Nak awet muda & kulit tegang tanpa mengira usia?

CoQ10, juga dikenali sebagai ubiquinone atau Coenzyme Q; adalah enzim yang dihasilkan secara semulajadi di dalam tubuh manusia yang terdapat dalam setiap sel dan tisu. Ia melibatkan beberapa fungsi biologi termasuk membantu menghasilkan tenaga, meneutralkan radikal bebas dan memelihara sel-sel di dalam tubuh dan dalam kulit yang sihat.

Badan yang muda mempunyai keupayaan untuk menghasilkan CoQ10 sebanyak yang diperlukan. Walau bagaimanapun, pelbagai faktor seperti penuaan dan tekanan boleh mengurangkan tahap CoQ10.

Akibatnya, keupayaan sel untuk menjana semula dan melawan tekanan akan menurun.

Penurunan CoQ10 selari dengan proses penuaan dan ia dianggap sebagai salah satu biomarker penuaan yang paling tepat.

 

nak awet muda

 

RAWATAN COQ10

Terdapat beberapa peranan penting yang dimainkan oleh CoQ10 di dalam badan anda selain daripada jika anda nak kekal awet muda. CoQ10 penting untuk banyak reaksi kimia dalam sel; ia membantu menghasilkan 95% tenaga tubuh anda. Tanpa reaksi biokimia ini, sel-sel anda tidak akan dapat membesar dan membahagi.

Doktor dan penyelidik juga percaya enzim tertentu ini dapat membantu menyokong merawat pelbagai penyakit dan membantu penurunan berat badan.

Terdapat bukti yang menunjukkan CoQ10 boleh digunakan untuk membantu merawat:

  • Penyakit Parkinson
  • Penyakit jantung
  • Kanser
  • Tekanan darah tinggi

 

COQ10 ADALAH JAWAPAN TEPAT JIKA NAK KEKAL AWET MUDA

Sebagai tambahan kepada manfaat dalamannya, CoQ10 juga memainkan peranan dalam menjadikan kulit kelihatan lebih muda.

Namun begitu, kadar CoQ10 berkurangan apabila anda semakin tua.

Kebanyakan wanita berusia lebih 30 tahun mempunyai CoQ10 dalam kulit yang rendah daripada tahap optimum. Kekurangan CoQ10 mengakibatkan keupayaan untuk menghasilkan kolagen dan elastin menurun. Kolagen adalah penting kerana ia membuat kulit anda menjadi tegang dan anjal. Kehilangan kolagen dan elastin menyebabkan kulit anda berkedut, kering, mengelupas dan kasar.

CoQ10 juga membantu kulit dengan bertindak sebagai antioksidan yang kuat. Ia membantu meneutralkan radikal bebas berbahaya yang merupakan salah satu punca utama penuaan. Oleh itu, penurunan CoQ10 akibat penuaan akan membuatkan kulit anda lebih terdedah kepada kerosakan oleh radikal bebas.

Penggunaan krim anti penuaan topikal yang mengandungi CoQ10 juga berkesan boleh membantu melawan tanda-tanda penuaan. CoQ10 boleh menembusi secara mendalam untuk memberikan antioksidan dan membantu menghasilakan kolagen dan elastin.

Pengambilan suplemen CoQ10 memberi kesan yang lebih efektif bukan saja kepada tenaga sel, tetapi juga kepada keremajaan kulit.

Baca tetang CoQ-Trol Plus Shaklee

 

COQ10 UNTUK MEMBANTU MENGURANGKAN BERAT BADAN

Nak awet muda bukan saja pada kulit, tapi mestilah juga pada penampilan kan?

Apabila anda semakin berumur, sama seperti perubahan kulit anda, seluruh tubuh anda juga cenderung untuk berubah. Anda akan mula mendapati garis halus dan kedutan pada kulit dan pertambahan badan.

Kekurangan CoQ10 memainkan peranan bukan hanya kepada keadaan kulit, tetapi juga kepada berat badan anda.

Oleh kerana CoQ10 membantu dalam menghasilkan tenaga sel, kekurangannya juga boleh menyumbang kepada tahap tenaga yang lebih rendah dan metabolisme yang lebih perlahan.

Penghasilan CoQ10 yang berkurangan kerana penuaan adalah punca mengapa orang yang berusia mungkin merasa lebih sukar untuk menurunkan berat badan.

Penyelidikan juga menunjukkan bahawa jumlah CoQ10 yang tidak mencukupi adalah faktor penyumbang dalam beberapa kes obesiti. Ujian mendapati kekurangan CoQ10 dalam beberapa subjek yang obes.

Apabila subjek yang mempunyai tahap CoQ10 yang rendah diberikan suplemen CoQ10, mereka didapati lebih mudah kehilangan beberapa kg berat badan.

 

NAK AWET MUDA?

Mengambil suplemen CoQ10 juga boleh membantu meningkatkan pembaikan kulit dan mengurangkan kerosakan akibat radikal bebas. Seperti rawatan topikal, suplemen boleh meningkatkan tahap CoQ10 dalam kulit dan membantu mengekalkan pengeluaran kolagen dan elastin serta melindungi kulit daripada penuaan.

 

nak awet muda

Kajian juga menunjukkan bahawa CoQ10 membantu mengurangkan crow’s feet di sekitar mata

 

SUMBER MAKANAN YANG MENGANDUNGI CoQ10

Makan makanan yang mengandungi CoQ10 dan pengambilan suplemen CoQ10 dapat membantu mengekalkan tahap enzim tubuh yang anda perlu untuk kekal sihat.

Beberapa makanan yang mengandungi CoQ10 termasuk ikan, organ (hati dan ginjal), brokoli dan ayam.

 

nak awet muda

Mungkinkah kita dapat makan 3kg daging atau 100 cawan brokoli rebus atau 100 sudu makan minyak canola atau 3.3kg mentega kacang sehari untuk mendapatkan 100mg CoQ10 yang kita perlukan setiap hari?

Ianya kedengaran sangat mustahil berbanding hanya perlu mengambil 1 biji CoQ-Trol Plus Shaklee kan?

 

KESIMPULAN – CoQ10 UNTUK YANG NAK AWET MUDA, SLIM & SIHAT

CoQ10 dan nutrien saling melengkapi dalam formula Kesihatan & Berat Badan; untuk membantu berat badan yang sihat dan meningkatkan metabolisme.

Di samping itu, ia juga berfungsi untuk mengurangkan lemak badan sambil meningkatkan tahap tenaga dengan memaksimumkan keupayaan tubuh untuk menukar makanan menjadi tenaga.

Ciri-ciri tersebut digabungkan dengan manfaat kesihatan kulit CoQ10 menjadikannya pasangan yang ideal untuk rejimen kesihatan harian anda jika anda nak awet muda, kekalkan berat badan yang sihat dan kesihatan yang baik.

 

TINGKATKAN SEMULA TENAGA SEL, KEKAL AWET MUDA, KULIT CANTIK & BERAT BADAN IDEAL DENGAN CoQ-TROL PLUS SHAKLEE SEKARANG

nak awet muda

 

nak awet muda
WhatsApp “Nak Awet Muda” ke 019-7071977 sekarang
Komen Facebook:
Nak Awet Muda, SLIM & Sihat Dengan 1 Cara Mudah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *