BAGAIMANA BOTAK BERTOMPOK @ ALOPECIA AREATA TERJADI?

Botak bertompok (saya akan gunakan terma ni untuk penerangan seterusnya yer) atau Alopecia Areata adalah sejenis masalah rambut gugur yang terjadi apabila sistem imun kita sendiri secara tak sengaja menyerang folikel rambut, iaitu tempat di mana pertumbuhan rambut bermula. Botak bertompok adalah masalah keguguran rambut yang paling rumit dan paling mencabar untuk dipulihkan sepenuhnya.

Pakar sendiri tak tau punca sebenar kenapa sistem imun tu menyerang folikel rambut.

Botak bertompok dah jadi masalah biasa terutamanya bagi individu yang berumur dibawah 20an, tetapi kanak-kanak dan orang dewasa pun tak terkecuali daripada menghadapi masalah yang sama tak kiralah samada lelaki atau perempuan.

Botak bertompok jika tidak ditangani dengan segera, akan membuatkan anda terpaksa hidup selamanya dengan masalah ini tanpa henti.

Contoh botak bertompok @ alopecia areata – salah satu masalah rambut yang agak sukar untuk dirawat (sumber gambar: Google)

APA YANG TERJADI SEBENARNYA?

Botak bertompok biasanya bermula bila rambut gugur secara bergumpal, menyebabkan kulit kepala terus licin secara bertompok. Dalam sesetengah kes, rambut menjadi nipis tanpa disedari pun, atau rambut mungkin rambut akan tumbuh tetapi putus semula dan meningkalkan hanya pangkal rambut yang pendek.

Ada juga kes di mana kepala jadi botak terus dan rambut / bulu di bahagian badan yang lain juga turut gugur. Rambut yang gugur tu biasanya akan tumbuh semula selepas beberapa bulan tetapi akan gugur semula di bahagian yang lain.

Rambut baru yang tumbuh tu kadang-kadang sama warna dengan rambut asal, atau ada juga yang lebih halus dan keperang-perangan atau putih.

Lebih kurang 10% individu mengalami botak bertompok kekal. Keguguran rambut kekal ni mungkin kerana:

  • Anda ada sejarah keluarga yang mengalami masalah yang sama
  • Pernah alami botak bertompok pada usia muda (sebelum matang)
  • Pernah alami botak bertompok lebih daripada tempoh setahun
  • Menghidap penyakit autoimmune lain seperti Lupus atau hyperthyroid / hypothyroid
  • Alahan yang teruk (atopy)
  • Mengalami keguguran rambut yang kronik
  • Memiliki warna, bentuk, tekstur atau ketebalan tidak normal pada kuku kaki / tangan

Oleh kerana rambut sangat penting kepada penampilan seseorang, keguguran rambut dan botak bertompok ni boleh menjejaskan tahap keyakinan diri.

Botak bertompok tidak boleh sembuh sepenuhnya tetapi masih boleh dirawat. Individu yang dah mengalami masalah ini akan terus mengalaminya berulang kali.

 

BAGAIMANA BOTAK BERTOMPOK DIDIAGNOS?

Botak  bertompok didiagnos melalui sejarah perubatan dan pemeriksaan fizikal. Jika punca keguguran rambut tu tak jelas, ujian untuk memeriksa samada ada penyakit lain yang menyebabkannya akan dibuat. Ujian tersebut termasuklah:

  • Analisa rambut – doktor akan mengambil sampel rambut dan kulit kepala untuk diuji.
  • Ujian darah termasuk ujian untuk hyperthyroid atau hypothyroid

 

APAKAH RAWATAN YANG ADA?

Biasanya rambut akan tumbuh semula dalam masa lebih kurang setahun, jadi rawatan mungkin tak perlu.

Bagi wanita Islam, ini kurang menjadi masalah kerana boleh berhijab semasa berada diluar rumah.

Bagi yang bukan Islam, pemakaian rambut paslu mungkin boleh membantu.

Dan…. PALING PENTING adalah BERI MAKAN KEPADA SEL… kerana sel yang sihat secara automatik akan menjadikan kita jugak sihat secara keseluruhan… luaran dan dalaman. Tapi semua ni memerlukan kesabaran yang sangat tinggi sebab kita berhadapan dengan masalah yang agak kompleks & rumit. Mungkin akan mengambil masa berbulan-bulan atau boleh jadi setahun barulah boleh nampak kesannya.

Macam mana nak BERI MAKAN KEPADA SEL ni?…. apa ‘makanan’ terbaik untuk sel?

JAWAPANNYA = VIVIX!

929be798-aa70-42a4-898b-36542aa885b1

rambut gugur

Selain daripada beri makan kepada sel… pastikan juga pemakaian produk penjagaan rambut yang bagus. sebolehnya produk yang bebas bahan kimia, yang 100% semulajadi dan selamat sebab penjagaan kebersihan kulit kepala secara luaran pun penting. Habuk, minyak dan kekotoran yang melekat kat kulit kepala setiap hari tu kena sentiasa dicuci bersih.

BELI VIVIX SEKARANG

 

 

Mewarnakan rambut, mengerinting atau meluruskan rambut akan menambahkan beban kepada kulit kepala dan rambut. Jadi, sebolehnya elakkan daripada melakukannya.

Antara rawatan yang biasa untuk rambut gugur seperti ini adalah suntikan corticosteroid pada kulit kepala pada jarak lebih kurang 1 cm setiap 4 – 6 minggu.

Corticosteroids juga boleh diambil secara sapuan pada bahagian kulit kepala yang botak.

Walaupun masalah botak bertompok ni tak boleh disembuhkan sepenuhnya, tapi penjagaan yang rapi dengan produk yang baik dan pengambilan nutrisi yang seimbang untuk menyokong kesihatan kulit kepala mungkin dapat membantu.

Antara vitamin penting yang diperlukan oleh kulit kepala ialah:

  • Zat besi
  • Zink
  • Protein
  • Vitamin B
  • Omega 3

Jadi, pastikan anda dapat bekalan nutrisi yang cukup dan seimbang setiap hari yer.. lebih-lebih lagi kalau ada masalah rambut gugur. Biasanya kalau nak dapat nutrisi seimbang memang susah kalau cuma harapkan daripada diet harian… sebab tu kita masih perlu ambik vitamin tambahan untuk membantu.

 

HUBUNGI:

Nieda
Business Leader & Shaklee Independent Distributor

Whatsapp:
019 – 707 1977

Email:
nieda@ohcantik.com

 

KENAPA MESTI BELI PRODUK SHAKLEE DENGAN SAYA?

Dapatkan konsultasi eksklusif secara berterusan apabila membuat belian produk Shaklee melalui saya. Dan ketahui juga tawaran-tawaran dan diskaun hebat yang Shaklee berikan kepada semua penggunanya yang berdaftar sebagai ahli.
Komen Facebook:
Botak Bertompok @ Alopecia Areata: Masih Ada Peluang Untuk Dapatkan Semula Rambut Anda

One thought on “Botak Bertompok @ Alopecia Areata: Masih Ada Peluang Untuk Dapatkan Semula Rambut Anda

  • September 21, 2016 at 12:21 pm
    Permalink

    rambaut sya brtompok dh 9 bulan dh..cm mcam mna nk mngatasi ni…smua ubat x berkesan..tolong

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *