Ok, topik kali ni adalah berkenaan 8 MANFAAT MADU MENTAH

Ramai pasti dah tahu tentang manfaat madu kan?. Madu sememangnya banyak khasiat & manfaat untuk tubuh. Kandungan flavonoid, jenis dari antioksidan dapat membantu dalam menyembuhkan beberapa penyakit, seperti membantu meredakan batuk dan selsema, serta mengatasi bisul dan bakteria gastoenteritis.

Tapi, tahukah anda bahawa kebanyakan madu di pasaran sebenarnya telah mengalami proses seperti proses pengolahan, pemanasan dan penambahan vitamin sintetik?

Tetapi berlainan halnya dengan raw honey atau madu mentah.

Apakah dia manfaat madu mentah?

8 manfaat madu mentah

8 MANFAAT MADU MENTAH UNTUK KESIHATAN

Madu mentah atau madu segar @ raw honey adalah madu murni yang tidak mengalami sebarang proses pengolahan.

Berikut adalah antara 8 manfaat madu mentah / segar:

  1. KANDUNGAN ANTIOKSIDAN YANG BAIK

Madu mentah mengandung antioksidan yang disebut sebagai polyphenols. Polyphenols bermanfaat untuk kesihatan kardiovaskular (jantung).

Antioksidan juga dapat melindungi tubuh daripada kerosakan sel akibat radikal bebas. Radikal bebas menjadi punca penuaan dan berisiko meningkatkan terkena penyakit kronik seperti kanser dan serangan jantung.

  1. ANTI-BAKTERIA DAN ANTI-KULAT

Manfaat madu mentah seterusnya adalah untuk membunuh bakteria dan kulat. Selain itu, madu mentah juga mengandungi hidrogen peroksida dan antiseptik. Tahap keberkesanan madu sebagai anti-bakteria dan anti-kulat adalah bergantung pada jenis madu itu sendiri.

Jika madu yang telah melalui banyak proses olahan, anda mungkin tidak akan mendapat manfaat ini lagi.

  1. MENGAWAL PARAS GULA DALAM DARAH

Madu mentah dapat merendahkan risiko terkena diabetes, sebab madu mentah tidak melalui proses pengolahan. Madu dapat menyebabkan rendahnya peningkatakan paras glukosa plasma pada penderita diabetes jika dibandingkan dengan dekstrosa dan sukrosa. Madu mentah dapat meningkatkan insulin dan mengurangkan hiperglikemia.

Anda boleh mencuba untuk ambil madu dalam kuantiti yang sedikit terlebih dulu dan lihat reaksinya pada paras gula dalam darah anda. Jika ia bekerja dengan baik pada tubuh anda, madu mentah boleh dijadikan pemanis alternatif dalam diet harian anda.

8 manfaat madu mentah

  1. PENGURUSAN BERAT BADAN YANG SIHAT

Fakta ni dipetik daripada draxe.com; menunjukkan bahawa ada kaitan antara pengambilan madu secara konsisten dan berterusan dengan penurunan berat badan. Di San Diego State University, kajian menunjukkan bahawa dengan mengambil madu sebagai pengganti gula dapat membantu mencegah penambahan berat badan dan juga menurunkan paras gula dalam darah.

Kalori yang terdapat dalam madu memang tinggi berbanding gula, namun madu mentah tidak melalui proses pengolahan, tidak ditambah gula, serta dapat mengaktifkan hormon yang menyekat nafsu makan.

Hasil penelitian yang dilakukan oleh University of Wyoming, yang melibatkan 14 orang wanita non-obesity menunjukkan bahawa pengambilan madu dapat melindungi dari obesiti.

Tetapi, jangan pula menjadikan pengambilan madu sebagai tiket untuk anda tidak menjaga diet dan pemakanan harian. Diet seimbang dan pemakanan sihat tetap harus jadi fokus utama jika anda mahukan berat badan yang ideal.

  1. SUMBER TENAGA SEMULAJADI

Madu mentah mengandungi gula semulajadi antara 80%, 18% air, serta 2% protein, tidak termasuk mineral dan vitamin semulajadinya lagi. Madu juga merupakan sumber tenaga yang mudah diserap oleh tubuh.

Maka tidak hairanlah jika anda kembali segera bertenaga jika mengambil madu ketika anda merasa letih. Kajian di University of Memphis Exercise and Sports Nutrition Laboratory menunjukkan bahawa madu menjadi salah satu daripada sumber karbohidrat yang baik untuk para atlet.

Ambil madu mentah sebelum dan selepas bersukan.

8 manfaat madu mentah

  1. MENCEGAH JANGKITAN

Madu mentah mengandungi bee pollen (debunga) yang memiliki manfaat untuk melawan jangkitan, meringankan alergi dan meningkatkan kekebalan (antibodi) tubuh.

Sebuah kajian pada tahun 2013 mendapati bahawa pengambilan madu dalam dos yang tinggi dapat memberikan perubahan pada gejala alergi.

Selain daripada itu, madu juga didapati mampu mengurangkan gejala alergi rhinitis (keradangan pada rongga hidung) yang menyebabkan kegatalan, mata berair dan bersin (resdung).

Amalkan meminum madu mentah sekurang-kurangnya 1 sudu besar setiap hari.

  1. MEMBANTU TIDUR YANG LENA

Percaya atau tidak, madu mentah mampu membantu anda mengatasi masalah tidur. Madu dapat membantu merembeskan hormon melatonin pada otak dengan cara meningkatkan lonjakan kecil pada kadar insulin.

Hal ini dapat menstimulasi tryptophan pada otak, lalu diubah menjadi hormon serotonin, tahap akhir diubah menjadi melatonin. Fungsi dari hormon melatonin ini adalah untuk membantu tidur yang lebih lena.

  1. MEREDAKAN SAKIT TEKAK

Manfaat madu mentah untuk sakit tekak sudah lama diketahui terbukti. Ketika anda terkena selsema, batuk dan sakit tekak, cuba ambil 1 atau 2 sudu besar madu mentah.

Anda juga boleh mencampurkannya dengan lemon atau teh suam. Kajian menunjukkan bahawa madu sama efektifnya dengan dekstrometorfan – bahan ubat (suppressant) untuk batuk yang biasa didapati di farmasi @ kaunter ubat.

Itu dia tadi antara 8 Manfaat Madu Mentah berbanding Madu Biasa yang dapat saya kongsikan….

Baca juga: Rawatan Anti Penuaan Dengan Madu Mentah

madu mentah

KELEBIHAN MADU ASLI FOREVER BEE HONEY

  1. Forever Living Products (FLP) memiliki ladang penternakan lebah dan pemprosesan madu lebah yang terbesar di dunia!
  2. Kawasan penternakan lebah di gurun yang bebas pencemaran dan banyak pilihan bunga.
  3. Botol Forever Bee Honey direka khas (tinted) supaya kalis cahaya bagi membendung cahaya matahari daripada merosakkan khasiat madu.
  4. Forever Bee Honey mendapat pengikhtirafan KOSHER dan HALAL IFANCA
  5. Forever Bee Honey hanya mempunyai kepekatan kurang daripada 17% air menjadikan ianya sangat pekat.
  6. Forever Honey Bee ialah madu mentah yang 100% tulen. Ia tidak dimasak, tidak ditapis, tidak diproses dan masih dikekalkan kandungan semulajadi royal jelly dan debunganya. Ini juga menjadikan warna madu Forever Bee Honey lebih gelap berbanding madu asli lain.
  7. Ia mengandungi 16 jenis asid amino, karbohidrat, vitamin, mineral dan enzim dan sesuai untuk kanak-kanak (1 tahun keatas) dan orang dewasa.
  8. Pemanis yang berkhasiat, pengganti gula semulajadi dan mudah dicerna oleh badan.

Komen Facebook:
8 Manfaat MADU Mentah Berbanding Madu Biasa

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *