Cara memutihkan kulit dengan produk yang Sentiasa SELAMAT… sentiasa BERKESAN… sentiasa SEMULAJADI (MESRA ALAM)

10

 

Itu adalah JAMINAN SHAKLEE untuk semua produknya tak kiralah samada suplemen untuk kesihatan atau kecantikan dan juga produk kecantikan kulit secara luaran seperti krim, pencuci muka dan sebagainya.

Produk kecantikan paling asas yang biasa kita guna adalah pencuci muka, toner dan krim pelembab.

YOUTH keluaran Shaklee adalah produk kecantikan yang boleh digunakan tanpa was-was jika anda sedang mencari cara memutihkan kulit yang paling selamat. Shaklee tak menjanjikan KULIT PUTIH SEAWAL 3 HARI atau 1 MINGGU. Tapi Shaklee beri jaminan yang produk kecantikan YOUTH ni BERKESAN kalau digunakan secara konsisten & berterusan.

cara memutihkan kulit

 

MENGAPA PRODUK SKINCARE YOUTH SHAKLEE MALAYSIA BERBEZA DARIPADA JENAMA LAIN?

Rangkaian penjagaan kulit YOUTH® menawarkan produk yang terbukti secara klinikal yang dibuat secara harmoni dengan alam semulajadi. Shaklee menjamin anda bukan sahaja akan dapat meningkatkan kesihatan kulit secara dramatik dengan YOUTH, tetapi 100% dijamin untuk membuatkan kulit anda menjadi 10 tahun lebih muda.

 

1 DEKAD PENUAAN DIHAPUSKAN DENGAN PRODUK SKINCARE YOUTH SHAKLEE MALAYSIA

Produk skincare YOUTH akan mengubah penampilan kulit anda. Anda akan tidak jemu memandang cermin! Orang sekeliling akan terpesona dan cemburu apabila memandang keremajaan kulit wajah anda. Wow!

 

Mampukah Shaklee membuktikan kulit anda menjadi lebih muda?

Produk skincare YOUTH dibangunkan oleh Pakar Kulit Antarabangsa di makmal Shaklee di US. Indeks umur kulit (Skin Age Index) diukur pada penampilan tanda-tanda utama penuaan dengan data klinikal merangkumi kedutan, tekstur kulit, saiz liang pori, hiperpigmentasi (jeragat kronik), tona kulit, kecerahan, ketegangan dan kekenduran.

 

Hasilnya!

cara memutihkan kulit

HASIL KLINIKAL TANPA KOMPROMI ™ SHAKLEE

Shaklee telah membuktikan bahawa anda tidak perlu mengorbankan keselamatan dan kesucian (purity) untuk mendapatkan keberkesanan produk. Hasil penggunaan YOUTH ini juga telah melalui ujian klinikal terperinci dan bukan hanya sekadar testimoni biasa.

Produk skincare YOUTH adalah 100% vegan.

 

cara memutihkan kulit

KUASA BOTANI

Dengan 8 paten dan paten-pending, setiap produk YOUTH Shaklee Malaysia dirumus secara khusus untuk menangani pelbagai penuaan kulit.

 

LOTUS JAPONICUS

Patent-pending YOUTH Complex, yang diinfus dengan Lotus Japonicus bagi mengaktifkan protein utama untuk menjana semula sel-sel kulit untuk menghasilkan lebih banyak kolagen dan elastin. Ini akan membuatkan kulit lebih tegang dan anjal. Toink! Toink!

Gabungan YOUTH Complex Lotus Japonicus dengan ekstrak buah Schisandra Chinensis yang secara struktural membantu memberikan lebih banyak nutrien dan tenaga kepada kulit. Kulit lebih muda!

 

ANGGUR MUSCADINE

Paten-pending polifenol anggur muscadine yang terdapat dalam setiap produk YOUTH melindungi dan memperbaiki sel DNA dalam kulit anda sambil menghalang kerosakan kolagen dan elastin.

Kerosakan kolagen dan elastin menjadi salah satu punca utama penuaan kulit.

 

VITAL REPAIR® + COMPLEX

Multi-paten Advanced Vital Repair + Complex menyediakan nutrien antioksidan dan vitamin penting untuk menghalang radikal bebas yang merosakkan kulit dan menggalakkan pertumbuhan sel baru yang lebih sihat.

Sel baru yang muda dan sihat akan membuatkan kulit anda tampil lebih muda.

 

KULIT PUTIH CERAH SEMULAJADI

Yang penting disini adalah bukan cepat atau lambat produk kecantikan itu berkesan. Tapi keselamatannya yang tidak harus diperjudikan.

Oleh kerana itulah, YOUTH dihasilkan TANPA 1,500 bahan kimia yang terlarang mahupun yang diragui tahap keselamatannya.

skincare paling berkesan

 

Jadi, tepatlah pilihan anda kalau membeli dan menggunakan produk kecantikan YOUTH Shaklee ni sebagai cara memutihkan kulit. Yang pentingnya putih sihat tau… bukan putih pucat macam orang sakit… 😉 Ini adalah putih semulajadi… sesuai mengikut jumlah melanin dalam kulit anda (melanin adalah yang menentukan warna kulit seseorang).

 

cara memutihkan kulit

Pilihan lain adalah dengan cara pengambilan suplemen… suplemen akan berikan kesan yang lebih baik dan secara menyeluruh meliputi seluruh badan sebab ia bertindak dari dalam… kalau produk penjagaan luaran ni lebih kepada kawasan atau bahagian tertentu jer kan… ye lah.. kita tepek-tepek krim kat muka… nanti tangan, badan dan kaki masih kusam… tak cantik la kan?…

Jadi, kalau nak seimbangkan kenalah ambil suplemen jugak… barulah seluruh badan dari hujung kepala sampai hujung kaki jadi gebu dan flawless…

cara memutihkan kulit

Suplemen di atas boleh diambil semua atau boleh juga mengikut keperluan / bajet anda. Saya akan syorkan mengikut kesesuaian individu & semua pelanggan saya akan menerima konsultasi kecantikan secara berterusan (selagi anda membeli produk Shaklee melalui saya).

 

cara memutihkan kulit

 

Komen Facebook:
Cara Memutihkan Kulit Paling Selamat & Berksesan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!