AGING

Semua orang memang akan tempuh usia tua kalau dipanjangkan umur. Jadi ada sesetengah orang yang langsung tak kisah dengan penjagaan diri atau nak awet muda dengan alasan lama-lama nanti tua jugak….

Tapi dek kerana tekanan, diet yang tak sihat dan hidup dalam persekitaran yang tercemar, penuaan terjadi dengan lebih cepat. Tu yang membuatkan ada orang yang tua sebelum waktu. Umur belum cecah 40an tapi penampilan diri dan kesihatan dah macam orang yang berumur lebih 60 – 70 tahun.

Oleh kerana kita semua akan tempuh usia tua, maka wajarlah kita menjaga diri dan kesihatan supaya kita dapat lalui hari-hari tua yang lebih sihat dan bebas daripada sebarang penyakit yang selalunya dikaitkan dengan penuaan seperti tekanan darah tinggi, kencing manis, arthritis, sakit jantung, sakit buah pinggang dan sebagainya.

Tapi kadang-kadang kita tak sedar yang banyak tabiat harian kita mempengaruhi proses penuaan dan juga kesihatan kita. Jom baca antara tabiat yang boleh menyebabkan proses penuaan berlaku lebih cepat daripada yang kita sangka.

 

MULTITASKING

Cuba melakukan banyak kerja dalam satu-satu masa akan membuatkan seseorang itu cepat rasa tertekan. Tekanan yang yang kronik boleh menjadi punca pembebasan radikal bebas, iaitu molekul tidak stabil yang akhirnya menyebabkan kerosakan sel-sel berlaku dengan lebih cepat.

 

dessert
Pencuci mulut memang sangat menarik dan sedap tapi harus berpada-pada menikmatinya kerana kemanisannya boleh menjadi racun

SUKA PENCUCI MULUT

Menurut kajian, molekul gula sangat mudah bertindakbalas dengan serat protein yang terdapat dalam sel-sel tubuh manusia. Proses ini dinamakan glycation yang akhirnya menyebabkan lingkaran lebam bawah mata, kehilangan seri kulit, meningkatkan kedutan, membesarkan liang pori dan kehilangan kontor wajah.

 

TIDAK CUKUP TIDUR

Selalu pastikan kita mendapat tidur yang secukupnya, sekurang-kurangnya 8 jam sehari. Tidur yang tidak cukup bukan sahaja menyebabkan lebam di bawah mata dan eyebags tetapi juga boleh menjejaskan kesihatan. Jika anda mengalami masalah susah hendak tidur, cuba masuk tidur awal agar anda mendapat rehat yang secukupnya.

 

TERLALU BANYAK MENONTON TV

Ini akan menyebabkan seseorang itu menjadi kurang aktif sebab asyik ‘melekat’ di depan TV. Ambil perhatian! Apabila anda duduk lebih daripada 30 minit, badan anda akan mula menghasilkan partikel gula di dalam sel. Ini juga boleh menjadi punca penambahan berat badan.

 

BANYAK MENGHABISKAN MASA DENGAN DUDUK

Individu yang terlalu banyak menghabiskan masa dengan duduk adalah terdedah kepada peningkatkan risiko kanser, penyakit kardiovaskular, penyakit buah pinggang dan juga obesiti. Kerap bersenam boleh mengurangkan risiko-risiko ini dan ia juga membantu anda untuk hidup lebih sihat.

 

TIDAK MENDAPAT VITAMIN & MINERAL YANG CUKUP

Pengambilan makanan segar seperti sayuran, buah-buahan dan diet yang sihat adalah sangat mempengaruhi tahap kesihatan seseorang itu. Jadi pastikan makan makanan yang sihat dan berkhasiat. Tetapi, harus berhati-hati kerana sudah banyak juga sayuran dan buah-buahan segar pada zaman sekarang adalah GMO (Genetically modified organism) atau diubah secara genetik. Contohnya buah yang dipaksa masak atau matang sebelum sampai waktunya dengan menggunakan bahan kimia. Oleh itu, pengambilan suplemen adalah sangat perlu bagi menampung kepincangan nutrisi yang berlaku.

 

MENGGUNAKAN KRIM PELINDUNG MATAHARI HANYA KETIKA BERCUTI

Setiap hari kita terdedah kepada pancaran cahaya matahari walaupun hanya sekadar berjalan dari pintu pejabat ke kereta atau mengangkat jemuran di depan rumah. Pendedahan kepada pancaran cahaya matahari adalah salah satu punca penuaan kulit. Sinaran UV juga bukan setakat wujud ketika cuaca panas, malahan ketika hujan ataupun cuaca mendung. Oleh itu, pastikan sentiasa menyapu krim pelindung matahari setiap masa.

 

MAKEUP
Bahan kimia yang terkandung dalam kebanyakan produk kosmetik akan mempengaruhi kualiti kesihatan kulit kita

MENGGUNAKAN TERLALU BANYAK ALAT SOLEK

Berlebihan dalam menggunakan alat soleh boleh menyebabkan anda cepat kelihatan tua. Alat solek terutamanya yang berasaskan minyak boleh menyebabkan liang pori tersumbat dan jika dibiarkan berlarutan, ia boleh menyebabkan kerosakan kulit. Kebanyakkan alat solek juga mengandungi bahan kimia, ajen alkohol dan wangian yang akhirnya menyebabkan kulit menjadi kering dan kusam kerana lembapan semulajadi musnah.

 

SUKA TIDUR MENIARAP

Individu yang tidur secara meniarap dengan muka dibantal akan menyebabkan pembentukan kedutan pada wajah berlaku lebih cepat. Pastikan sentiasa tidur secara menelentang dan gunakan bantal yang lembut untuk tidur yang lebih selesa.

 

TIDAK MEMAKAN BUAH-BUAHAN DAN SAYUR-SAYURAN

Sumber terbaik untuk mendapatkan kalori adalah daripada buah-buahan dan sayuran. Khasiat daripada buah-buahan dan sayuran ini juga menggalakkan kesihatan kulit dan kesegaran kulit.

 

TIDAK MENGAMBIL LEMAK BAIK DALAM DIET HARIAN

Lemak baik dipercayai dapat membantu seseorang itu untuk kelihatan awet muda. Antara lemak baik yang penting adalah Omega 3 yang boleh didapati daripada ikan seperti mackerel dan salmon dan kekacang seperti flax seeds dan walnut yang boleh membantu kulit lebih anjal dan mengelakkan pembentukan kedutan. Nutrien penting ini juga membantu dalam kesihatan jantung dan otak.

 

PENGAMBILAN ALKOHOL

Alkohol boleh menyebabkan penuaan kulit menjadi lebih pantas kerana biasanya ia mengembangkan saluran darah kecil yang terdapat pada kulit dan juga meningkatkan aliran darah darah pada permukaan kulit. Lama kelamaan, saluran darah ini boleh rosak dan mengakibatkan ia pecah dan menghasilkan kulit yang kelihatan kemerahan.

Sumber rujukan: Majalah Natural Health

 

Nieda
Business Leader & Shaklee Independent Distributor

SMS | Call | Whatsapp:
019 – 707 1977

Email:
nieda@ohcantik.com 

Komen Facebook:
Punca Penuaan Berlaku Dengan Lebih Cepat
Tagged on:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!