Minyak ikan Omega-3 Untuk Buah Pinggang – (Nota penting: ini bukan langkah rawatan, tapi lebih kepada sokongan amalan diet @ pemakanan yang baik untuk memelihara kesihatan buah pinggang. Sila dapatkan nasihat daripada doktor yang merawat anda sebelum membuat keputusan mengambil sebarang jenis suplemen sekiranya anda sudah disahkan menghidap penyakit buah pinggang)

 

minyak ikan omega-3 untuk buah pinggang

Asid lemak adalah nutrien penting yang badan anda tidak dapat hasilkan sendiri, jadi anda hanya boleh mendapatkan omega-3 melalui diet. Persatuan Jantung Amerika (AHA) mengesyorkan makan ikan berminyak sekurang-kurangnya 2 kali seminggu. Contoh ikan berminyak yang tinggi kandungan asid lemak omega-3 termasuklah salmon, makarel, herring, ikan tasik, sardin dan tuna albacore. Jika anda tidak mendapat cukup omega-3 melalui diet, anda mungkin perlu mengambil suplemen omega-3.

 

APA YANG BERLAKU JIKA ANDA TIDAK MENDAPAT CUKUP OMEGA-3?

Tanda-tanda dan gejala kekurangan omega-3 termasuklah keletihan, ingatan yang lemah, kulit kering, masalah jantung, perubahan mood atau kemurungan (anxiety), dan aliran darah yang lemah. Jika anda mengalami mana-mana gejala ini, sila pergi berjumpa dengan doktor dan dapatkan nasihat samada suplemen minyak ikan (omega-3) adalah pilihan yang tepat untuk anda.

 

Minyak ikan Omega-3 Untuk Buah Pinggang

APAKAH FUNGSI MINYAK OMEGA-3 UNTUK BUAH PINGGANG & BADAN ANDA?

Asid lemak omega-3 adalah bahagian integral dari membran sel di seluruh badan dan mempengaruhi fungsi reseptor sel dalam membran ini. Ia menyediakan titik permulaan untuk menghasilkan hormon yang mengawal pembekuan darah, penguncupan dan kelonggaran dinding arteri, dan keradangan.

Ia juga mengikat kepada reseptor dalam sel yang mengawal fungsi genetik. Kemungkinan melalui mekanisme selular ini, asid lemak omega-3 dapat membantu mencegah penyakit jantung dan stroke.

Terdapat juga bukti yang menunjuk suplemen minyak ikan omega-3 untuk buah pinggang sihat kerana ia dapat mengurangkan tekanan oksidatif dan meningkatkan profil kolesterol pada pesakit buah pinggang kronik CKD (Chronic Kidney Disease). Oleh kerana asid lemak omega-3 memainkan peranan yang penting dalam mengoptimumkan kesihatan jantung kita, adalah penting untuk memastikan anda mendapat cukup omega-3 melalui diet atau dengan sokongan suplemen.

 

Minyak ikan Omega-3 Untuk Buah Pinggang

APAKAH PERBEZAAN ANTARA OMEGA-3 DAN MINYAK IKAN?

Asid lemak Omega-3 adalah komponen aktif dalam minyak ikan. Kedua-dua asid lemak omega-3 penting yang terdapat di dalam minyak ikan ialah asid eicosapentaenoic (EPA) dan asid docosahexaenoic (DHA), yang berasal dari tisu lemak ikan berminyak.

Suplemen minyak ikan omega-3 adalah yang paling berkesan kerana ia mengandungi kepekatan tinggi EPA dan minyak ikan kaya DHA. Malangnya, kebanyakan suplemen minyak ikan biasa hanya mengandungi kurang daripada 8% DHA dan EPA aktif, dan sebaliknya mengandungi minyak ikan rendah yang mungkin tidak memberi manfaat kepada kesihatan anda.

Nota penting: Pilih suplemen minyak ikan omega-3 untuk buah pinggang yang tepat. Bukan hanya kerana harganya murah atau terpengaruh dengan promosi, free gifts atau iklan.

Baca juga: Atasi GOUT Dengan Minyak Ikan Omega-3

 

ADAKAH TERDAPAT PELBAGAI BENTUK KEGUNAAN SUPLEMEN OMEGA-3?

Terdapat pelbagai pertimbangan yang membezakan minyak ikan yang terdapat dalam suplemen. Untuk sumber omega-3 paling selamat, pilih minyak ikan yang dihasilkan daripada ikan liar, ikan air sejuk yang rendah pada rantaian makanan, seperti sardin dan ikan bilis.

Elakkan minyak ikan yang dihasilkan daripada ikan air cetek, ikan pemangsa atau ikan yang diternak di ladang, yang boleh meningkatkan risiko bahan pencemar termasuk dioksin, PCB dan merkuri.

 

Minyak ikan Omega-3 Untuk Buah Pinggang

CADANGAN SUPLEMEN MINYAK IKAN OMEGA-3 UNTUK BUAH PINGGANG

Forever Arctic-Sea: Forever Living Products telah merumuskan suplemen pemakanan yang unggul untuk memanfaatkan penyelidikan terkini dalam bidang pemakanan yang penting ini. Dengan menggabungkan Omega-3 dengan Omega-9, ia memberikan suplemen yang selamat dan seimbang yang dapat menyokong tahap kolesterol dan trigliserida darah yang sihat.

Super Omega-3 Forever Arctic-Sea merupakan ‘breakthrough’ dari segi suplemen seimbang, menggunakan minyak sayuran dan ikan untuk memperoleh manfaat masing-masing. Omega-3 adalah asid lemak tak tepu penting yang terdapat dalam salmon dan makanan laut lain. Omega-9 adalah asid lemak tak tepu yang terdapat dalam produk sayur-sayuran, seperti minyak zaitun.

Setiap kapsul memberikan kandungan EPA sebanyak 225 mg dan 150 mg DHA dan asid oleik, yang semuanya kekurangan dalam diet harian kebanyakan orang. Dihasilkan daripada ikan laut sejuk – salmon, ikan bilis, makarel dan sardin).

 

Minyak ikan Omega-3 Untuk Buah Pinggang

 

Minyak ikan Omega-3 Untuk Buah Pinggang

 

Rujukan:

  1. American Heart Association, Fish and Omega-3 Fatty Acids, Fatty fish like salmon, mackerel, herring, lake trout, sardines and albacore tuna are high in omega-3 fatty acids
  2. Omega-3 fatty acids | University of Maryland Medical Center http://umm.edu/health/medical/altmed/supplement/omega3-fatty-acids#ixzz2hGuG1F2s
  3. Omega-3 Fatty Acids: An Essential Contribution, Harvard School of Public Health, http://www.hsph.harvard.edu/nutritionsource/omega-3-fats/
  4. Chronic Kidney Disease Evidence-based Nutrition Practice Guideline, U.S. Department of Health and Human Services, http://www.guideline.gov
  5. Fish Oil and Omega-3 Fatty Acid Supplements Review (Including Krill, Algae, and Calamari Oil), http://Consumerlab.com, 2014
  6. Kris-Etherton, P. Circulation 2002; 106:2747

 

Komen Facebook:
Minyak Ikan Omega-3 Untuk Buah Pinggang Sihat

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *