HFMD pada orang dewasa bukan sesuatu yang baru.

Penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD) tidak hanya memberi kesan kepada kanak-kanak. Dewasa dan remaja juga terdedah kepada risiko jangkitan penyakit ini.

 

HFMD pada orang dewasa 

WABAK HFMD @ PENYAKIT TANGAN, KAKI DAN MULUT

Disamping memberi tumpuan kepada anak-anak, ibu bapa mungkin tidak sedar bahawa mereka juga memerlukan perlindungan. Mereka tidak boleh mengandaikan bahawa mereka selamat dari HFMD.

Realitinya ialah orang dewasa dan remaja juga mempunyai risiko yang sama untuk dijangkiti virus HFMD. Dalam kebanyakan kes, ibu bapa mendapat jangkitan ini daripada anak-anak mereka yang telah menghidap HFMD.

 

HFMD pada orang dewasa
HFMD dengan mudah boleh menjangkiti seseorang melalui sentuhan

 

GEJALA HFMD PADA ORANG DEWASA

Gejala HFMD pada kanak-kanak adalah sama dengan gejala HFMD pada orang dewasa. Ruam biasanya terdiri daripada lebam merah dan lepuh yang memberi kesan kepada telapak tangan. Dalam sesetengah kes, ruam mungkin hanya bintik merah atau lebam tanpa lepuh, dan mungkin juga muncul di bahagian punggung, lutut atau siku.

Gejala lain termasuklah:

  • Demam
  • Ulser di dalam kerongkong, mulut dan lidah
  • Sakit tekak
  • Hilang selera makan
  • Rasa tidak sihat.

HFMD adalah endemik di Singapura, yang bermaksud ia boleh berlaku sepanjang tahun. Ini juga boleh berlaku mana-mana negara termasuklah Malaysia.

Penyakit ringan, yang mudah disebarkan di kalangan kanak-kanak melalui air liur, lendir atau cecair badan lain, disebabkan oleh virus yang termasuk dalam kumpulan enterovirus, seperti Enterovirus 71 (EV-71) dan Coxsackievirus.

EV-71, yang lebih ganas dari kedua-duanya, dikaitkan dengan komplikasi otak dan sistem saraf, dan bertanggungjawab dalam kebanyakan kes kematian berkaitan HFMD.

 

HFMD pada orang dewasa
Orang dewasa juga mempunyai risiko dijangkiti virus HFMD seperti kanak-kanak

 

ADAKAH ORANG DEWASA BEBAS DARIPADA RISIKO DIJANGKITI VIRUS HFMD?

Pendedahan kepada hingus, air liur, najis atau cecair badan seseorang yang dijangkiti meletakkan seseorang pada risiko yang lebih tinggi untuk mendapat HFMD. Walau bagaimanapun, orang dewasa umumnya mempunyai imuniti terhadap virus.

Tetapi, bagi orang dewasa yang mempunyai masalah kesihatan yang merosakkan sistem imun mereka, risiko untuk dijangkiti akan menjadi lebih tinggi.

Buat masa ini, tiada vaksin yang dapat melindungi diri daripada HFMD.

Tidak ada perbezaan dalam perkembangan penyakit ini pada orang dewasa berbanding dengan kanak-kanak, dan potensi komplikasi HFMD orang dewasa juga sama dengan kanak-kanak.

Komplikasi HFMD yang paling kerap adalah dehidrasi akibat ulser mulut boleh mengganggu pengambilan cecair. Dehidrasi juga mungkin berlaku jika pesakit muntah berterusan.

Baca: Cara Mencegah HFMD

HFMD pada orang dewasa

 

KUATKAN SISTEM PERTAHANAN TUBUH DENGAN BANTUAN SUPLEMEN @ VITAMIN

Tubuh manusia memang telah sedia ada sistem imun yang berfungsi untuk menghalang jangkitan penyakit. Tetapi sistem pertahanan ini juga boleh roboh.

Sistem imun boleh menjadi lemah akibat beberapa perkara seperti:

  • Penuaan
  • Penyakit
  • Kekurangan protein
  • Stress
  • Tidak cukup tidur
  • Ubatan dan rawatan kanser / kimoterapi

 

HFMD pada orang dewasa

Pastikan sistem imun anda sentiasa kukuh bagi merendahkan risiko dijangkiti virus HFMD atau penyakit-penyakit berjangkit lain.

 

HFMD pada orang dewasa

 

CARA MEMBUAT PESANAN

WhatsApp “SET HFMD” ke 019-7071977 untuk membuat pesanan dengan segera.

Anda akan diberi konsultasi serta panduan lengkap pengambilan suplemen selepas membuat pembelian.

Pesanan anda akan dihantar menggunakan courier / Poslaju bergantung kepada kawasan.

COD: Ipoh (tertakluk kepada terma & syarat)

 

Disclaimer : Produk yang dipaparkan di dalam artikel ini adalah suplemen @ makanan kesihatan tambahan(vitamin) dan BUKAN ubat. Walaupun terbukti secara klinikal ia mampu menyihatkan badan, suplemen tidak berfungsi untuk merawat, menyembuh atau memulihkan penyakit kritikal. Anda dinasihatkan untuk tetap mendapatkan rawatan doktor sekiranya menghidap sebarang jenis penyakit.

 

Komen Facebook:
HFMD Pada Orang Dewasa: Awas! Anda Tidak Terkecuali

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *