Orang yang menghidap penyakit vertigo akan merasa tak seimbang, pening seakan dia sedang berpusing atau persekitaran dia yang berpusing. Ini bukan pening-pening biasa yang cuma perlu sapu minyak angin di kepala kemudian hilang yer. Tapi apa kaedah rawatan vertigo yang boleh diambil?

Saya akan sentuh bab tu kemudian. Sekarang kita ambil tahu serba sedikit tentang punca dan simptom penyakit vertigo.

 

rawatan vertigo

PUNCA PENYAKIT VERTIGO

Vertigo selalunya berpunca daripada masalah dalaman dalam telinga. Antara beberapa punca yang biasa termasuklah:

 

BPPV – Ini adalah permulaan kepada Benign Paroxysmal Positional Vertigo. BPPV terjadi apabila partikel kalsium halus (canaliths) berkumpul di laluan dalam telinga. Bahagian dalaman telingan memberi signal kepada otak berkenaan pergerakan kepada dan badan berkaitan dengan graviti. Ia membantu kestabilan kita.

BPPV boleh terjadi tanpa sebab dan ia juga mungkin boleh dikaitkan dengan penuaan.

 

Meniere’s disease – ini adalah masalah dalaman telinga yang berpunca daripada cecair yang terkumpul dan perubahan tekanan dalam telinga. Ia boleh menyebabkan beberapa episod vertigo dengan deringan dalam telinga (tinnitus) dan hilang deria pendengaran.

 

Vestibular neuritis atau labyrinthitis – masalah dalaman telinga ini biasanya dikaitkan dengan jangkitan. Jangkitan ini menyebabkan keradangan pada bahagian dalam telinga iaitu disekeliling saraf penting yang membantu keseimbangan badan.

Antara masalah lain yang dikaitkan (tetapi jarang) dengan vertigo ialah:

  • Kecederaan kepala atau leherr
  • Masalah otak seperti strok atau tumor
  • Ubat-ubatan tertentu yang boleh menyebabkan kerosakan telinga
  • Ubat-ubatan migrain

 

Baca juga: Cara Atasi Susah Tidur Malam

SIMPTOM VERTIGO

  • Orang yang menghidap vertigo biasanya akan mengalami rasa seperti:
  • Berpusing-pusing
  • Senget
  • Terhayun-hayun
  • Tidak seimbang
  • Seperti ditarik ke satu arah

Simptom lain yang berkaitan dengan vertigo termasuklah:

  • Rasa loya
  • Muntah
  • Mata tersentap-sentap (nystagmus)
  • Sakit kepala
  • Berpeluh
  • Berdering / berdesing dalam telingan atau kehilangan pendengaran

Simptom ini boleh bertahan untuk beberap minit hingga beberapa jam dan ia boleh datang dan pergi.

 

RAWATAN VERTIGO

Rawatan vertigo adalah bergantung kepada puncanya. Dalam kebanyakan kes, vertigo boleh hilang tanpa perlukan rawatan. Ini kerana otak manusia boleh menyesuaikan diri dengan perubahan yang berlaku kepada bahagian dalaman telinga tersebut.

 

Bagi sesetengah kes lain pula, rawatan mungkin diperlukan contohnya:

Rehabilitasi vestibular – ini adalah sejenis rawatan fizikal yang menumpukan kepada pengukuhan sistem vestibular. Sistem vestibular berfungsi untuk memberi signal kepada otak tentang pergerakan kepala dan badan yang berkaitan dengan graviti.

Rehabilitasi vestibular mungkin akan dicadangkan jika anda mengalami vertigo berulang. Ia membantu melatih deria yang lain untuk bertolak ansur dengan vertigo.

 

Canalith repositioning maneuvers – panduan daripada American Academy of Neurology mencadangkan satu siri pergerakan kepala dan badan spesifik untuk BPPV. Pergerakan dilakukan untuk mengeluarkan kumpulan kalsium dari ruang laluan dalam telinga supaya ia boleh diserap oleh badan. Seseorang itu mungkin akan mengalami vertigo semasa prosedur rawatan vertigo ini dijalankan kerana berlakunya pergerakan canaliths.

 

rawatan vertigo
Rawatan vertigo secara Canalith Repositioning Procedure

 

Ubat-ubatan – dalam sesetengah kes, ubat-ubatan mungkin akan diberi bagi melegakan simptom seperti loya dan muntah.

Jika vertigo terjadi berpunca daripda jangkitan atau keradangan, antibiotik atau steroid diperlukan bagi meredakan bengkak dan merawat jangkitan.

Untuk Meniere’s disease – pil diuretik mungkin akan diberi untuk meredakan tekanan yang terjadi akibat pengumpulan cecair.

Pembedahan – mungkin perlu bagi sesetengah kes vertigo

Jika vertigo berpunca daripada masalah yang lebih serius seperti tumor atau kecederaan pada otak atau leher. Rawatan kepada masalah tersebut boleh membantu untuk menghilangkan vertigo.

 

rawatan vertigo

 

rawatan vertigo

 

rawatan vertigo

 

rawatan vertigo

 

rawatan vertigo

 

rawatan vertigo

 

rawatan vertigo

 

rawatan vertigo
Antara REDIANZE & PHYTAX, yang mana satu lebih baik? Kedua-duanya sama baik, dua-dua menang. Anda digalakkan untuk ambil kedua-duanya untuk kesan yang lebih baik. Tapi jika perlu memilih hanya salah satu, saya syorkan REDIANZE PLATINUM. WhatsApp saya di 019-707 1977 untuk konsultasi lanjut.

 

 

 

Selain daripada REDIANZE PLATINUM, jika anda mahukan kesan yang lebih optimum dalam usaha anda untuk pulih daripada vertigo, PHYTAX sangat baik dijadikan sebagai tambahan untuk rawatan VERTIGO.

 

rawatan vertigo

 

Komen Facebook:
Rawatan Vertigo: Bantu Dengan Suplemen Semulajadi

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!