Rawatan Bell Palsy dengan hormon yang dipanggil prednisolone dapat mempercepatkan proses pemulihan. Satu kajian mendapati bahawa jika prednisolone diberikan dalam masa 72 jam dari serangan Bell Palsy, tahap keseriusan gejala dalam tempoh 12 bulan.

Kebanyakan orang akan pulih daripada Bell’s Palsy dalam tempoh 1 hingga 2 bulan. Terutamanya pada yang masih ada upaya untuk menggerakkan otot muka.

Nota: Bell Palsy bukan sejenis stroke

 

RAWATAN BELL PALSY – PREDNISOLONE

Steroid ini mengurangkan keradangan yang membantu mempercepat pemulihan saraf yang terjejas. Prednisolone menghalang pembebasan bahan-bahan dalam badan yang menyebabkan keradangan, seperti prostaglandin dan leukotrien.

Pesakit perlu mengambilnya secara lisan (melalui mulut) biasanya dua tablet sehari, selama 10 hari.

Tetapi rawatan Bell Palsy ni ada kesan sampingan seperti:

  • Sakit perut, kembung
  • Jerawat
  • Kesukaran tidur
  • Kulit kering
  • Sakit kepala, pening (rasa berpusing-pusing)
  • Meningkatkan selera makan
  • Meningkatkan perpeluhan
  • Senak
  • Perubahan mood
  • Mual
  • Thrush mulut
  • Penyembuhan luka menjadi perlahan
  • Menipiskan kulit
  • Keletihan

Walaupun begitu, kesan sampingan ini biasanya akan beransur baik selepas beberapa hari.

Sebarang tindak balas alahan terhadap prednisolone harus dilaporkan kepada doktor dengan segera.

Antara gejala alahan rawatan Bell Palsy menggunakan prednisolone termasuklah:

  • Gegata
  • Kesukaran bernafas
  • Muka, bibir, lidah atau tekak jadi bengkak

 

Sekiranya pesakit berasa pening atau mengantuk mereka harus mengelak dari memandu atau mengendalikan jentera berat. Oleh kerana gejala ini tidak dapat dilihat dengan segera, adalah dinasihatkan supaya anda menunggu sehari sebelum memandu atau mengendalikan jentera berat.

Doktor biasanya akan mengurangkan dos secara beransur-ansur pengambilan ubat steroid; Ini akan membantu mencegah gejala seperti muntah atau keletihan.

 

PELINCIR MATA

Jika pesakit tidak dapat mengedipkan mata dengan betul, mata akan terdedah dan air mata akan kering. Sesetengah pesakit akan juga mengalami pengurangan pengeluaran air mata. Kedua-duanya boleh meningkatkan risiko kerosakan atau jangkitan di mata.

Air mata tiruan dan salap (ointment) adalah diperlukan. Eye drop ni biasanya dititiskan semasa waktu bangun, sementara salap digunakan sebelum tidur.

Pesakit yang tidak dapat menutup mata dengan betul semasa tidur perlu menggunakan pita pelekat (yang digunakan untuk pembedahan) untuk memastikan mata dapat ditutup. Pesakit yang mengalami gejala-gejala mata yang semakin teruk harus segera mendapatkan bantuan perubatan.

 

ANTIVIRALS

Dalam sesetengah kes, antiviral, seperti acyclovir boleh diambil bersama prednisolon; Walau bagaimanapun, bukti bahawa ia boleh membantu tidak jelas.

 

PENJAGAAN DI RUMAH

Senaman muka – apabila saraf muka mula pulih, senaman untuk meregangkan otot muka dapat membantu menguatkannya.

Penjagaan gigi – jika terdapat sedikit atau tiada rasa (feel) di dalam mulut, kerosakan atau penyakit gusi akan mudah berlaku akibat timbunan plak daripada sisa makanan. Selalulah memberus dan flos gigi.

Bermasalah untuk makan – jika ada masalah dengan menelan, anda harus mengunyah makanan dengan baik dan makan dengan perlahan. Pilih makanan yang lembut yang perlu kurang kunyahan.

 

KOMPLIKASI BELL PALSY

Adalah penting untuk menekankan bahawa kebanyakan pesakit Bell Palsy dapat pulih sepenuhnya. Walau bagaimanapun, jika kerosakan pada saraf muka adalah teruk, ada komplikasi yang mungkin terjadi seperti:

  • Gentian saraf tumbuh semula dengan cara yang tidak teratur. Ini boleh menyebabkan kontraksi tanpa sengaja diantara otot. Seseorang itu mungkin secara tanpa sengaja terkenyit mata apabila cuba tersenyum. Atau hal ini boleh jadi sebaliknya – anda nak kenyit mata tapi otot di bahagian mulut turut terangkat.
  • Ageusia atau kehilangan deria rasa yang kronik untuk tempoh yang lama.
  • Refleks Gustatolacrimal atau dikenali juga sebagai sindrom air mata buaya. Sementara pesakit sedang makan, mata mereka akan meniteskan air mata. Ia akhirnya memang akan hilang. Dalam sesetengah kes yang jarang berlaku, masalah ini juga boleh kekal agak lama.
  • Apabila kelopak mata tidak dapat ditutup sepenuhnya, filem air mata (tears film tau.. bukan filem sedih yer), pelindung dan pelincir mata menjadi tidak efektif dan menyebabkan ulser kornea. Ini boleh mengakibatkan kornea menjadi kering. Risiko pengeringan kornea lebih tinggi jika Bell Palsy telah menyebabkan pengurangan pengeluaran air mata. Ulser kornea boleh menyebabkan jangkitan kornea, yang boleh membawa kepada masalah penglihatan yang teruk.

 

APAKAH JENIS RAWATAN BELL PALSY YANG MEREKA AMBIL SEHINGGA BOLEH SEMBUH SEPENUHNYA?

rawatan bell palsy

 

rawatan bell palsy

rawatan bell palsy

MANFAAT DAN KELEBIHAN VIVIX

Didalam kajian makmal, ramuan Vivix ® telah menunjukkan impak kepada mekanisma penting anti-penuaan pada tahap sellular.

4 MEKANISMA (PUNCA) PENUAAN PADA TAHAP SELLULAR

  1. KEROSAKAN DNA
  • Setiap hari, setiap sel tubuh diserang oleh hampir sejuta serangan yang merosakkan DNA. Serangan-serangan ini merosakkan pengkalan data genetic, menghasilkan satu “typo” (kesilapan dari yang asal) yang akan menggangu fungsi sel dan lanjutan umur.
  1. PENGAWALAN GENETIK
  • Pengawalan genetik menyumbang kepada kemerosotan umur pada tahap sellular. Didalam satu penemuan utama, ujian klinikal terbaru menunjukkan ramuan Vivix mampu mengaktifkan satu pengawalan genetik utama yang menolong melambatkan penuaan tahap sellular.
  1. PENGELUARAN TENAGA YANG KIAN MENURUN OLEH SEL-SEL
  • Mitochondria (penjana tenaga) di dalam sel menghasilkan tenaga yang kita perlukan. Apabila kecekapan mitochondria menurun, fungsi sel turut menurun. Ramuan Vivix ® menggalakkan biogenesis (pembentukan baru) mitochondria untuk meningkatkan tahap tenaga di dalam sel.
  1. PENIMBUNAN PROTIN AGE

Penimbunan berlebihan protin AGE (Advance Glycation End products) boleh menyebabkan kerosakan tahap sellular yang akan mengganggu keutuhan sel dan umur. Ramuan Vivix ® adalah 10 kali lebih kuat dari resveratrol (kandungan unik dalam anggur “muscadine”) untuk melambatkan pembentukan protin AGE.

rawatan bell palsy

rawatan bell palsy

 

Atau WhatsApp saya di 019-707 1977 untuk info lanjut / membuat pesanan

 

KENAPA MESTI BELI PRODUK SHAKLEE DENGAN SAYA?

Dapatkan konsultasi eksklusif secara berterusan apabila membuat belian produk Shaklee melalui saya. Dan dapatkan juga tawaran-tawaran dan diskaun hebat yang Shaklee berikan kepada semua penggunanya yang berdaftar sebagai ahli.
Komen Facebook:
Rawatan Bell Palsy Dan Komplikasi Penyakit Ini

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!