dalam tempoh 1 hingga 2 bulan. Pengelupasan yang lebih agresif pula tidak boleh dilakukan lebih daripada sekali dalam tempoh 1 hingga 2 tahun!
  10. Krim pelindung matahari (sunblok) adalah SANGAT PENTING: perkara paling buruk yang kita lakukan kepada kulit adalah mendedahkannya kepada cahaya matahari. Cahaya matahari adalah perosak kulit paling kuat. Jadi, pastikan anda memakai sunblock setiap hari, setiap kali sebelum melangkah keluar dari rumah jika nak cepat pulihkan kulit muka rosak dan tak mahu kulit dilitupi jeragat & jerawat.

Baiklah, sekarang dah tahu kan apa yang patut anda buat untuk penjagaan kulit muka yang betul dan elak daripada kulit muka rosak.

Jika sekarang anda dah tersalah guna produk, dan mahu pulihkan kulit muka rosak, ambil 3 langkah pantas ini:

  1. Berhenti daripada menggunakan semua produk tersebut dengan serta-merta
  2. Berikan nutrisi yang betul kepada kulit untuk pemulihan segera
  3. Bertukar kepada produk yang semulajadi, bebas bahan kimia merbahaya & telah diuji secara klinikal

 

Ambil iktibar daripada kisah ini

pulihkan-kulit muka rosak
Gambar ihsan: Google
Gadis tersebut memakai penutup muka (facemask). Aku tertanya-tanya. Biasanya pesakit Tuberculosis yang diminta memakai facemask kerana penyakit tersebut mudah berjangkit. Atau pesakit kanser yang sedang menjalani kimoterapi kerana mereka mudah dijangkiti kuman.

Tetapi, apa yang membuatkan gadis 20-an ini datang ke klinik pada petang ini? “Maaflah doktor, saya malu sebenarnya.” ujarnya lemah.

Tangannya perlahan menurunkan facemask yang dipakai. Maka terpampanglah wajah gadis ini. Kulitnya menggelupas. Nanah kering sebesar syiling 50 sen bertompok-tompok di pipinya.

Masih ada bahagian kulit mukanya yang kemerahan. Berlendir. Ada yang baru hendak naik bintik, persis jerawat. Tapi bukan jerawat. “Produk apa, yang cik pakai?” soalku spontan.

Sekali pandang aku sudah mengetahui, pasti ada penyebabnya. Ini bukan kali pertama aku menjumpai kes sebegini. “********”, jawabnya ringkas.

Aku mengangkat kening. Baru pagi tadi aku membaca kenyataan media terbaru dari Datuk Ketua Pengarah Kesihatan.

Aku mengeluarkan telefonku dan aku membuka website KPK.

Aku tunjukkan kepadanya gambar produk berkenaan. https://kpkesihatan.com/2017/04/11/kenyataan-akhbar-kpk-11-april-2017-produk-produk-kosmetik-yang-dikesan-mengandungi-racun-berjadual/

“Yang ini ke, cik?”

“Ya, kedua-duanya!”

Aku bertanya lebih lanjut beberapa soalan kepadanya.

Sudah berapa lama guna. Di mana dia membelinya.

“Dah dekat dua minggu guna. Beli di pasar malam.” “Saya ada jumpa penjual tersebut semalam. Penjual tu kata muka saya jadi begini kerana badan mengeluarkan toksik sebab sebelum ini banyak pakai pencuci muka yang ada bahan kimia.”

“Healing crisis?” aku bertanya.

“Ya, betul doktor, itu yang dia bagitahu.

Betul ke?” “Cik, ini bukan healing crisis. Tidak ada apa yang disebutkan sebagai healing crisis. Sebaliknya ini adalah kesan penggunaan bahan terlarang didalam produk tersebut.” aku menjelaskan.

Tampak hiba di wajahnya. “Cik, sudah berkahwin?” aku bertanya lagi.

Beliau tersenyum-senyum sengih. Mungkin ingat aku cuba mengoratnya. Lantas menggelengkan kepala. “Maaflah kerana bertanya.

Maksudnya cik bukannya pregnant atau sedang cuba pregnant lah kan?” aku sengaja bertanya lagi.

Kerana aku perlukan kepastian. “Eh mestilah tak. Kenapa, doktor?” gadis itu pun cuba mendapatkan penjelasan. “Bukan apa, cik. Kerana dalam salah satu produk tersebut, pihak KKM mengesahkan ada bahan bernama tretinoin.”

Bundar mata beliau mendengar aku menyebut nama bahan kimia tersebut. “Tretinoin, adalah sejenis bahan yang digunakan untuk merawat jerawat.

Tetapi, ianya sangat kuat. Kuat dari segi kata, kesan sampingannya. Kesan sampingan yang saya maksudkan, adalah jika seseorang itu mengandung sama ada sedar atau tidak, khususnya pada trimester pertama, janin beliau berisiko untuk mengalami kecacatan!”

Wajah gadis tersebut berubah pucat. “Kesan tretinoin yang cukup kuat ini, menyebabkan ubat ini biasanya hanya dipreskripsi oleh doktor pakar kulit.

Saya sendiri tidak dibenarkan memberi ubat ini kepada pesakit, kerana saya bukan pakar kulit. Dan pakar kulit sendiri pun, apabila beliau mahu memulakan rawatan dengan ubat ini, pesakit perlu menandatangi persetujuan (consent) bahawa sekiranya ditakdirkan pesakit mengandung ketika menjalani rawatan tretinoin, dan berlaku kecacatan kepada janinnya, doktor pakar kulit ini tidak akan dipertanggungjawabkan.

Maksudnya pesakit bertanggungjawab mengambil langkah-langkah pencegahan kehamilan sepanjang menjalani rawatan dengan ubat ini!”

Gadis tersebut menunduk. Terdengar perlahan dia menyebut.. “Astaghfirullah…. Sebenarnya doktor…kakak saya pun ada menggunakan produk ini juga. Tapi dia tidak mengalami masalah kulit seperti yang berlaku kepada saya.

Kakak saya tersebut, sedang mengandung anak sulung, baru dua bulan!” Aku menarik nafas panjang. “Saya sarankan cik nasihatkan kakak cik untuk berhenti menggunakan produk ini, dan maklumkan perkara tersebut kepada doktor klinik tempat beliau check up.

Dikhuatiri beliau perlu menjalani scan yang terperinci (detailed scan) untuk mengenalpasti adakah ada masalah pada janin beliau.”

Mata gadis tersebut bergenang. “Kenapa produk dengan bahan berbahaya sebegini dijual di pasar-pasar malam, doktor…” tanyanya.

Aku pula yang serba salah. Namun aku menjawab dengan tuntas, “Kerana ada orang yang membelinya.” Lantas gadis tersebut diam.

Sentap, agaknya. “Awak, taknak ambil apa-apa tindakan ke kepada syarikat produk ini? Bukti sudah ada.” aku cuba menghasutnya.

Beliau hanya mendiamkan diri seketika, sebelum berkata – “Tak apalah, doktor, benda dah jadi, saya taknak tutup periuk nasi orang.”

Maka aku pun menjawab dengan senyuman, “Kes sebegini, kalau jadi di hospital-hospital kerajaan, berduyun-duyunlah orang akan memarahi doktor dan hospital. Viral di media sosial, katanya doktor cuai memberikan ubat. Silap haribulan kena saman berjuta-juta.

Tapi yelah. Itu kalau berlaku di hospital kerajaan.” Sengaja aku cuba “membakar” beliau. Tapi sejujurnya, memang aku sudah bosan dengan produk-produk sebegini yang melambak di pasaran. Produk-produk yang mengandungi bahan terkawal dan berbahaya, namun dijual secara berleluasa.

Dengan testimoni-testimoni yang indah-indah, “babi pun boleh terbang”. Kanser pun boleh sembuh. Kencing Manis pun jadi tawar. Padahal mengandungi bahan seperti steroid, yang penggunaan secara kronik dan tidak terkawal dosnya menyebabkan kerosakan buah pinggang.

Akhirnya datang ke hospital juga, dan kami juga yang perlu merawat pesakit-pesakit yang menjadi mangsa kepada kapitalis tidak beretika seperti ini. Aku menghabiskan sesi pada petang ini dengan menerangkan rawatan yang aku berikan kepada gadis tersebut.

Aku meminta izin untuk mengambil gambar mukanya untuk tujuan laporan advers dan aku berjanji akan melindungi identitinya.

Gambar yang dipaparkan ini, bukan gambar gadis tersebut. Ianya hasil dari carian google, namun inilah yang berlaku pada wajah gadis itu.

Dan aku harap masyarakat lebih bijak mengetahui bahawa nombor notifikasi, bukanlah nombor kelulusan. Dan sijil paten harta intelek, bukanlah sijil “KKM Approval”.

Dr. Mohd Syamirulah Rahim 11 April 2017 http://fb.com/dr.syamirul

 

Minta dijauhkanlah kita daripada kesan sebegini gara-gara salah produk hanya kerana nak cantik. Dah jadi satu hal pulak nak cari penawar untuk pulihkan kulit muka rosak tu.

Saya nasihatkan juga, kalau nak kulit yang cantik, jangalah kedekut sangat sebab produk yang murah hanya gunakan bahan yang murah juga dan bahan yang murah dan mudah didapati pula adalah bahan kimia. Malang sekali kan?….

Dan satu lagi kesalahan yang ramai orang selalu buat adalah nak kesan yang cepat… kalau boleh lepas pakai krim atau apa-apa produk tu terus nak tengok kesan segera… boleh… tapi, ini semua hanya boleh dicapai dengan penggunaan bahan kimia.

Biarlah lambat, biarlah berbelanja lebih sedikit asalkan kita tak menjadi mangsa kepada produk-produk sampah yang terlalu banyak bersepah dipasaran sekarang ni.

 

PULIHKAN KULIT MUKA ROSAK – PEMULIHAN SECARA DALAMAN!

MEERACLE BEAUTETONIC

1 – 2 sachet sehari!

Kulit semakin glowing berseri.

LIFE by Meeracle BeauteTonic merupakan minuman botanik daripada bahan-bahan PREMIUM. Gabungan ekstrak buah kiwi, epal hijau, buah beri, ditambah pula dengan Fibersol-2, Beauty Oligo (galactooligosaccharides) dan Pureway C yang mengandungi segala kebaikan antioksidan, serat diet yang tinggi vitamin C dan vitamin E semulajadi.

pulihkan kulit muka rosak

pulihkan kulit muka rosak

PULIHKAN KULIT MUKA ROSAK – PEMULIHAN SECARA LUARAN

pulihkan kulit muka rosak

pulihkan kulit muka rosak

pulihkan kulit muka rosak
JANGAN abaikan Sunscreen jika anda sayangkan kulit

ARTIKEL BERKAITAN: Berapa Lama Produk Skincare Ambil Masa Untuk Berkesan?

 

KEISTIMEWAAN PRODUK MEERACLE:-

  • Produk bebas bahan kimia merbahaya
  • Trusted SME Brand-Beauty
  • SME Brand Excellence-Beauty Product
  • Anugerah Superbrand – anugerah ini membuktikan bhawa jenama Meeracle adalah sebuah jenama yang dipercayai dan mempunyai standard tersendiri berbanding jenama produk kecantikan lain.

 

Ini testimoni sebilangan daripada pengguna produk Meeracle yang dah berjaya pulihkan kulit muka rosak akibat tersalah skincare.

pulihkan kulit muka rosak
Customer ni masih lagi dalam proses pemulihan kerana masih baru menggunakan MEERACLE

 

pulihkan kulit muka rosak

pulihkan kulit muka rosak

pulihkan kulit muka rosak

pulihkan kulit muka rosak

 

turunkan berat badan seminggu

 

Komen Facebook:
Pulihkan Kulit Muka Rosak Akibat Tersalah Produk

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!