Suplemen bahaya… Macam mana sebenarnya nak tau samada suplemen itu bahaya atau tak?

Cerita yang kebanyakan orang zaman sekarang suka adalah cerita-cerita viral, sahih atau tak jadi hal ke-2… yang pentingnya ia viral. Tak kisahlah cerita apa pun termasuklah ‘fakta-fakta’ yang kononnya ‘membuktikan’ makan suplemen itu adalah merbahaya kepada kesihatan.

Adakah bahan-bahan yang digunakan untuk menghasilkan suplemen yang anda makan telah melalui ratusan ujian, seperti yang Shaklee jalankan dan adakah setiap suplemen telah melalui ujian klinikal dan turut disokong oleh Landmark Study?

suplemen bahaya

Jika YA – teruskan pengambilan suplemen tersebut.. InsyaAllah ia selamat.

Jika TIDAK – STOP daripada mengambil suplemen tersebut kerana ia dikhuatiri akan meninggalkan kesan jangka panjang kepada kesihatan kerana kajian menunjukkan orang yang mengambil suplemen yang salah mengalami tahap kesihatan yang lebih buruk berbanding mereka yang tidak mengambil apa-apa suplemen.

suplemen bahaya

 

Ikuti sharing berikut; saya kreditkan sharing ni kepada IIUM Confession www.iiumc.com

Kenali Supplement Yang Bahaya

Assalammualaikum admin,

Diharap admin sudi siarkan confession ini bagi menunjukkan pro & kontra terhadap beberapa artikel yg hot sejak kebelakangan ini.

1. Baru-baru ini ada viral tentang ‘ buah pinggang rosak kerana supplement. Bagi saya statements ini tersangatlah bersifat ‘menuduh’ tanpa bukti. Kebanyakan di hospital, kes-kes buah pinggang sebenarnya banyak melibatkan pesakit 3 serangkai terutama diabetis. Kebanyakan pesakit diabetis ini mempunyai gangguan gula dan insulin yang mana ia akhirnya menganggu fungsi buah pinggang. Sekarang, sangat ramai pesakit diabetis di usia remaja disebabkan gaya pemakanan abad ke-21. Kategori kedua adalah ibu- ibu mengandung & perokok. Kes kerosakan buah pinggang disebabkan supplement hanyalah kes terpencil yg tak sampai 5%.

2. Buat pengetahuan anda, PEROSAK TUBUH yg utama adalah gula, msg, garam, lemak, carbon, wax, racun rumpai, minuman instant / tin & makanan proses yg telah kita makan seawal usia 5 tahun lagi.. Agak-agak berapa lori gula kita dah makan semenjak kita kecil? Tetapi disebabkan kebetulan sedang makan supplement , doktor akan cakap penyakit yang datang adalah kerana supplement tersebut. Walhal kenapa gaya pemakanan semenjak kecil sehingga sekarang yang sudah berpuluh tahun tidak dipersoalkan? Hmm, mungkin kerana tidak akan TRENDING di media sosial jika bercerita tentang keburukan gula berbanding suplement? Kenapa tiada doktor yang kaji berapa gelas air yang pesakit itu minum saban hari semenjak kecil kerana air merupakan faktor terpenting bagi memelihara buah pinggang. Cerita benar, baru-baru ini kenalan saya tiba-tiba collapse dan doktor cakap ada masalah di buah pinggang. Sepanjang hidup, beliau hanya minum sehari sekitar 3 gelas air kosong sahaja kerana tidak mahu ulang-alik ke tandas. Beliau tidak merokok. Bayangkan, dari kecil hingga usia melepasi suku abad, rutin pengambilan air beliau begitu. Nasib baik beliau tidak ambil supplement, kalau tidak semestinya doktor akan cakap supplement itu puncanya.

3. Baru-baru ni ada ‘Viral’ yg mempertikaikan supaya tidak perlu ambil vitamin c sehingga 1000mg sehari bagi elakkan buah pinggang rosak. Bagi saya jangan terlampau negatif sehingga semua tidak boleh. Tubuh kita perlukan supplement bagi menampung vitamins yang tidak mencukupi. Kalau sekadar mengharapkan dari makanan harian, berkemungkinan dose yang tubuh perlukan mungkin tidak mencukupi. Di UK sendiri setiap hospital tawarkan suntikan vitamin c memandangkan kepentingan vitamin C utk tubuh. Jangan pula ada yang bezakan orang dahulu dan sekarang. Orang dahulu tiada supplement. Orang dahulu mereka tidak makan junk food, makanan proses, sayur beracun, air klorin DLL.

4. Dan yang terbaru ada yang cakap bahaya makan VCO. Hanya kerana SEORANG Ibu mengandung yang tumpah darah dan kebetulan makan Vco, doktor mengklasifikasikan VCO berbahaya. Walhal berapa ramai yang masih tumpah darah walaupun makan asid folik/obomin dan tidak makan Vco. Contohnya kakak saya yang tumpah darah sewaktu kandungan di usia 7-8bulan.

5. Doktor-doktor yg seringkali post perkongsian di FB seringkali memburukkan supplement dan tidak benarkan kita mengambil supplement. Bagi mereka, ubat hospital sahaja yang bagus sehinggakan supplement vitamin c atau superfoods pun dilarang ambil. Bagi saya ini sangat bias kerana ubat-ubat hospital memang kebanyakannya kategori dadah & sintetik . Adakah bahan-bahan ini dijamin tidak merosakkan tubuh? Contoh lain, pil perancang.. Doktor-doktor mengatakan supplement jamu berbahaya kerana akan menyebabkan cyst dan pelbagai penyakit berbahaya di rahim. Tetapi pil perancang yang sememangnya mempunyai kandungan hormon ( tidak pasti status halal), sebenarnya boleh menyebabkan gangguan hormon utk jangka masa panjang sehingga boleh menyebabkan kanser rahim. Bagaimana pula dengan itu? Kenapa doktor tidak terangkan kepada pengguna tentang kesan jangka panjang pil perancang? Contoh lain Panadol. Dahulu semasa saya di IPTA, seorang senior tiba-tiba meninggal dunia di dalam bilik & setelah dibedah siasat rupa-rupanya buah pinggang beliau gagal berfungsi kerana terlampau tinggi kesan Panadol. Beliau tidak bunuh diri tetapi stress belajar membuatkan beliau sering sakit kepala dan rutin harian beliau adalah makan Panadol.

6. Ada doktor yang saya kenal, mereka sendiri yang syorkan saya mengambil suplement kesihatan apabila melihat betapa kusamnya kulit saya selepas melahirkan anak & saya seakan tidak bermaya. Jangan salah faham, mereka tidak jual supplement cuma mereka syorkan saya ambil supplement supaya tidak nampak tua sebelum usia. Dan saya tengok doktor-doktor ni memang cantik kulit walau di usia 50an. Saya memang makan buah dan sayur setiap hari tetapi rambut begitu gugur dan kulit semakin kusam. Apabila mengamalkan supplement barulah nampak ada perubahan positif . Ini bermakna buah dan sayur yang saya ambil setiap hari masih belum dapat menampung keperluan tubuh harian saya.

7. Kesimpulannya, pemakanan harian merupakan aspek terpenting bagi kesihatan kita. Janganlah kerana hanya minum air sehari 3 gelas selama 40 tahun tetapi menyalahkan supplemen yang baru diambil setahun jika kita diserang penyakit. Beratus juta orang di seluruh dunia yang mengambil supplement dan tidak kesemuanya diserang penyakit buah pinggang. Tetapi kenapa kebanyakan penderita sakit buah pinggang adalah di kalangan pesakit diabetis? Apa kaitannya? Ya, gula & pemakanan harian.. Tetapi supplement juga mestilah diambil dalam dos yang betul dan tidak terlampau banyak sehingga 6-7 jenis dalam sehari.

8. Nasihat saya kepada para doktor, walaupun anda sememangnya berilmu tetapi janganlah begitu taksub dgn ubat-ubatan hospital anda sehingga mencipta isu memburukkan suplement seolah-olah supplement tidak bagus dan ubat hospital sahaja yang bagus. Saya bukanlah seorang yang begitu taksub dengan supplement. Supplement yang saya beli biasanya baru guna seminggu sudah berhabuk di dalam almari. Cuma saya ingin meluahkan pendapat saya terhadap doktor-doktor FB yang semenjak dua menjak ini begitu mudah mengklasifasikan bahaya terhadap sesuatu yang mereka sendiri tidak membuat ujian klinikal. Jika tiada ujian klinikal macamana tahu ia berbahaya?

– Misi Hidayah

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

 

Coretan di atas sangatlah logik. Jadilah orang yang lebih berilmu bila membuat pertimbangan. Jangan telan bulat-bulat apa yang orang kata, lebih-lebih lagi apa yang viral tu belum tentu sahih.

Banyakkanlah membaca buku-buku ilmiah… bukan baca post kaki viral. Takut nanti otak jadi sempit macam diaorang jugak.

 

Bagi saya, untuk mengelakkan diri daripada terkena dengan suplemen bahaya yang berlambak di pasaran tu, saya pilih yang paling selamat iaitu Shaklee kerana Shaklee merupakan syarikat pengeluar suplemen semulajadi yang diiktiraf sejak lebih seratus tahun dulu.

suplemen bahaya
VITALIZED MINERALS merupakan multivitamin pertama yang dihasilkan di dunia dan ia adalah keluaran Shaklee. Perkataan VITAMIN yang kita gunakan pada hari ini juga adalah berasal daripada singkatan VITalized MINerals ini sendiri
suplemen bahaya
Selain daripada suplemen, Shaklee juga mengeluarkan produk skincare & produk penjagaan rumah yang berasaskan bebas daripada bahan kimia merbahaya

 

 

BAGAIMANA NAK DAPATKAN PRODUK SHAKLEE?

HUBUNGI:

Nieda
Business Leader & Shaklee Independent Distributor

Whatsapp:
019 – 707 1977

Email:
nieda@ohcantik.com 

 

KENAPA MESTI BELI PRODUK SHAKLEE DENGAN SAYA?

Dapatkan konsultasi eksklusif secara berterusan apabila membuat belian produk Shaklee melalui saya. Dan dapatkan juga tawaran-tawaran dan diskaun hebat yang Shaklee berikan kepada semua penggunanya yang berdaftar sebagai ahli.
Komen Facebook:
Suplemen Bahaya: Kenali Dengan Ilmu Bukan Ikut Cerita Viral
Tagged on:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *