Sembuhkan luka kencing manis dengan segera! Luka akibat kencing manis tak boleh dibiarkan tak kisahlah sekecil mana pun luka tu. Kadang-kadang, luka tu cuma bermula daripada ibu jari kaki yang tersandung jer.. lama-lama bengkak dan kemudian terus jadi luka. Kalau takde kencing manis takpelah sebab luka tu akan sembuh dengan cepat.

Tapi bila luka tu semakin hari jadi semakin teruk dan tak menampakkan tanda-tanda nak sembuh, anda perlu SEGERA BERJUMPA DOKTOR untuk mendapatkan rawatan lanjut. Rawatan awal sangat penting untuk mengelakkan jangkitan dan luka menjadi lebih teruk. Jadi mencari cara cepat sembuhkan luka kencing manis adalah WAJIB!

Kadang-kadang orang tu tak tau pun yang dia ada kencing manis sehinggalah dia alami masalah luka tak nak sembuh.

 

KENAPA LUKA AKIBAT KENCING MANIS BOLEH MENYEBABKAN MASALAH LEBIH BAHAYA

Kencing manis dikategorikan sebagai penyakit kronik dimana tubuh kita gagal menggunakan gula dan glukos seperti yang sepatutnya. Ia boleh menyebabkan banyak komplikasi, seperti melambatkan penyembuhan luka. Antara komplikasi lain ialah:

Kerosakan saraf (neuropathy) – bila masalah ini terjadi, seseorang tu takkan merasa sakit jika terluka atau melecur hinggalah luka tersebut menjadi teruk dan terkena jangkitan

Sistem imun lemah – bila sistem pertahanan badan dah jadi lemah, luka yang kecil pun jadi mudah terkena jangkitan

Salur darah sempit – orang yang mengalami masalah salur darah tersumbat pada bahagian kaki lebih mudah mendapat luka, terkena jangkitan dan bermasalah untuk sembuh. Salur darah yang sempit menyukarkan darah untuk sampai ke bahagian yang luka. Aliran darah yang baik akan menggalakkan penyembuhan, jadi jika ia tersekat luka tersebut lebih mudah mendapat jangkitan

Oleh itu, merawat luka kencing manis harus dilakukan secara dalaman. Jangan buang masa dan membazir duit beli ubat sapu. Luka kencing manis tu mungkin akan nampak kering diluar, tapi saraf, tisu dan isi didalam terus mereput dan membusuk jika rawatan hanya dilakukan secara ubat sapuan.

 

BAGAIMANA CARA UNTUK MERAWAT LUKA KENCING MANIS

Jika anda ada luka, tak kiralah sekecil mana pun, langkah-langkah berikut perlu diambil bagi mempercepatkan penyembuhan.

Rawat dengan segera dan jangan biarkan sehingga terkenan jangkitan baru nak bertindak

Cuci luka dengan air bersih. Jangan gunakan sabun, hydrogen peroxide atau iodin kerana ini boleh mengganggu luka tersebut. Sapukan antibiotik untuk mengelakkan jangkitan dan balut / tutup luka dengan pembalut yang sudah disteril. Periksa luka setiap hari untuk melihat samada terdapat tanda-tanda jangkitan atau tidak.

Berjumpa doktor dengan segera – jangan ambil risiko! Dapatkan rawatan daripada doktor walau ia hanya luka kecil. Luka kecil lebih mudah dirawat dan lebih cepat sembuh berbanding luka yang sudah besar dan teruk.

Kurangkan tekanan pada bahagian yang luka. Contohnya, jika luka tersebut adalah pada bahagian kaki (bahagian yang biasa bagi pesakit kencing manis mendapat luka dan lebam), cuba elakkan daripada memberi tekanan pada bahagian tersebut sebaik mungkin. Elakkan berdiri atau berjalan terlalu lama dan pakailah kasut yang selesa.

luka kencing manis
Luka akibat kencing manis begini jika tidak disembuhkan dengan cepat akan membuatkan seseorang itu menghadapi risiko pemotongan bahagian terlibat.

LUKA DIKAKI ADALAH SANGAT MERBAHAYA

Kaki dan buku lali tertutamanya sangat mudah terjejas dan terdedah kepada risiko luka akibat kencing manis. Penyembuhan bagi luka di bahagian bawah daripada lutut sangatlah berbeza berbanding bahagian badan yang lain. Bahagian ini sangat mudah bengkak yang boleh menyekat penyembuhan. Sama juga jika luka tersebut terjadi pada bahagian tangan, ia boleh melumpuhkan. Jadi, jangan berlengah lagi… cari cara cepat sembuhkan luka kencing manis dengan segera!

Sangatlah susah sebenarnya bagi orang yang dah ada kencing manis untuk mengelakkan luka pada bahagian kaki kerana mereka sangat mudah mendapat kulit kematu, kulit kering dan kerosakan saraf. Gabungan masalah ni boleh membawa kepada peningkatan risiko ulser (luka terbuka) dan menyebabkan jangkitan. Selain daripada kehilangan deria rasa pada bahagian kaki, penghidap kencing manis juga selalu mengalami masalah rabun. Jadi, adalah penting untuk mencari cara cepat sembuhkan luka kencing manis supaya tak melarat.

Luka yang teruk bukan saja menyebabkan kesakitan dan ketidakselesaan, ia boleh menyebabkan kerosakan tisu dan tulang yang mana akhirnya pemotongan bahagian tersebut menjadi satu-satunya pilihan yang ada.

Pemotongan bahagian bawah anggota badan penghidap kencing manis dah jadi kes biasa. Sebab tu lah sangat penting untuk merawat dan mencari cara cepat sembuhkan luka kencing manis dan mencegahnya sebaik mungkin. PALING PENTING ialah MENCEGAH daripada mendapat penyakit KENCING MANIS terlebih dahulu.

 

BAGAIMANA CARA MENGELAKKAN LUKA KENCING MANIS?

Cara terbaik untuk mengelakkan daripada terjadinya luka adalah:

  • Periksa kaki setiap hari
  • Pastikan kulit sentiasa bersih dan sihat setiap hari.
  • Pastikan kaki sentiasa lembap – gunakan losyen
  • Pakai kasut yang selesa
  • Pastikan kebersihan kasut sentiasa terjaga dan selamat untuk dipakai untuk mengelakkan sebarang jangkitan atau kecederaan
  • Pilih sarung kaki yang memang dikhaskan untuk penghidap diabetes
  • Cuci kaki setiap hari dengan keringkan dengan sempurna
  • Buang semua kulit mati / kematu pada kaki dengan menggunakan gunting atau pemotong kuku yang bersih
  • Pastikan kuku sentiasa pendek dan bersih

Uruskan kencing manis dengan betul. Mencegah luka bagi penghidap kencing manis samalah juga meletakkan penyakit tersebut dibawah kawalan yang betul. Ini termasuklah mengawal tekanan darah, mengawal paras gula dalam darah dan tahap kolesterol, mengamalkan diet sihat, mengambil ubat, bersenam, tidak merokok dan mendapatkan pemeriksaan doktor secara berkala.

Selain daripada mengharapkan rawatan biasa daripada doktor, apakah pilihan yang ada sebagai cara cepat sembuhkan luka kencing manis?

Jawapannya: pengambilan suplemen yang tinggi antioksidan dan suplemen yang mampu meningkatkan tahap sistem imun bagi membuatkan kuat melawan serangan dan jangkitan.

 

sembuhkan luka kencing manis

VIVIX

Vivix adalah suplemen hebat yang mengandungi resveratrol lebih daripada 3,000 gelas wine merah (ni bukan wine merah tauuu…. Yang saya nak jelaskan disini bukanlah tentang wine merah tetapi tentang kehebatan kuasa resveratrol.

Resveratrol adalah kandungan yang terdapat dalam kompaun tumbuhan yang dipanggil sebagai polyphenols. Kompaun ni mempunyai sifat yang sangat kuat dan kaya dengan antioksidan, melindungi tubuh daripada kerosakan yang berkaitan dengan peningkatan risiko kanser dan serangan jantung. Resveratrol ni boleh dijumpai pada kulit anggur, kekacang dan buah beri.

Vivix juga adalah satu-satunya suplemen yang mampu memperbaiki kesihatan sehingga ke tahap sel / DNA. Segala punca penyakit kronik adalah bermula daripada tahap kesihatan sel; jika sel sihat maka kita juga akan sihat. Jika sel rosak; kita akan sakit. Jadi, Vivix memperbaiki kesihatan kita pada puncanya iaitu sel.

KLIK “BUY NOW” DI BAWAH UNTUK MEMBELI VIVIX DENGAN PANTAS

sembuhkan luka kencing manis

 

KELEBIHAN & MANFAAT RESVERATROL

Resveratrol beri sangat banyak manfaat kepada anti-penuaan dan jugak melawan penyakit terutamanya penyakit-penyakit kronik.

Di bawah ni adalah antara kelebihan & manfaat resveratrol kepada tubuh manusia.

KESIHATAN JANTUNG – resveratrol membantu untuk mengurangkan keradangan, mencegah oksidasi daripada LDL atau kolesterol jahat, mengelakkan daripada platlete darah melekat dan membentuk gumpalan / darah beku yang menyebabkan serangan jantung.

KANSER – resveratrol mampu menyekat sel kanser daripada merebak dan mencetuskan proses mematikan sel kanser (apoptosis).

ALZHEIMER’S @ NYANYUK – resveratrol melindungi sel saraf daripada rosak yang boleh membawa kepada pembentukan plak yang boleh menyebabkan Alzheimer’s atau nyanyuk.

KENCING MANIS – resveratrol membantuk mencegah rintangan insulin, iaitu keadaan dimana tubuh menjadi tidak sensitif kepada kesan hormon penurunan gula dalam darah (insulin). Rintangan insulin ialah precursor petanda atau gejala kencing manis. Asid klorogenik yang terkandung dalam Vivix daripada lobak ungu adalah antioksidan paling banyak didalam semua jenis lobak. Asid klorogenik ini dipercayai bertanggungjawab mengurangkan penyakit kencing manis yang dikaitkan dengan pengambilan kopi.

 

sembuhkan luka kencing manis

SUPLEMEN UNTUK MENINGKATKAN SISTEM IMUN

NUTRIFERON

Fungsi utama NutrFferon adalah menggalakkan pengeluaran interferon iaitu protein semulajadi dalam badan kita. Interferon ini membantu melindungi tubuh daripada pendedahan harian kepada berjuta-juta kuman yang mungkin boleh membawa kepada jangkitan yang serius.

Antara fungsi penting NutriFeron yang lain ialah:

Menguatkan sistem imun dalam 3 hari – ia adalah satu-satunya interferon semulajadi di dunia. Kajian telah menunjukkan bahawa interferon mampu untuk merangsang dan meningkatkan daya tahan keseluruhan sistem imun badan dengan menghubungi pembunuh semulajadi dalam badan untuk tindakan: T-sel, B-sel dan macrophage.

Melawan kanser dan tumor – interferon semulajadi mengandungi polisakarida aktif yang merangsang dan mengaktifkan immunoglobulin untuk melawan tumor dan sel-sel kancer. Juga, ia boleh mengurangkan ketidakselesaan semasa rawatan kimoterapi.

Melindungi diri terharap virus influenza – ia mengimbangi responses imun alahan alam sekitar dan pencemaran udara, berkesan melindungi kemudaratan oleh pelbagai virus, mikrob termasuk demam, selsema, alahan, keradangan dan influenza.

Meringankan tekanan dan kelesuan – membantu mengatasi kelesuan yang disebabkan oleh kebimbangan, tekanan, keletihan dan gaya hidup aktif.

Kelewatan penuaan – formula unit Nutriferon merangsang pengeluaran macrophage dalam usaha untuk mengurangkan radikal bebas, virus dan kuman. Oleh itu, sel-sel menjadi lebih sihat.

Mengurangkan jangkitan virus Hepatitis B & C – keberkesanan Nutriferon dalam memerangi virus boleh mengurangkan jangkitan dan mengurangkan sebarang ketidakselesaan misalnya kembung, mual dan muntah yang biasa dialami oleh pesakit Hepatitis B & C.

Ambil juga Zinc sebagai tambahan bagi mempercepatkan penyembuhan luka.

 

KLIK “BUY NOW” DI BAWAH UNTUK MEMBELI NUTRIFERON

sembuhkan luka kencing manis

 

INI ANTARA PERKONGSIAN MEREKA YANG DAH BERJAYA MENGGUNAKAN SUPLEMEN SEBAGAI CARA CEPAT SEMBUHKAN LUKA KENCING MANIS

sembuhkan luka kencing manis
Luka kencing manis yang agak teruk berjaya sembuh

sembuhkan luka kencing manis

sembuhkan luka kencing manis

sembuhkan luka kencing manis

sembuhkan luka kencing manis

Jadi, saya pasti anda sudah tahu cara cepat sembuhkan luka kencing manis kan?

 

HUBUNGI:

Nieda
Business Leader & Shaklee Independent Distributor

Whatsapp:
019 – 707 1977

Email:
nieda@ohcantik.com

Komen Facebook:
Sembuhkan Luka Kencing Manis Sebelum Kena Potong!

6 thoughts on “Sembuhkan Luka Kencing Manis Sebelum Kena Potong!

  • April 11, 2016 at 10:22 am
    Permalink

    Nice info! Scary bila tengok gambar kaki sedemikian rupa, tapi itulah hakikatnya apabila tahap kencing manis sudah tidak terkawal. Apapun, Vivix memang terbaik.

    Reply
  • September 6, 2016 at 12:08 pm
    Permalink

    Berapa harga sebotol vivix dan ukuran botolnya.1

    Reply
    • September 7, 2016 at 2:02 am
      Permalink

      1 botol = 150ml
      harga biasa = RM503.50 termasuk GST…
      whatsapp saya di 019-7071977 utk offer
      terima kasih

      Reply
      • December 24, 2016 at 3:06 pm
        Permalink

        Stokis di dungun trg..ada tak

        Reply
        • December 29, 2016 at 1:07 am
          Permalink

          Terima kasih kerana berminat… whatsapp saya di 0197071977 untuk konsultasi lanjut

          Reply
  • May 12, 2017 at 9:52 am
    Permalink

    bagusnya kesan resveratrol ke atas luka pesakit diabetes.

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *