Untuk tahu cara yang betul dalam mengatasi sesuatu masalah, anda harus tahu puncanya terlebih dahulu. Begitu juga jika anda nak tahu cara hilangkan biji milia di muka atau di bawah mata anda.

Adakah anda tahu apa sebenarnya punca biji milia atau ada juga sesetengah orang sebut sebagai biji kolesterol walaupun sebenarnya ia adalah dua perkara berbeza.

 

PUNCA BIJI MILIA DAN FAKTOR RISIKONYA

Badan anda menyingkirkan sel-sel kulit mati untuk memberi laluan kepada yang sel yang baru.

Biji milia berlaku apabila sel kulit mati tidak mengelupas. Sebaliknya, sel-sel tersebut TERPERANGKAP di bawah kulit baru, mengeras, dan membentuk milium (biji milia).

Milia juga boleh berlaku kerana:

  • Kerosakan kulit akibat daripada ruam, kecederaan atau pendedahan kepada matahari (sinar UV)
  • Penggunaan ubatan steroid jangka panjang
  • Genetik anda
  • Masalah autoimun

 

Risiko untuk mendapat biji milia akan jadi lebih tinggi jika anda;

  • TIDAK ikut rutin penjagaan kulit yang betul
  • TIDAK memakai sunscreen
  • TIDAK menggunakan skrub (sekurang-kurangnya 2 – 3 kali seminggu)
  • Menggunakan kosmetik atau solek yang menyumbat pori-pori anda (produk oil based)
  • Tidak cukup tidur
  • Mempunyai masalah kulit seperti kelemumur, rosacea atau ekzema
  • Ada ahli keluarga yang juga mengalami masalah yang sama (genetik)

BACA JUGA: Cara Kenal Produk Timbang Kilo, JANGAN Terjebak!

cara hilangkan biji milia

CARA HILANGKAN BIJI MILIA DI MUKA DAN DI BAWAH MATA

Bagi sesetengah kes, ia biasanya akan hilang sendiri selepas beberapa minggu atau bulan. Tapi ada juga yang kekal untuk jangkamasa yang lebih lama.

JANGAN cuba-cuba picit biji milia anda!

Ia hanya akan memburukkan lagi keadaan. Mengutis kulit di sekeliling biji milia juga boleh menyebabkan parut atau jangkitan.

Anda boleh ambil beberapa langkah untuk membantu hilangkan biji milia. Produk pengelupasan (peeling) dengan salycilic acid, AHA atau retinoid boleh membantu menanggalkan sel kulit mati.

Jika biji milia anda tidak hilang sendiri atau dengan bantuan rawatan pengelupasan, boleh juga rujuk dengan Pakar Dermatologi untuk lakukan prosedur mudah membuang biji milia melalui pembedahan (rawatan laser).

 

MENCEGAH BIJI MILIA

Bagaimana pula cara mencegah biji milia daripada terus muncul? Akan jadi sangat merugikan jika anda hanya fokus kepada cara hilangkan biji milia TETAPI tidak berusaha untuk mencegahnya.

Walaupun biji milia TIDAK boleh dicegah sepenuhnya. Penjagaan kulit dan rutin skincare yang baik boleh membantu mencegah milia dengan agak berkesan.

Pastikan anda pakai SUNSCREEN dan krim pelembap (water based) setiap hari. Biji milia cenderung berlaku apabila anda terlalu banyak terdedah kepada matahari (sinar UV). Kulit anda akan menjadi kasar, menjadikan sel-sel kulit mati lebih sukar untuk tanggal sendiri dan akhirnya terperangkap dalam liang pori dan bertukar menjadi biji milia!

Sunscreen dan krim pelembap akan memastikan kulit anda lembut dan fleksibel supaya proses penggantian sel kulit baru boleh berlaku dengan cara yang sepatutnya.

Gunakan sunscreen 365 hari setahun, tak kiralah cuaca panas, mendung, hujan atau ribut sekalipun. Walaupun ketika berada di dalam rumah, melainkan rumah anda TIADA tingkap yang membolehkan cahaya matahari masuk.

Elakkan krim yang tebal atau salap (ointment). Ini boleh merengsakan kulit, menyumbat liang pori dan menghalang pengelupasan semulajadi kulit.

Pastikan muka anda sentiasa bersih. JANGAN tidur tanpa mencuci muka!

Kotoran dan peluh akan terkumpul dan menyumbat pori-pori anda. Ini bukan saja menjadi punca biji milia tetapi juga boleh menyebabkan jerawat dan masalah kulit lain.

PASTIKAN anda mencuci wajah anda dengan cleanser yang baik. Kulit yang bersih akan membolehkan sel kulit anda berganti dengan betul.

Mulakan SEKARANG!

Jika kulit anda jenis yang mudah terdedah kepada biji milia, JANGAN abaikan kepentingan rutin skincare yang betul.

 

cara hilangkan biji milia

 

cara hilangkan biji milia

LAMBAT TAPI INSYAALLAH BERKESAN – CARA HILANGKAN BIJI MILIA DENGAN SKINCARE MEERACLE

Ye, hanya rawatan laser yang boleh hilangkan biji milia dengan cepat. Anggaran kos sekali rawatan antara RM300 – RM400.

Tapi, selepas 3 ke 4 bulan, biji milia akan mula muncul kembali. Anda rasa berbaloi? Boleh cuba.

Saya dah cuba buat rawatan laser untuk hilangkan biji milia tapi rasa sangat tak berbaloi sebab kesannya hanya sementara.

Oleh sebab itu, saya lebih suka guna dan rekomen skincare. Walaupun kesannya agak lambat, anggaran 3 ke 4 bulan baru nampak kesan (bergantung kepada individu) tapi kosnya jauh lebih berbaloi.

Hasilnya bertahan lebih lama dan selagi anda amalkan rutin skincare yang betul, potensi untuk biji milia yang baru muncul adalah lebih rendah.

Selain daripada itu, dengan skincare yang baik, kulit juga akan jadi cerah, jeragat pun pudar, jerawat reda, kulit flawless dan glowing berseri. Berbanding dengan rawatan laser, hanya dapat hilangkan biji milia semata-mata.

 

cara hilangkan biji milia
Set BASIC Meeracle Skincare. Paling minima yang anda boleh jadikan rutin harian untuk bantu hilangkan biji milia.

 

cara hilangkan biji milia
Untuk kesan yang lebih baik, boleh tambahkan penggunaan Skrub, Toner dan Moisturizer ke dalam rutin skincare anda

 

cara hilangkan biji milia
Rutin lengkap skincare MEERACLE

 

Jadi, nak cuba set yang mana satu yang paling tepat kalau nak hilangkan biji milia?

PILIH IKUT POKET MASING-MASING.

Memanglah kalau guna FULLSET, hasilnya akan lebih baik berbanding guna set BASIC. Tapi, kunci utamanya adalah SABAR & KONSISTEN.

Kalau guna fullset tapi tak sabar, tak konsisten pun takde gunanya. Anda takkan dapat hasil yang baik dan hanya membazir duit.

JELAS?

Kalau jelas dan faham tentang cara hilangkan biji milia dengan skincare MEERACLE ni, Jom! WhatsApp saya sekarang.

cara hilangkan biji milia

 

Komen Facebook:
Cara Hilangkan Biji Milia Di Muka Dengan Skincare

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *