Pernah tak tercium bau badan sendiri yang tak berapa enak?… eeeeuuwww! Lebih-lebih lagi bila lepas berpeluh kan… Tapi kadang-kadang diri sendiri tak sedar tentang hal ni… orang sebelah yang jenuh menahan hidung…

Macam mana cara nak hilangkan badan berbau ni? Cuba 6 tips ni:

 

  1. PASTIKAN DIRI SENTIASA BERSIH

Mandi sekurang-kurangnya 2 kali sehari untuk membersihkan diri daripada peluh dan bakteria yang melekat pada kulit. Peluh secara asasnya tak berbau, tapi kehadiran bakteria yang bercampur dengan peluh yang membuatkan ia berbau. Bakteria ni pulak sangat cepat merebak dan menambahkan lagi bau busuk tu.

 

  1. GUNAKAN SABUN ANTIBAKTERIA

Sabun antibakeria dapat mengurangkan bakteria dan seterusnya mengurangkan bau peluh dan badan.

 

  1. KERINGKAN BADAN MENGGUNAKAN TUALA BERSIH

Pastikan anda mengeringkan badan dengan betul menggunakan tuala yang bersih setiap kali selepas mandi. Bakteria sukar membiak pada permukaan kulit yang kering dan bersih.

 

4. GUNAKAN DEODARANT

Deodarant tidak menghalang perpeluhan, tapi ia dapat menutup bau peluh yang kuat. Saya kurang galakkan anda untuk menggunakan deodarant yang bersifat anti-peluh kerana, tubuh manusia secara asasnya perlu berpeluh sebagai salah satu cara perkumuhan / detoks. Jadi, jangan disekat terus proses semulajadi ini.

Gunakan deodarant 2 kali sehari: pagi dan petang.

 

  1. PASTIKAN ALMARI BAJU SENTIASA BERSIH

Tukar baju dengan kerap jika anda jenis yang kuat berpeluh. Baju yang bersih dan segar boleh membantu mengurangkan bau badan.

Jika anda memakai stokin, pastikan anda memakai stokin yang baru (dibasuh) setiap hari. Gunakan serbuk deodarant dalam kasut dan cuba juga kurangkan pemakaian kasut yang bertutup penuh.

 

  1. KURANGKAN PENGAMBILAN MAKANAN / MINUMAN BERIKUT

Apa yang kita makan akan beri kesan kepada bau badan kita. Jadi kurangkan atau hilangkan badan berbau dengan mengawal pemakanan seharian.

Makanan yang membuatkan kita banyak berpeluh seperti makanan pedas, juga mungkin boleh jadi penyebab kepada masalah bau badan. Pengambilan bawang merah, bawang putih pun sama. Tengik bau peluh nanti!

Minuman beralkohol dan kafein pun boleh menyebabkan peluh yang banyak dan berbau.

Dah buat semua 6 tips di atas tapi masih gagal hilangkan badan berbau?

Abis tu nak buat macam mana???….

Jangan risau… anda masih ada pilihan lain, iaitu dengan mengawal perpeluhan dan bau peluh secara semulajadi melalui pengambilan suplemen yang sangat simple!

9

ALFALFA COMPLEX SHAKLEE – berfungis mencuci hati, darah dan usus. Ini adalah makanan yang sangat beralkali yang boleh mengembalikan kenormalan badan yang berasid, menghilangkan toksin dari badan, membersihkan hati, kolon, darah dan mencantikkan kulit dan otot. Alfalfa Complex Shaklee juga sangat baik dalam melawan alahan, memperbaiki keadaan kulit dan hidung sensitif, kurap, bau badan dan ulat air dengan berkesan.

Anda atau ada orang sekeliling anda mempunyai masalah badan berbau?

HUBUNGI:

Nieda
Business Leader & Shaklee Independent Distributor

SMS | Call | Whatsapp:
019 – 707 1977

Email:
nieda@ohcantik.com

Komen Facebook:
Hilangkan Badan Berbau & Kenalpasti Juga Puncanya

2 thoughts on “Hilangkan Badan Berbau & Kenalpasti Juga Puncanya

  • January 7, 2016 at 11:10 pm
    Permalink

    Kalau kerja jumpa client setiap hari, memang patut ambil alfalfa kan.. Risau client tak nak duduk dekat dengan kita bila berbau.

    Reply
    • January 8, 2016 at 12:45 pm
      Permalink

      Betul tu… kita biasanya tak perasan dengan bau badan sendiri… orang sebelah yang terpaksa menahan hidung… 🙂

      Reply

Leave a Reply to Ros Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!