Ada cara nak lebatkan rambut dengan minyak ikan? Ehh… minyak ikan apa tu?

Ya.. minyak ikan Omega 3 atau ada juga yang sebut sebagai asid lemak Omega 3

Sebut tentang lemak, ada satu jenis lemak penting yang semua orang tidak cukup: asid lemak Omega 3. Ditemui dalam kacang dan ikan, asid lemak Omega 3 mempunyai banyak manfaat kesihatan, termasuklah untuk kesihatan dan kekuatan rambut.

Saya akan kongsikan tentang kepentingan asid lemak Omega 3 untuk pertumbuhan rambut dan manfaat Omega 3 untuk kesuburan rambut.

 

cara nak lebatkan rambut

 

MANFAAT OMEGA 3 UNTUK RAMBUT

Asid lemak Omega 3 adalah asid lemak tak tepu yang penting yang sangat diperlukan oleh badan untuk berfungsi dengan baik. Ia diperlukan untuk mengekalkan kesihatan yang baik dan rambut yang sihat.

Tetapi malangnya tubuh kita tak mampu menghasilkan omega 3 dengan sendiri. Ini bermakna jika anda mencari cara nak lebatkan rambut dan mahu rambut yang sihat, anda wajib tambah asid lemak Omega 3 dalam diet harian.

Jika anda tidak mampu untuk mendapatkannya melalui makanan, suplemen minyak ikan Omega 3 boleh menjadi pilihan yang sangat berbaloi.

Kenapa?

Apakah manfaat Omega 3 untuk rambut dan bagaimana anda boleh menggunakan Omega 3 untuk pertumbuhan rambut?

Terdapat banyak manfaat Omega 3 untuk rambut. Omega 3 tidak hanya membantu mencegah keguguran rambut, tetapi ia juga menggalakkan pertumbuhan rambut yang sihat, subur dan pertumbuhan rambut baru.

Asid lemak dalam Omega 3 dapat mengurangkan keradangan dan menyuburkan folikel rambut, menggalakkan pertumbuhan rambut  dan kesihatan rambut secara keseluruhan.

Asid lemak omega 3 juga sangat berkhasiat untuk melegakan dan melembapkan kulit kepala, dan menggalakkan peredaran darah, mencegah kekeringan dan kelemumur.

Memilih cara nak lebatkan rambut dengan asid lemak ini juga secara tidak langsung dapat menggalakkan pengeluaran minyak pada kulit kepala, yang secara semulajadi melapisi dan memelihara setiap helaian rambut serta membantu mengekalkan kelembapan rambut.

Walau bagaimanapun, manfaat Omega 3 bukan hanya terhad untuk suburkan rambut dan mencegah rambut gugur sahaja. Omega 3 juga membantu meningkatkan kekuatan dan ketebalan rambut.

Ia juga meningkatkan keanjalan rambut, menjadikan rambut lebih cantik, beralun, rambut yang kelihatan lebih muda dengan kerosakan yang minima.

Akhir sekali, Omega 3 juga menyumbang secara positif kepada kilauan semulajadi rambut anda, membuatkan rambut anda lebih bersinar dan cantik.

Sesiapa saja yang nak lebatkan rambut, rambut yang cantik, lebat dan kuat (termasuklah kulit dan kuku yang sihat dan berkilat), maka wajiblah amalkan pengambilan Omega 3 setiap hari.

NOTA PENTING: Omega 3 bukan bertindak sebagai ubat untuk merawat masalah rambut gugur, tetapi ia adalah suplemen (makanan tambahan) yang perlu diamalkan secara konsisten dan berpanjangan) kerana tubuh manusia tidak mampu menghasilkan asid lemak Omega 3 ini dengan sendirinya.

Baca: Manfaat Omega 3 Kepada Kesihatan

 

OMEGA 3 UNTUK PERTUMBUHAN RAMBUT

Secara purata, rambut biasanya tumbuh kira-kira setengah milimeter setiap hari atau lebih kurang setengah inci sebulan. Pada masa yang sama, secara normal manusia kehilangan rambut antara 50 hingga 100 helai setiap hari.

Apabila folikel pada kulit kepala anda menolak rambut keluar, yang baru sepatutnya terbentuk di tempat yang sama. Tetapi, orang yang tidak mendapat pemakanan yang betul – khususnya, mereka yang kekurangan Omega 3 – mengancam fungsi folikel rambut mereka dan folikel gagal untuk menghasilkan rambut baru serta menyebabkan keguguran rambut.

Omega 3 terkenal sebagai agen anti-radang, digunakan sejak zaman dahulu untuk tujuan perubatan. Omega 3 bukan sahaja bertujuan untuk cara nak lebatkan rambut, tetapi ia juga dapat mengurangkan keradangan yang selalu menjadi punca kepada keguguran rambut.

 

cara nak lebatkan rambut

 

Apabila diambil secara teratur sebagai sebahagian daripada diet yang sihat, Omega 3 dapat membantu memulakan semula proses pertumbuhan rambut baru.

Orang yang kekurangan asid lemak omega 3 biasanya mengalami keguguran rambut dan pertumbuhan rambut baru yang perlahan atau terhenti terus.

Ringkasnya, kulit kepala yang sihat dan terhidrat adalah kunci kepada pertumbuhan rambut baru yang sihat. Pengambilan nutrien yang mencukupi, seperti Omega 3 adalah kunci kepada kulit kepala yang sihat dan terhidrat.

Omega 3 adalah asid lemak yang boleh ditemui dalam ikan seperti salmon, sardin, ikan bilis dan dalam makanan berkhasiat lain seperti biji rami, walnut dan kekacang lain.

Omega 3 juga boleh didapati dalam bentuk suplemen (makanan tambahan), seperti Omega Guard Shaklee. Pastikan untuk memasukkan omega 3 ke dalam diet harian anda – ia adalah komponen utama rambut yang sihat dan berkilat!

Baca: Suplemen Omega 3 Terbaik

 

cara nak lebatkan rambut

 

Omega Guard Shaklee dihasilkan menerusi kaedah teknologi terkini iaitu teknologi ultratulen bergred farmaseutikal. Maksudnya ia melalui proses penyulingan proprietari tiga molekul yang dapat memekatkan asid lemak Omega 3 paling tulen.

1 botol Omega Guard Shaklee mengandungi 90 biji kapsul yang dapat menampung pengambilan selama sebulan.

Harga 1 botol suplemen Omega 3 terbaik ini hanya RM136.00 (WhatsApp saya di 019-7071977 untuk ketahui bagaimana anda boleh dapatkan diskaun)

 

CARA MEMBUAT PESANAN

WhatsApp “OMEGA” ke 019-7071977 untuk membuat pesanan dengan segera.

Anda akan diberi konsultasi serta panduan lengkap pengambilan suplemen secara Percuma selepas membuat pembelian dan selama mana anda menjadi pelanggan saya.

Pesanan anda akan dihantar menggunakan courier / Poslaju bergantung kepada kawasan.

COD: Ipoh (tertakluk kepada terma & syarat)

cara nak lebatkan rambut

 

Disclaimer : Produk yang dipaparkan di dalam artikel ini adalah suplemen @ makanan kesihatan tambahan(vitamin) dan BUKAN ubat. Walaupun terbukti secara klinikal ia mampu menyihatkan badan, suplemen tidak berfungsi untuk merawat, menyembuh atau memulihkan penyakit kritikal. Anda dinasihatkan untuk tetap mendapatkan rawatan doktor sekiranya menghidap sebarang jenis penyakit.

 

Komen Facebook:
Cara Nak Lebatkan Rambut Dengan Minyak Ikan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *