Gastrik… sangat sinonim dengan bulan puasa kan? Sampai ada yang menggelarkannya sebagai penyakit bulan puasa. Memang tak dinafikan, ramai yang menghadapi cabaran besar untuk berpuasa dengan sempurna gara-gara tak mampu bertahan dengan serangan gastrik. Jika anda sedang mencari TIPS ELAK GASTRIK KETIKA PUASA maka teruskan membaca artikel ini sampai habis yer.

 

tips elak gastrik ketika puasa

 

PUNCA GASTRIK

Sebelum kita pergi ke topik tips elak gastrik  ketika puasa, penting untuk anda tahu tentang bagaimana gastrik terjadi.

Gastrik adalah keradangan yang berlaku di lapisan permukaan perut. Penyakit ini disebabkan oleh jangkitan kuman seperti Helicobacter Pylori, alahan, merokok atau ubat-ubatan (terutamanya ubat tahan sakit, aspirin dan ubat tradisional yang mempunyai kandungan steroid).

Gastrik bukan disebabkan tidak mengambil makanan tetapi mengambil makanan yang tidak teratur dan seimbang.

Orang yang mengalami tanda-tanda gastrik disyorkan untuk menjalani ujian darah, ujian pernafasan dan endoskopi bagi mendapatkan sampel bakteria di dalam perut.

Gastrik yang disebabkan oleh bakteria boleh diubati dengan mengambil ubat antibiotik.

 

 TANDA-TANDA PENYAKIT GASTRIK

Antara tanda-tanda penyakit gastrik adalah :

  • sakit di bahagian ulu hati
  • perut kembung
  • sendawa yang kerap
  • loya dan muntah
  • muntah darah atau najis bewarna hitam

 

cara atasi gastrik di bulan puasa

 

GASTRIK DAN BERPUASA

Apakah kaitan antara gastrik dengan puasa?

Gastrik jadi penghalang seseorang untuk berpuasa?

Apa tips elak gastrik ketika puasa yang boleh anda buat?

Gastrik atau istilah perubatannya, gastritis, adalah sejenis penyakit keradangan pada dinding atau lapisan mukosa perut.

Gastrik mudah dikesan kerana ia menyebabkan ketidakselesaan pada perut seperti sakit perut pada bahagian atas abdomen atau ulu hati, senuk perut, berangin atau pedih, kembung, sendawa, loya dan hilang selera makan.

Secara semulajadinya sel perut menghasilkan asid hidroklorik dengan pH1 hingga 2 yang berfungsi untuk mencernakan makanan.

Asid ini sangat kuat hingga mampu menghakis besi. Oleh itu, sel perut menghasilkan lapisan mukosa sebagai perlindungan terhadap kesan asid ini.

Sekiranya anda sakit perut apabila lapar, ini menandakan asid hidroklorik terlalu banyak dalam perut dan jika sakit perut selepas makan pula mungkin menandakan masalah ulser perut kerana lapisan mukosa lemah.

 

tips elak gastrik ketika puasa

 

TIPS ELAK GASTRIK KETIKA PUASA

Ramai menganggap serangan gastrik kerap berlaku semasa bulan puasa kerana tidak makan dan tahap asid dalam badan meningkat.

Sebenarnya semasa berpuasa, seluruh sistem penghadaman berehat dan rembesan asid hidroklorik dalam perut menurun dan masalah sakit atau senak akibat asid perut yang tinggi tidak timbul.

Sakit perut semasa berpuasa bukan disebabkan oleh gastrik tetapi sebenarnya berpunca daripada tabiat pemakanan semasa berbuka.

Orang  yang ada gastrik sepatutnya boleh berpuasa jika mereka mengamalkan pemakanan seperti disarankan agama dan pakar pemakanan iaitu melambatkan bersahur, menyegerakan berbuka dan makan secara sederhana.

Jadi, gastrik tidak boleh dijadikan alasan untuk tidak berpuasa, melainkan jika ia terlalu memudaratkan.

 

BERBUKA PUASA

Menyegerakan berbuka dan melewatkan sahur; seperti yang diriwayatkan di dalam hadis Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:

إنا معاشر الأنبياء أمرنا بتعجيل فطرنا وتأخير سحورنا

“Sesungguhnya kami para Nabi diperintahkan untuk menyegerakan berbuka (sebaik masuk waktunya) dan melewatkan sahur.” (Majma’ az-Zawa’id, no. 2609. Kata al-Haitsami, “Hadis riwayat ath-Thabrani dalam al-Kabir dan para perawinya perawi kitab Shahih.”)

‘Amr B. Maimun al-Audi menyatakan, “Para sahabat Muhammad Shallallahu ‘alaihi wa Sallam adalah orang-orang yang paling bersegera dalam berbuka dan paling terakhir (lewat) dalam bersahur.” (Ibnu Hajar, Fathul Bari Syarah Shahih al-Bukhari, 4/199)

Baca juga: Cara Atasi Serangan Panik

tips elak gastrik ketika puasa

 

Berbuka puasa hendaklah dimulakan dengan makanan yang ringan seperti kurma, buah-buahan kering atau segar serta sedikit kuih.

Kurma dan makanan kering amat baik kerana dapat merangsang asid untuk menerima lebih banyak makanan.

Kurma juga kaya dengan garam galian seperti potasium selain lambat membebaskan tenaga.

Kemudian, tunaikan solat Maghrib dan selepas itu barulah ambil makanan lebih berat.

Tetapi ramai yang tidak berbuat begini. Ramai yang berbuka dengan makanan berat dan bersifat kompleks yang menyebabkan ketidakhadaman.

Makanan kompleks seperti berempah, lemak dan pedas menjejaskan kelancaran sistem pencernaan dan menyebabkan perut menjadi sakit.

Pastikan juga anda minum air kosong sekurang-kurangnya 2 liter sepanjang malam. Ini antara tips elak gastrik ketika puasa yang utama.

 

Elakkan :

  • Makanan bergoreng
  • Makanan di dalam tin – kerana kandungan asid yang tinggi
  • Minuman bergas
  • Makanan yang mempunyai asid tinggi – contohnya limau, oren, tomato
  • Merokok
  • Minuman yang tinggi kandungan kafein seperti teh, kopi
  • Tidur sebaik sahaja selesai sahur atau berbuka
  • Berbuka dengan kuantiti yang banyak

 

SAHUR

Makan makanan seperti roti, susu, kurma, pisang atau oat untuk bersahur kerana ketika itu perut belum bersedia menerima makanan.

Bagaimanapun sahur amat penting untuk badan kerana ia seperti mengambil sarapan pagi.

Suplemen berikut adalah pilihan terbaik untuk bersahur kerana:-

  • Ia dapat mengekalkan tenaga
  • Mengurangkan rasa haus
  • Anda tidak akan rasa lesu & mengantuk keterlaluan
  • Anda idak akan rasa pedih perut

 

TANGGAPAN YANG SALAH TENTANG GASTRIK

Pesakit gastrik selalu menganggap pengambilan ubat tahan sakit boleh mengurangkan penyakit gastrik. Sedangkan anda harus sedar bahawa sesetangah ubat tahan sakit mempunyai satu bahan kimia yang boleh mengurangkan penghasilan prostaglandin; seterusnya menyebabkan lapisan perut mudah terhakis oleh asid gastrik.

Selain daripada ubat tahan sakit, ubatan tradisional juga mempunyai komponen bahan kimia yang boleh menyebabkan produksi prostaglandin di perut terbantut.

Pengambilan kedua-dua jenis ubatan ini boleh menyebabkan penyakit gastrik menjadi bertambah teruk.

Kajian menunjukkan kandungan asid paling tinggi pada waktu tengahari. Oleh itu, jika anda mengalami sakit ulu hati yang teruk, sila dapatkan pandangan doktor kerana puasa mungkin akan memudaratkan.

Namun demikian ianya tidak harus dijadikan alasan untuk tidak berpuasa sepanjang Ramadan jika perkara yang diamalkan dan dielakkan seperti yang dibincangkan di atas tidak dipatuhi.

 

tips elak gastrik ketika puasa
Minum REDIANZE PLATINUM sewaktu bersahur, anda akan bebas daripada gastrik!

 

REDIANZE PLATINUM BANTU PENGHIDAP GASTRIK BERPUASA DENGAN SELESA

Jika anda adalah seorang penghidap gastrik, jangan susah hati dan risau apabila bulan Ramadan menjelma. Anda boleh memilih suplemen untuk membantu menyokong kesihatan supaya anda dapat menjalani ibadah puasa dengan sempurna.

Suplemen berikut dapat membantu mengurangkan komplikasi gastrik yang teruk dan memberi tenaga semasa berpuasa:

 

tips elak gastrik ketika puasa

 

Menurut kajian, antioksidan yang sangat kuat boleh membunuh kuman H.pylori ni sekaligus membantu masalah gastritis. Antioksidan yang dimaksudkan adalah Astaxanthin AstaREAL®️P2AF seperti yang terdapat di dalam Eskayvie Redianze Platinum.

AstaREAL®️P2AF yang terkandung dalam REDIANZE PLATINUM boleh merawat dan mencegah ulser yang disebabkan oleh kuman Helicobacter pylori. Pengambilan ini bersama kolagen didapati dapat membaiki dan menganjalkan sel perut yang rosak dan mengurangkan penghasilan asid di dalam perut.

Nak bebas dari belenggu gastrik?

Kena amalkan Eskayvie Redianze Platinum sekarang!

 

tips elak gastrik ketika puasa

 

tips elak gastrik ketika puasa

 

tips elak gastrik ketika puasa

 

tips elak gastrik ketika puasa

 

tips elak gastrik ketika puasa
REDIANZE PLATINUM – untuk punca gastrik, mencegah ulser perut, mengurangkan asid perut. GUTAFIX – untuk redakan pedih ulu hati, asid refluks, kembung, ketidakhadaman, loya dan muntah.

 

 

cara atasi gastrik di bulan puasa

 

Komen Facebook:
Tips Elak Gastrik Ketika Puasa Elak Ulser Perut & GERD

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!