Sakit Buah Pinggang Tahap 4: Peluang Untuk Menjalani Kehidupan Yang Lebih Baik

Sakit Buah Pinggang Tahap 4

Apa yang anda perlu buat kalau anda disahkan menghidap sakit buah pinggang tahap 4?

Ambil tahu apa yang boleh anda buat untuk elakkan sakit buah pinggang tu daripada jadi semakin kronik dan apakah pilihan rawatan yang ada – wajib buat sebab anda memang takde pilihan kerana bila buah pinggang dah mula rosak, ia akan terus merosak dan lama- kelamaan akan turut membawa kepada banyak penyakit lain.

Tangani komplikasi sakit buah pinggang sebaik-baiknya seperti:

  • Masalah jantung dan salur darah
  • Anemia (kurang sel darah merah)
  • Masalah tulang
  • Tekanan darah tinggi
  • Kekurangan nutrisi
kidney-failure
Sekali buah pinggang rosak, ia akan terus merosak dan turut menyebabkan pelbagai komplikasi lain yang akan membuatkan tahap kesihatan menjadi lebih teruk. Jadi, tindakan awal dalam mengawal atau mengurangkan risiko komplikasi ini terjadi adalah sangat PENTING.

 

APAKAH DIA SAKIT BUAH PINGGANG TAHAP 4?

Chronic kidney disease (CKD) atau sakit buah pinggang kronik terjadi bila buah pinggang telah rosak. Buah pinggang boleh rosak akibat daripada kecederaan fizikal atau penyakit seperti kencing manis atau tekanan darah tinggi. Bila buah pinggang rosak, ia dah tak mampu untuk menapis darah atau menjalankan fungsinya dengan baik. Antara fungsi penting buah pinggang ialah:

  • Menapis darah
  • Memastikan keseimbangan cecair dalam badan
  • Mengawal selia hormon
  • Membantu mengawal tekanan darah
  • Menjaga kesihatan tulang
  • Membantu menghasilkan sel darah merah

Terdapat 5 tahap dalam chronic kidney disease (CKD). Paling mild ialah tahap 1 dan 2. Pada tahap awal macam ni, buah pinggang dah pun rosak dan tak mampu berfungsi dengan baik. Pada tahap ke-3, lebih kurang separuh daripada fungsi buah pinggang telah hilang.

Ini boleh menyebabkan masalah lain, seperti tekanan darah tinggi dan masalah tulang. Rawatan untuk masalah-masalah ni sangatlah penting dan boleh membantu untuk memperlahankan kehilangan fungsi buah pinggang.

Pada tahap 4, kerosakan buah pinggang sudah parah. Pada tahap ini, adalah sangat penting untuk memperlahankan kehilangan fungsi buah pinggang dengan mengikuti jadual rawatan dengan betul dan menguruskan masalah lain seperti tekanan darah tinggi atau penyakit jantung dengan baik.

Tahap 5 pula ialah tahap dimana buah pinggang telah gagal. Jika ini terjadi, pemindahan buah pinggang atau dialisis diperlukan untuk meneruskan hidup.

 

KEGAGALAN BUAH PINGGANG

Walaupun anda sekarang sedang mendapatkan rawatan untuk sakit buah pinggang tahap 4 dan sangat menjaga kesihatan, buah pinggang anda tetap berpotensi untuk gagal. Kegagalan buah pinggang terjadi apabila:

  • 85 – 90% fungsi buah pinggang telah hilang
  • GFR dibawah 15
  • Buah pinggang tidak dapat berfungsi dengan baik untuk membuatkan anda terus hidup

TIADA PENAWAR untuk buah pinggang yang telah rosak, tapi dengan rawatan yang betul anda masih berpeluang untuk terus hidup. Menghidap kerosakan buah pinggang bukanlah bermakna anda sudah dikenakan HUKUMAN MATI. Ada orang yang masih mampu hidup aktif walaupun mereka terpaksa menjalaninya dengan buah pinggang yang dah rosak.

 

RAWATAN UNTUK KEGAGALAN BUAH PINGGANG

Terdapat 2 jenis rawatan untuk kegagalan buah pinggang iaitu pemindahan buah pinggang dan dialisis. 2 jenis dialisis boleh dilakukan – hemodialysis dan pertoneal dialisys.

 

PEMINDAHAN BUAH PINGGANG

Ini adalah pembedahan untuk menggantikan buah pinggang yang telah rosak dengan buah pinggang baru. Buah pinggang yang baru tu boleh datang daripada mana-mana penderma organ tak kiralah mereka yang telah mati atau masih hidup. Buah pinggang baru biasanya boleh berfungsi serta-merta.

Seseorang tu memerlukan ubatan tertentu untuk mengelakkan daripada badan mereka menolak buah pinggang baru yang diterima. Jika berlaku penolakan, dialisis diperlukan dan anda mungkin mempertimbangkan untuk membuah pemindahan kedua.

Pemindahan buah pinggang ialah rawatan, bukan penawar. Penerima buah pinggang baru masih dikira menghidap sakit buah pinggang dan anda mungkin masih perlu mengambil ubat-ubatan yang diambil sebelum pemindahan buah pinggang dilakukan.

HEMODIALISIS (HD)

Hemodialisis ialah rawatan untuk menyingkirkan bahan buangan dan lebihan cecair dalam darah. Ia boleh dilakukan di rumah (home hemodialysis) atau di pusat dialisis. Semasa rawatan, darah akan dipam melalui tiub ke mesin dialisis dimana ia akan melalui penapis khas yang dipanggil sebagai dialyzer (atau dikenali juga sebagai buah pinggang palsu).

Selepas ditapis, darah akan masuk semula ke dalam salur darah dalam badan. Cuma ada sedikit darah yang akan keluar daripada badan pada satu-satu masa. Rawatan di pusat dialisis mengambil masa 3 – 5 jam, 3 kali seminggu. Tapi kalau di rumah, waktu rawatan akan lebih fleksibel.

 

PERITONEAL DIALYSIS (PD)

Pertoneal dialysis ialah rawatan dialisis yang boleh dilakukan dimana-mana jer samada di rumah, di tempat kerja atau walau masa tidur. Ia mesti dilakukan setiap hari. Ada beberapa proses yang perlu dilalui seperti pembedahan kecil untuk meletakkan catheter dalam abdomen (perut).

Dengan peritoneal dialysis, proses mencuci darah berlaku dalam badan, bukan diluar macam hemodialisis. Peritoneum (lapisan dalam abdomen) akan bertindak sebagai penapis semulajadi. Semasa rawatan, larutan pencuci yang dipanggil dialysate, mengalir masuk ke dalam abdomen melalui tiub PD catheter. Bahan buangan dan lebihan cecair akan melalui darah ke larutan pencuci.

Selepas beberapa jam, keringkan larutan pencuci tersebut daripada abdomen dan gantikan dengan larutan pencuci yang baru dan ulang semula proses seperti sebelumnya.

Nampak sangat renyah kan proses-proses ni? Itu belum kira sakit yang terpaksa ditanggung lagi. Jadi, jagalah kesihatan buah pinggang kita dan juga kesihatan organ-organ lain.

 

CARA ALTERNATIF UNTUK MENAMBAHBAIK BUAH PINGGANG ROSAK

Baiki semula sel-sel yang telah rosak. Secara asasnya, jika sel kita sihat maka seluruh badan kita juga akan sihat kerana sel adalah tunjang kepada badan kita.

Sel yang sihat bermula daripada pemakan dan gaya hidup yang sihat serta pengambilan nutrisi yang mencukupi bagi memastikan sel sentiasa mendapat ’makanan’ dan ’tenaga’ yang cukup untuk berfungsi dengan baik.

Makanan utama sel ialah protein. Pastikan anda mendapat sumber protein terbaik dalam diet harian. Sila kurangkan pengambilan protein haiwan seperti ikan, daging dan ayam kerana protein ini jika berlebihan tak dapat diproses dengan baik dan akhirnya boleh menjadi punca pelbagai penyakit.

Tubuh badan kita terdiri daripada protein seperti tulang, kulit, rambut, otot-otot, organ-organ, plasma, antibodi, enzim, hormon, haemoglobin dan sel. Keseluruhan sel (anggaran jumlahnya 60 trillion) yang membentuk tubuh badan, semua bergantung kepada protein untuk menjalankan fungsinya seperti membina sel-sel baru, menggantikan tisu-tisu badan yang lama@tua dengan tisu-tisu yang baru, menggantikan tisu-tisu yang rosak @ cedera dengan tisu-tisu yang baru.

KIDNEY

CADANGAN SUPLEMEN SHAKLEE UNTUK MEMBANTU KESIHATAN BUAH PINGGANG

ESP – merupakan Sumber Protein Lengkap dengan 9 amino asid penting yang tidak boleh dihasilkan oleh badan dan sukar diperolehi dari diet seharian. Ia berasakan tumbuhan (soya non-GMO) yang semulajadi rendah lemak dan bebas kolesterol dan terbukti secara klinikal dapat mengekalkan tenaga berjam-jam lamanya untuk kehidupan yg aktif, disamping membantu mengekalkan kepejalan otot, pemulihan tisu badan dan fungsi enzim dan hormone yang sempurna.

ESP juga membantu mengekalkan paras gula yang normal dalam darah. Kandungan lemak dalam ESP sangat minum iaitu (1gm), tanpa gula, tanpa laktosa di mana kadar penghadaman yang tinggi dan diserap terus ke dalam darah. Dan paling penting tiada perasa tiruan, pemanis, pewarna dan pengawet, mengandungi 5 vitamin B, 2 mineral dan 8 gram karbohidrat untuk tenaga.

 

VIVIX – Vivix hanya berasaskan 4 bahan semulajadi ini sahaja tanpa sebarang campuran lain dan bahan-bahan ini mengandungi resveratrol dan antioksidan yang sangat powerful.

Didalam kajian makmal, ramuan Vivix ® telah menunjukkan ia memberi kesan kepada 4 mekanisma (punca) utama penuaan dan penyakit kronik pada tahap sellular:-

  • Melindungi dan memperbaiki sellular DNA.
  • Memberi kesan positif kepada pengawalan genetik.
  • Menggalakkan biogenesis (pembentukan baru) mitochondria yang merupakan ‘kilang’ yang menjana tenaga bagi sel
  • Melambatkan pembentukan protin AGE (Advanced Glycation End products) yang boleh menyebabkan kerosakan sel dan mengganggu kesihatan sel

 

OMEGA GUARD

Omega Guard ialah sumber omega 3 tulen yang berfungsi untuk membantu mengawal tekanan darah, menjaga kesihatan jantung, mengawal paras kolesterol, meredakan keradangan yang berlaku pada organ yang rosak, memelihara kesihatan sendi dan sebagainya.

Berhati-hati apabila memilih omega 3 kerana kebanyakan yang ada dipasaran diekstrak daripada minyak hati ikan yang mengandungi toksin yang tinggi.

 

Di bawah ni adalah testimoni daripada mereka yang telah berjaya kembali pulih daripada sakit buah pinggang selepas mengambil suplemen Shaklee terutamanya Vivix

kidney

Vivix - buah pinggang

PhotoGrid_1430096003890

 

Testimoni Buah pinggang edited

 

MELABURLAH UNTUK KESIHATAN KERANA IA TIADA GANTI

HUBUNGI:

Nieda
Business Leader & Shaklee Independent Distributor

Whatsapp:
019 – 707 1977

Email:
nieda@ohcantik.com 

Komen Facebook:

12 thoughts on “Sakit Buah Pinggang Tahap 4: Peluang Untuk Menjalani Kehidupan Yang Lebih Baik

  1. assalam,ibu saya menghidap penyakit buah pinggang,da masuk 4 hari badan ibu saya membengkak,perut,tangan,kaki membesar,petnag tadi doktor da bgitau keputusan ujian darah,ibu saya sakit buah pinggang tahap 4,dan doktor kata buah pinggang ke dua2 da rosak,,,ya allah buntu nya,
    sekiranya saya membuat pemindahan buah pinggang kepada ibu saya ,adakah ibu akan akan beransur pulih …

    1. Allah!… saya turut bersimpati dengan Encik Yus… tahap 4 bermakna sudah memasuki tahap kronik.. dan pemindahan buah pinggang biasanya hanya akan dibuat jika sudah memasuki tahap 5 – 6 atau dikenali jugak tahap akhir… tapi, keputusan samada perlu buat pemindahan buah pinggang atau tidak hanya boleh ditentukan oleh doktor sahaja… jaminan utk kembali pulih semula 100% bergantung kepada penerimaan sistem badan seseorang itu kepada buah pinggang baru… selebihnya hanya Allah yang tahu… Wallahualam…

    1. Salam Puan Rosnah… boleh WhatsApp saya (Nieda) di 0197071977 yer… terima kasih… InsyaAllah Vivix boleh jadi ikhtiar terbaik utk CKD

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge