Mungkin ramai yang tak tahu ada satu bentuk vitamin B3 yang merupakan nutrien penting untuk kulit. Vitamin B3 ini juga dikenali sebagai NIACINAMIDE. Apakah kelebihan Niacinamide untuk kulit?

B for BEAUTY

 

niacinamide untuk kulit

APAKAH NIACINAMIDE?

Niacinamide, juga dikenali sebagai nicotinamide, adalah sejenis vitamin B-3.

Banyak manfaat nutrien ini, terutamanya apabila ia berkaitan dengan kesihatan kulit secara umum. Niacinamide topikal boleh membantu merawat keadaan kulit tertentu, termasuk jerawat dan ekzema.

 

MANFAAT YANG DITAWARKAN OLEH NIACINAMIDE

Secara umumnya, Niacinamide boleh membantu membina protein dalam kulit dan mengunci kelembapan untuk mengelakkan kerosakan kulit akibat faktor alam sekitar.

 

MANFAAT NIACINAMIDE UNTUK KULIT:

  1. Niacinamide membantu membina keratin, sejenis protein yang memastikan kulit anda tegang dan sihat.
  2. Niacinamide menggalakkan pertumbuhan lipid barrier (ceramide), yang seterusnya boleh membantu mengekalkan kelembapan. Ini bermanfaat untuk semua jenis kulit, terutamanya jika anda mempunyai masalah ekzema.
  3. Niacinamide boleh mengurangkan keradangan, yang boleh membantu meredakan kemerahan akibat ekzema, jerawat dan masalah keradangan kulit lain.
  4. Niacinamide untuk kulit licin dan lembap, seterusnya menggalakkan pengecilan liang pori.
  5. Niacinamide akan membuatkan kulit mampu mengekalkan kelembapan. Ini sangat membantu mereka yang ada masalah kulit kering. Niacinimide juga boleh membantu mengawal jumlah minyak yang dihasilkan oleh kelenjar sebum dan mengatasi masalah kulit berrminyak.
  6. Niacinamide untuk kulit membina semula sel yang sihat disamping melindunginya daripada kerosakan yang disebabkan oleh sinaran UV.
  7. Kepekatan Niacinamide boleh membantu dalam mencerahkan bintik-bintik gelap. Kesan biasanya boleh dilihat selepas empat minggu. Manfaat ini adalah disebabkan oleh peningkatan penghasilan kolagen.
  8. Niacinamide membantu dalam mengurangkan beberapa kerosakan kulit akibat cahaya matahari seperti penuaan, garis halus dan kedutan.
  9. Niacinamide membantu membina sel dalam kulit sambil melindunginya daripada tekanan persekitaran, seperti cahaya matahari, pencemaran dan toksin.
  10. Niacinamide untuk kulit berjerawat. Niacinamide mampu membantu meredakan jerawat yang teruk, terutamanya bentuk keradangan seperti papula dan pustula (jerawat bengkak, merah dan bernanah)

ARTIKEL BERKAITAN: Tukar Skincare Baru, Berapa Lama Kulit Akan Pulih?

 

 

SKINCARE DENGAN NIACINAMIDE

Biasanya produk skincare Niacinamide datang dalam bentuk serum atau ampoule. Gunakan serum sebagai rawatan tambahan untuk mengatasi masalah kulit selain daripada cleanser, toner dan moisturizer.

Serum atau ampoule Niacinamide perlu digunakan selepas toner, sebelum moisturizer.

Sesetengah cleanser dan krim juga mengandungi Niacinamide. Bahan ini juga terdapat dalam face mask.

 

niacinamide untuk kulit

MEERACLE BRIGHTENING BOOSTER AMPOULE

NIACINAMIDE 12% PERTAMA di Malaysia!

Hasil kolaborasi MEERACLE dengan COSMAX Korea, pengilang produk kosmetik dan skincare yang turut mengeluarkan jenama seperti L’Oreal, Lancome, Johnson&Johnson dan sebagainya.

Yes! Meeracle Brightening Booster Ampoule mengandungi 12% Niacinamide.

Semakin tinggi kepekatan Niacinamide, semakin cepat kesannya pada pencerahan kulit. So, makin cepatlah juga proses pulihkan kulit muka.

Ada masalah jerawat dan jeragat?

Nak mencerahkan kulit yang dah kusam ?

Brightening Booster Ampoule ni WAJIB ada dalam rutin skincare harian anda.

  • Tekstur yang ringan
  • Tak melekit
  • Tak berminyak
  • Cepat & mudah meresap pada kulit
  • Sangat berkesan mencerahkan kulit & mengatasi masalah kulit

 

10 MANFAAT MEERACLE BRIGHTENING BOOSTER AMPOULE

  1. Mencerahkan kulit dan mengembalikan seri wajah
  2. Mengecilkan liang pori
  3. Menghaluskan dan melicinkan kulit
  4. Mengatasi masalah blackheads & whiteheads
  5. Memulihkan system pertahanan kulit (skin barrier) dan mencegah kehilangan lembapan kulit
  6. Menenangkan & menyamankan kulit yang keradangan
  7. Menghapuskan cela (blemishes)
  8. Mengatasi masalah tona kulit tidak sekata
  9. Memudarkan jeragat, pigmentasi dan bintik hitam
  10. Memudarkan parut jerawat

 

niacinamide untuk kulit
MEERACLE Brightening Booster Ampoule akan lebih berkesan jika digunakan bersama Gemstone Facial Cleanser & Facial Serum Advanced Formula ini

BOLEHKAH NIACINAMIDE DIGABUNGKAN DENGAN PRODUK SKINCARE YANG LAIN UNTUK KESAN MAKSIMUM?

Niacinamide boleh digunakan bersama bahan aktif lain untuk hasil yang optimum.

Anda mungkin boleh mendapatkan lebih banyak manfaat daripada serum atau ampoule Niacinamide dengan menggunakannya bersama produk yang mengandungi asid hyaluronik. Asid hyaluronik dikatakan dapat meningkatkan penyerapan produk.

 

APAKAH HASIL YANG ANDA BOLEH JANGKAKAN?

Seperti mana-mana produk penjagaan kulit baru, anda mungkin tidak akan melihat hasil yang ketara selama beberapa minggu.

Anda mungkin melihat lebih banyak perubahan pada kulit anda selepas empat hingga lapan minggu. Ini termasuk kulit yang lebih licin, tona yang sekata dan lembap.

 

niacinamide untuk kulit

niacinamide untuk kulit

niacinamide untuk kulit
Testimoni ini juga adalah pengguna MEERACLE Gemstone Facial Cleanser & Facial Serum Advanced Formula sejak tahun 2019

KESIMPULAN

Apabila digunakan secara topikal setiap hari, Niacinamide mampu memberi kesan positif kepada kesihatan kulit anda secara keseluruhan.

Niacinamide boleh membantu mengurangkan keradangan dan hiperpigmentasi, melicinkan keseluruhan tekstur kulit dan mencerahkan kulit anda.

Ia biasanya mengambil masa beberapa minggu untuk anda dapat perubahan yang ketara, jadi penting untuk bersabar dan mengekalkan rutin skincare anda.

 

kelebihan vitamin B Complex

 

Komen Facebook:
Niacinamide Untuk Kulit Cantik, Sihat, Glowing

One thought on “Niacinamide Untuk Kulit Cantik, Sihat, Glowing

  • October 2, 2017 at 2:50 am
    Permalink

    wah !! bestnya !! banyak kelebihan b complex ni.. dan.. untuk saya kekal cergas, b complex ini juga adalah rahsianya.. hee~

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!