Penyakit tiroid… datang tanpa diduga… datang dalam senyap macam kena serang hendap dan tak terasa pun sebab tanda-tanda penyakit tiroid ni biasanya memang kita tak perasan pun. Tapi ada jugak tanda-tanda tiroid yang jelas macam tangan yang sentiasa menggeletar tanpa sebab atau keguguran rambut yang luar biasa.

Selain daripada dua tanda ni, apa lagi tanda-tanda tiroid atau simptom penyakit tiroid terutamanya hyperthyroid?

 

TANDA-TANDA TIROID @ SIMPTOM-SIMPTOM HYPERTHYROID

Anda mungkin menghidap hyperthyroid sekiranya:

  • Anda merasa gementar, tiada mood, lemah dan letih
  • Tangan menggeletar, jantung berdegup pantas atau mengalami kesukaran bernafas walaupun sedang dalam keadaan rehat
  • Kepanasan dan berpeluh, kulit menjadi kemerah-merahan dan gatal
  • Mengalami keguguran rambut
  • Hilang berat badan yang ketara walaupun tetap mengambil pemakanan seperti biasa atau lebih
  • Mengalami gangguan kitaran haid bagi wanita
  • Payudara membesar (bagi lelaki)

Tanda-tanda tiroid atau simptom-simptom hyperthyroid adalah berbeza bagi setiap individu. Simptom bergantung kepada berapa banyak hormon yang dikeluarkan oleh kelenjar tiroid, tempoh menghidap hyperthyroid dan faktor umur. Kalau anda sudah lanjut umur, tanda-tanda seperti di atas juga terjadi disebabkan oleh penuaan.

Individu yang menghidap Grave’s disease biasanya menghadapi beberapa simptom lain seperti:-

  • Goiter; leher (di bawah dagu) membengkak (tetapi tidak sakit)
  • Kuku menebal dan terangkat daripada kulit
  • Pretibial myxdema; kulit menjadi berketul-ketul, kemerahan dan tebal pada bahagian hadapan tulang kering dan kadangkala pada bahagian atas kaki
  • Grave’s ophthamopathy; mata terjojol dan merah
Hyperthyroidism-symptoms.
Antara beberapa simptom hyperthyroid

KOMPLIKASI HYPERTHYROID

Jika tak dirawat, anda mungkin:-

  • kehilangan berat badan yang teruk kerana metabolisma yang tinggi
  • mengalami masalah degupan jantung yang terlalu cepat dan kegagalan jantung
  • mengalami masalah untuk menggantikan kalsium dan mineral lain dalam tulang dan boleh menyebabkan osteoporosis
  • Didalam kes terpencil, hyperthyroid boleh membawa kepada ancaman nyawa yang dipanggil thyroid storm; terjadi apabila kelenjar tiroid mengeluarkan jumlah hormon tiroid yang banyak dalam tempoh yang singkat.

Anda terdedah kepada hyperthyroid sekiranya:-

  • Anda seorang wanita
  • Mempunyai sejarah keluarga yang menghidap masalah tiroid. Individu yang mempunyai ahli keluarga yang menghidap Grave’s disease atau masalah tiroid lain lebih cenderung untuk mendapat hyperthyroid
  • Anda menghidap penyakit autoimun seperi Addison’s disease atau kencing manis Jenis 1
  • Anda seorang perokok

Masalah paling serius yang berkaitan hyperthyroid ialah thyroid storm yang boleh mengancam nyawa. SEGERA BERJUMPA DOKTOR SEKIRANYA INI BERLAKU!!!

  1. Anda merasa tidak selesa
  2. Anda mengalami tekanan darah tinggi atau rendah
  3. Anda merasa loya, muntah-muntah atau cirit-birit
  4. Anda mengalami sakit dada atau degupan jantung terlalu cepat
  5. Anda demam
  6. Anda merasa keliru atau mengantuk
  7. Anda tidak boleh bernafas dengan baik atau letih; ini boleh menyebabkan kegagalan jantung
  8. Anda mendapati mata menjadi terjojol dan kemerahan
  9. Anda merasa tidak bermaya
  10. Anda kehilangan berat badan walaupun pengambilan makanan tetap seperti biasa atau lebih
  11. Anda menghadapi kesukaran untuk menelan dan tekak membengkak

Walaupun kadang-kadang penyakit hyperthyroid kita tak boleh nampak dengan jelas, tapi tak bermakna ia boleh dibiarkan tanpa sebarang rawatan.

Jika anda mengalami tanda-tanda tiroid seperti yang disebutkan di atas, cepat-cepatlah berjumpa dengan doktor untuk membuat ujian darah.

Pesakit hyperthyroid juga mengalami risiko kehilangan nutrisi yang sangat tinggi, oleh itu pengambilan suplemen tambahan sangatlah perlu untuk menampung kekurangan tersebut.

Saya dan mereka ni dah berjaya bebas daripada hyperthyroid!!!

PhotoGrid_1468845854419

12705193_942421055864977_8962867829212188481_n

12745433_10207549939482775_5416964863314015366_n

 

tanda-tanda tiroid

HUBUNGI:

Nieda
Business Leader & Shaklee Independent Distributor

Whatsapp:
019 – 707 1977

Email:
nieda@ohcantik.com 

NOTA KAKI: KONSULTASI HANYA EKSKLUSIF UNTUK CUSTOMER ATAU DOWNLINE SAYA SAHAJA.

Komen Facebook:
Tanda-Tanda Tiroid Dan Komplikasi Tiroid

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *