X

Kelebihan Essential Oil Untuk Terapi & Pemulihan

Banyak manfaat dan kelebihan essential oil yang anda boleh dapat terutamanya untuk terapi dan pemulihan masalah berkaitan emosi, mood dan tekanan.

Manusia mampu membezakan hingga 1 trillion bau yang berbeza dengan fungsi sistem olfaktori terdiri daripada jutaan saraf di dalam hidung. Setiap saraf tersebut bertindak balas terhadap kumpulan bau-bauan tertentu dan mengaktifkan sistem otak terdiri daripada amygdala dan hippocampus yang amat penting untuk emosi dan memori manusia.

Fito-aromaterapi adalah seni pemulihan melalui bauan dari alam semulajadi. Bahan aktif di dalam tumbuhan akan diekstrak menjadi minyak esensial untuk dijadikan sebagai alternatif rawatan selain mengambil ubat-ubatan. Selama lebih 6,000 tahun, ia telah digunakan untuk mendapatkan kesan terapautik dari sudut kesihatan minda dan kesejahteraan diri.

 

 

KELEBIHAN ESSENTIAL OIL – KEBAIKAN AROMATERAPI BERDASARKAN KAJIAN SAINS

Essential oil telah terbukti mampu menyokong kesihatan manusia terutamanya dari segi emosi hinggalah ke sistem imun.

Antaranya kebaikan dan kelebihan essential oil adalah:

Tingkatkan keyakinan diri dan kurangkan kegelisahan (Journal of School of Nursing, 2014)

Memberi kesan yang sama efektif seperti ubatan anti-keresahan (Phytomedicine, 2010)

Mengurangkan simptom depresi (tekanan) (Zahedan Journal of Research in Medical Sciences, 2015)

Tingkatkan rembesan hormon dopamin & serotonin (Curr Drug Targets, 2013)

Tingkat kebolehan memori & kognitif (Molecules, 2015)

Nota: Dopamin adalah hormon yang mengawal pergerakan dan koordinasi tubuh manakala serotonin adalah hormon yang mengawalselia fungsi sistem penghadaman, usus dan selera makan. Dopamin menyebabkan rasa lapar dan serotonin pula akan menyekat rasa tersebut. Hormon dopamin tersimpan di otak, serotonin ditemui di dalam usus. Kedua-dua hormon ini juga memainkan peranan yang sangat penting dalam mood positif dan emosi.

 

Kesan pantas essential oil:

22 saat sampai ke otak; 2 minit masuk ke dalam peredaran darah; 20 minit memberi kesan ke sel badan (Rujukan: Evidence-Based Complementary and Alternative Med, 2013)

 

 

Memperkenalkan, produk berkualiti keluaran Eskayvie iaituNeuscential Inspire dan Neuscential Calme untuk membantu hilangkan stress dan dapatkan tidur yang lebih nyenyak.

Neuscential Inspire adalah semburan aromaterapi yang meningkatkan mood positif, kesegaran dan keupayaan untuk fokus sepanjang hari. Semburkan pada tapak tangan dan hidu sebelum memulakan hari anda di tempat kerja. Haruman aromaterapinya sangat menenangkan dan sesuai digunakan pada waktu siang. Ia mengandungi 100% gabungan bahan semulajadi minyak esensial Bergamot, Geranium, Lavender, Chamomile.

 

Baca juga: Cara Hilangkan Migrain Yang Orang Tak Terfikir Nak Buat

 

Neuscential Calme adalah semburan aromaterapi yang membantu tidur yang lena serta mewujudkan rasa relaks, tenang dan santai. Mudah saja! Semburkan pada bantal, selimut atau cadar dan gunakan pada waktu malam 30 minit sebelum tidur. Ia mengandungi 100% gabungan bahan semulajadi minyak esensial Lavender, Geranium, Ylang-ylang & Patchouli.

SATU UNTUK SIANG, SATU UNTUK MALAM!

 

 

Anda boleh gunakan Neuscential Inspire dan Neuscential Calme tanpa ragu-ragu kerana ia:

✅ Menggunakan 100% bahan aktif semulajadi
✅ Bebas paraben & sulfat
✅ Bebas pewangi sintetik
✅ Bebas alkohol dan selamat digunakan pada kulit
✅ Diluluskan oleh Bahagian Regulatori Farmasi Negara

 

Mereka dah rasa kelebihan essential oil Neuscential Inspire & Neuscential Calme. Anda bila lagi?

 

 

 

 

KLIK: Tonton Video-video Testimoni

 

 

Komen Facebook:
Kelebihan Essential Oil Untuk Terapi & Pemulihan
Leave a Comment