Rawatan dialisis buah pinggang adalah kaedah yang digunakan untuk melakukan tugasan yang biasa dibuat oleh buah pinggang yang masih sihat.

Rawatan dialisis buah pinggang diperlukan apabila buah pinggang seseorang itu sudah tak mampu lagi untuk berfungsi secara normal.

 

rawatan dialisis buah pinggang
Beginilah gambaran perbezaan antara buah pinggang yang masih normal dengan buah pinggang yang sudah mengalami keradangan dan rosak

 

BILAKAH DIALISIS BUAH PINGGANG DIPERLUKAN?

Orang yang menghidap penyakit buah pinggang rosak dan semakin menghampiri tahap akhir – biasanya kehilangan lebih kurang 85% hingga 90% fungsi buah pinggang dan GFR kurang <15

 

APAKAH YANG DILAKUKAN SEMASA DIALISIS  BUAH PINGGANG?

Bila buah pinggang sudah gagal untuk berfungsi dengan sempurna, dialisis menjadi ganti untuk membantu badan sentiasa seimbang dengan cara:

  • menyingkirkan bahan buangan, garam dan lebihan cecair bagi mengelakkannya daripada menimbun dalam badan
  • memastikan sesetengah jenis kimia dalam badan seperti potassium, sodium dan bikarbornat sentiasa berada pada tahap yang selamat
  • membantu mengawal tekanan darah

 

ADAKAH KEGAGALAN BUAH PINGGANG AKAN KEKAL?

Biasanya YA, tapi bukan semua kes. Sesetengah kegagalan buah pinggang akut boleh menjadi lebih baik selepas mendapat rawatan yang betul.

Dalam sesetengah kes kegagalan buah pinggang akut, dialisis mungkin hanya diperlukan untuk tempoh yang singkat sehingga buah pinggang elok semula.

Bagi kerosakan buah pinggang kronik dan tahap akhir, buah pinggang tersebut tidak boleh elok semula dan anda akan memerlukan dialisis untuk seumur hidup. Pemindahan buah pinggang juga mungkin diperlukan.

 

DIMANAKAH RAWATAN DIALISIS BUAH PINGGANG DILAKUKAN?

Dialisis boleh dilakukan di hospital, pusat dialisis atau di rumah. Ini akan ditentukan oleh doktor yang merawat anda dan juga bergantung kepada pilihan anda sendiri.

 

ADA BERAPA JENIS RAWATAN DIALISIS BUAH PINGGANG?

Ada 2 jenis dialysis iaitu hemodialysis dan peritoneal dialysis.

 

APAKAH SEBENARNYA DIALISIS?

Dalam hemodialysis, buah pinggang tiruan (hemodilyzer) digunakan untuk menyingkirkan bahan buangan, lebihan bahan kimia dan cecair daripada dalam darah.

Laluan perlu dibuat bagi membolehkan buah pinggang tiruan tersebut mendapat akses ke salur darah. Ini dilakukan melalui pemdedahan kecil pada tangan ataupun kaki.

Kadang-kadang, laluan dibuat dengan menyambungkan arteri dengan urat dibawah kulit untuk membuat salur darah yang lebih besar yang dipanggil sebagai fistula.

Walau bagaimanapun, jika salur darah tersebut tidak cukup untuk memuatkan fistula, doktor mungkin akan menggunakan tiub plastik lembut untuk menghubungkan arteri dengan urat dibawah kulit. Ini dipanggil sebagai graf.

Adakalanya juga laluan dibuat dengan menggunakan tiub plastik yang dipanggil sebagai catheter, yang akan dimasukkan kedalam urat pada leher.

Laluan seperti ini biasanya bersifat sementara, tapi ada juga yang digunakan untuk rawatan jangka panjang.

 

rawatan dialisis buah pinggang
Kerja-kerja yang sepatutnya dilakukan oleh buah pinggang terpaksa diambil alih oleh mesin apabila buah pinggang sudah mengalami kerosakan

 

BERAPA LAMAKAH RAWATAN DIALSIS DIPERLUKAN?

Tempoh yang dialisis seseorang pesakit buah pinggang itu bergantung kepada:

  • kemampuan buah pinggang berfungsi
  • berapa banyak berat badan bertambah disepanjang tempoh rawatan
  • berapa banyak bahan buangan yang terdapat dalam badan
  • saiz badan
  • jenis buah pinggang palsu yang digunakan

Biasanya, setiap dialisis mengambil masa lebih kurang 4 jam dan dilakukan sebanyak 3 kali seminggu.

Hemodialisis yang dipanggil sebagai high-flux akan mengambil masa yang lebih singkat. Doktor akan menentukan jenis rawatan yang mana yang sesuai dengan kondisi masing-masing.

 

APAKAH YANG DIMAKSUDKAN DENGAN PERITONEAL DIALYSIS DAN BAGAIMANA IA DIJALANKAN?

Dalam dialisis ini, darah akan dicuci didalam badan anda sendiri. Doktor akan melakukan pembedahan dan meletakkan tiub plastik yang dikenali sebagai catheter didalam perut untuk membuat laluan.

Semasa rawatan, bahagian perut (perrtoneal cavity) secara perlahan akan dipenuhi dengan dialysate melalui catheter. Darah akan kekal didalam arteri dan urat disepanjang peritoneal cavity anda.

Lebihan cecair dan bahan buangan akan dikeluarkan dari dalam darah ke dialysate. Terdapat 2 jenis utama peritoneal dialysis.

Jenis peritoneal dialysis dan bagaimana ia berfungsi?

Terdapat beberapa jenis peritoneal dialysis tetapi ada 2 yang paling utama iaitu:

  1. Continous Ambulatory Peritoneal Dialysis (CAPD) dan Automated Peritoneal Dialysis (APD)
  2. Continous Ambulatory Peritoneal Dialysis (CAPD) adalah satu-satunya peritoneal dialysis yang dilakukan tanpa menggunakan mesin. Pesakit akan melakukannya sendiri, 4 atau 5 kali sehari di rumah atau di tempat kerja. Pesakit akan meletakkan bag dialysate ke dalam peritoneal cavity melalui catheter yang telah dipasang. Dialysate perlu kekal di situ untuk tempoh lebih kurang 4 hingga 5 jam sebelum ia dimasukkan semula ke dalam beg dan dibuang.

Beg dialysate baru akan digunakan setiap kali melakukan proses ini. Semasa dialysate berada di dalam peritoneal cavity, pesakit boleh melakukan aktiviti seperti biasa.

Automated Peritoneal Dialysis (APD) biasany dibuat di rumah menggunakan mesin khas yang dipanggil sebagai cycler. Proses ini lebih kurang sama dengan CAPD kecuali jumlah cycles (pertukaran) saja berbeza.

Setiap cycle biasanya berlaku selama 1 jam dan pertukaran dilakukan disepanjang tempoh pesakit tidur pada waktu malam.

 

ADAKAH DIALISIS BOLEH MEMBANTU MENYEMBUHKAN SAKIT BUAH PINGGANG?

TIDAK. Dialisis hanyalah sebagai menggantikan kerja yang sepatutnya dilakukan oleh buah pinggang yang normal tetapi ia tidak bertujuan untuk menyembuhkan sakit buah pinggang.

Pesakit mungkin memerlukan rawatan dialisis untuk seumur hidup, melainkan pemindahan buah pinggang dilakukan.

 

SELESAKAH DIALISIS?

Pesakit mungkin akan menjadi tidak selesa terutamanya semasa jarum dimasukkan ke dalam fistula atau graft. Rawatan dialisis tidak menyakitkan.

Tetapi sesetengah pesakit mungkin akan mengalami penurunan tekanan darah. Jika ini berlaku, pesakit akan merasa tidak selesa pada perut, muntah, sakit kepala atau kejang.

Masalah-masalah ini boleh hilang selepas beberapa kali rawatan.

 

SUDAH BERAPA LAMAKAH DIALISIS WUJUD?

Hemodialisis dan peritoneal dialysis telah wujud sejak tahun 1940an.

 

BERAPA LAMA SEORANG PESAKIT BOLEH HIDUP DENGAN DIALISIS?

Jika buah pinggang sudah gagal, pesakit memerlukan rawatan dialisis untuk seumur hidup melainkan pemindahan buah pinggang dilakukan.

Jangka hayat seorang pesakit buah pinggang yang menjalani dialisis tidak dapat ditentukan dan ia bergantung kepada tahap kesihatan individu.

Anggaran jangka hayat seorang pesakit buah pinggang yang menjalani dialisis adalah antara 5 hingga 10 tahun, tetapi ramai juga yang hidup dengan baik selama 20 hingga 30 tahun.

Dapatkan nasihat pakar yang merawat anda untuk mengetahui cara yang betul untuk menjaga kesihatan disepanjang tempoh dialisis.

Baca juga: Punca Buah Pinggang Rosak

 

ADAKAH RAWATAN DIALISIS BUAH PINGGANG MAHAL?

Dialisis memerlukan belanja yang banyak. Walau bagaimanapun, di Malaysia terdapat banyak pusat dialisis yang disubsidi oleh kerajaan dan badan-badan korporat.

 

ADAKAH PESAKIT YANG MENJALANI DIALISIS MERASA NORMAL?

Kebanyakan pesakit menjalani kehidupan seperti biasa kecuali semasa rawatan dijalankan.

Dialisis biasanya akan membuatkan pesakit merasa lebih baik kerana ia membantu meredakan banyak masalah yang menyebabkan kegagalan buah pinggang.

Pesakit dan keluarga mungkin memerlukan sedikit masa untuk biasa dengan rawatan dialisis yang perlu dilakukan.

 

 

ADAKAH PESAKIT YANG MENJALANI DIALISIS PERLU MENGAWAL DIET MEREKA?

Pesakit buah pinggang tidak boleh makan apa saja yang mereka suka atau mahu. Pesakit perlu mengamalkan diet khas bergantung kepada jenis dialisis dijalani.

 

BOLEHKAH PESAKIT YANG MENJALANI DIALISIS PERGI BERCUTI?

Pusat dialisis terdapat hampir di semua negeri di Malaysia dan negara yang ada di dunia ni. Rawatan dialisis juga adalah sama standardnya di setiap pusat dialisis.

Buat temujanji awal dengan pusat dialisis tempat yang anda ingin tuju bagi memudahkan urusan semasa bercuti.

 

BOLEHKAH PESAKIT YANG MENJALANI RAWATAN DIALISIS BUAH PINGGANG BEKERJA?

Kebanyakan pesakit yang menjalani dialisis boleh kembali bekerja selepas mereka sudah selesa dengan rawatan tersebut.

Jika pekerjaan anda banyak menggunakan tenaga fizikal seperti mengangkat benda berat dan sebagainya, anda mungkin perlu bertukar kepada pekerjaan yang lebih ringan.

Samada anda sedang menjalani rawatan dialisis atau tidak, bersyukurlah kerana masih mampu meneruskan kehidupan. Pasti ada hikmah disetiap sebalik apa saja yang berlaku kepada kita.

 

Perlukan sokongan nutrisi untuk kekalkan kesihatan yang baik?

rawatan dialisis buah pinggang

 

ESKAYVIE PHYTAX

Phytax menggunakan sinergi antioksidan dari 12 bahan yang mengandungi banyak kebaikan fitonutrisi seperti polyphenol, vitamin, tannin, saponin, flavonoid, karotenoid dan lain-lain yang semuanya mempunyai peranan dan fungsi yang unik masing-masing untuk mengurangkan komplikasi yang lebih serius.

Tapi saya perlu jelaskan yang Phytax ini bukan ubat ya, penting untuk amalkan gaya hidup yang sihat juga.

Phytax tidak akan menerukkan fungsi buah pinggang kerana kuantiti natrium, fosfat dan kalium dalam produk Eskayvie terutamanya Phytax adalah sangat minimum dan tidak memudaratkan pesakit buah pinggang. Eskayvie pernah menjalankan kajian 3 bulan terhadap prospek yang mengambil Phytax.

Hasil kajian mendapati bacaan GFR semakin meningkat (positive result).

 

rawatan dialisis buah pinggang

 

Kenapa Phytax patut menjadi pilihan sebagai solusi kepada kesihatan buah pinggang & masalah 3 serangkai anda?

✅ Diperkaya dengan 12 bahan bermutu tinggi daripada sumber semulajadi
✅ Kaya dengan antioksidan dan anti-radang
✅ Diiktiraf KKM dan mendapat kelulusan HALAL JAKIM
✅ Bebas daripada bahan-bahan tercemar
✅ Rasanya lazat dan mudah diamalkan

Dapatkan PHYTAX hari ini!

 

rawatan dialisis buah pinggang

 

rawatan dialisis buah pinggang

 

rawatan dialisis buah pinggang

 

NOTA PENTING: Kesan tidak tipikal. Hasil adalah berbeza bagi setiap individu. Jangan berhenti mendapatkan rawatan pakar & sila minta nasihat doktor sebelum anda membuat keputusan untuk mengambil suplemen terutamanya jika anda sedang menjalani rawatan dialisis buah pinggang.

 

rawatan dialisis buah pinggang

 

Komen Facebook:
Rawatan Dialisis Buah Pinggang: Apa Yang Berlaku?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!