Ada banyak jenis madu di pasaran. Ada madu asli, madu diproses, madu mentah, madu tiruan! Tahukah anda terdapat perbezaan madu mentah dengan madu diproses / madu olahan yang sangat mengejutkan yang masih ramai tak tahu.

Anda nak tahu? Jom! baca..

perbezaan madu mentah

MADU MENTAH DAN DEBUNGA LEBAH (BEE POLLEN)

Perbezaan Madu mentah VS Madu Diproses

Madu mentah dengan madu diproses memiliki banyak perbezaan. Tapi tak ramai orang yang tahu dan faham tentang perbezaan ini. Dengan mengetahui perbezaan ini, maka akan lebih mudahlah untuk menentukan pilihan madu yang baik.

Terdapat banyak madu lebah komersial tidak mengandungi debungan lebah (bee pollen) dan kurangnya vitamin penting yang sepatutnya ada didalam madu. Kandungan enzim-enzim lebah juga adalah antara khasiat madu mentah yang hilang akibat proses pempasteuran dan penapisan.

Proses yang dilakukan keatas madu lebah yang masih mentah akan mempengaruhi kandungan nilai nutrisi dan juga menghilangkan serbuk debunga lebah (bee pollen) semulajadi pada larutan madu mentah.

Fakta mengejutkan tentang perbezaan madu mentah dengan madu diproses pasti akan dapat membantu anda apabila ingin memilih madu sebagai suplemen @ pengganti gula semulajadi.

PERBEZAAN MADU MENTAH DENGAN MADU DIPROSES / MADU OLAHAN

Kebanyakan madu yang berwarna emas dan jernih yang anda lihat di jual dimana-mana cenderung sudah mati dan tidak lagi memberikan manfaat kesihatan atau pembekal tenaga yang sepatutnya.

Perbezaan antara madu mentah dengan madu diproses ini sangat signifikan. Berikut adalah perbezaan madu mentah dengan madu diproses / olahan :

perbezaan madu mentah

MADU MENTAH MENGANDUNGI DEBUNGA LEBAH (BEE POLLEN)

Di Amerika Serikat (USA), Food and Drug Administration (FDA) mengatakan bahawa setiap produk yang telah disaring (filter / tapis) secara “Ultra” dan tidak lagi mengandungi debunga lebah (bee pollen) tidak disebut madu.

Penyaringan Ultra Madu Diproses

Penyaringan Ultra (Pasturized Process) adalah prosedur teknologi tinggi untuk menyaring (menapis) madu dimana madu akan dipanaskan, kadang-kadang disiram hingga turun dan kemudian dipaksa pada tekanan tinggi melalui filter yang sangat kecil untuk menghapuskan debunga lebah (bee pollen), yang merupakan satu-satunya tanda sangat mudah mengidentifikasi sumber madu. Ini adalah spin – off daripada teknik yang telah disempurnakan oleh Cina.

Kenapa Bee Pollen Dihapuskan?

Dengan melakukan penyaringan ultra berulang-ulang, ia akan menjadikan madu lebih bersih, jernih, berkilat dan kelihatan menarik. Tetapi apakah penyaringan ini memang harus dilakukan?

Bee Pollen atau debunga lebah sendiri adalah komponen penting dan sebahagian daripada madu sebagai produk lebah itu sendiri. Madu yang mengandungi bee pollen semulajadi ini menjadikan madu tersebut lebih kaya dengan kandungan nutrisi yang sangat diperlukan dan bermanfaat untuk kesihatan.

Jika tujuannya hanya untuk membuatkan madu menjadi lebih jernih, berkilat dan produk-produk madu diproses yang lebih ada ‘standard’ komersial. Adakah ia harus sampai menghilangkan dan mengurangkan manfaat madu kerana telah diproses?

Penghapusan semua debungan lebah (bee pollen) dari dalam madu “tidak masuk akal” jika tujuannya hanyalah untuk membuatkan madu kelihatan lebih menarik. Bukan pandangan mata yang penting tapi khasiat semulajadi madu lebih harus diutamakan.

MADU MENTAH MENGANDUNGI ANTI-KULAT DAN ANTI-VIRAL

Madu mengandungi zat anti-viral, anti-kulat dan anti-bakteria. Pengolahan/pempasteuran madu mentah akan mempengaruhi kandungan zat anti-viral, anti-kulat dan anti-bakteria madu mentah. Kandungan zat-zat ini akan hilang jika madu diproses. (http://www.preventdisease.com).

ANTI CARSINOGENIC MADU MENTAH

Madu mentah mengandungi zat anti-kanser (anti-carsinogenic) yang sangat efektif dan efisien untuk mencegah penyakit kanser. Madu mentah juga dapat mencegah sel-sel kanser daripada merebak menjadi lebih parah dan ganas. Pada madu proses, zat carsinogenic ini akan berkurang ataupun hilang terus. Ini membuatkan anda kehilangan manfaat madu yang sepatutnya.

MADU MENTAH MENINGKATKAN SISTEM IMUN SEMULAJADI TUBUH

Kandungan zat anti-bakteria seperti hidrogen peroksida akan mematikan dan mecegah bakteria dan kulat daripada berkembang biak dan hidup pada madu mentah. Madu mentah secara semulajadinya mengandungi propolis yang juga adalah zat anti-bakteria pada madu. Madu mentah dapat membantu meningkatkan sistem imun tubuh secara semulajadi dan signifikan tanpa resistance. Inilah perbezaan antibiotik pada madu dengan antibiotik kimia. Dengan mengamalkan madu mentah secara betul, sistem imun akan lebih kuat untuk mencegah serangan penyakit.

perbezaan madu mentah

MADU MENTAH MENGANDUNGI ROYAL JELLY

Royal jelly adalah makanan istimewa buat ratu lebah yang kaya dengan nutrisi semulajadi yang terdapat pada madu mentah asli lebah. Madu yang telah diproses tidak lagi mengandungi royal jelly.

MADU MENTAH STABILKAN / MENGAWAL PARAS GULA DALAM DARAH

Inilah perbezaan madu mentah dengan madu diproses, dimana madu mentah akan menjadi sumber tenaga yang baik dan mampu menstabilkan paras gula dalam darah. Madu yang telah diproses sangat tidak baik kerana ada gula tambahan yang bukan semulajadi daripada madu lebah itu sendiri. Madu diproses tidak sesuai untuk pesakit diabetes.

Baca juga: Luka Kencing Manis Berjaya Sembuh & Kaki Selamat Dari Kena Potong

STRUKTUR AIR MADU MENTAH SEAKAN BENTUK SARANG LEBAH

Bentuk struktur air semulajadi pada madu mentah asli lebah adalah seakan bentuk sarang lebah (honeycomb). Bentuk segi enam yang kelihatan pada madu mentah adalah ciri tersendiri pada madu mentah. Ia lebih jelas jika dilihat dibawah mirkoskop.

madu mentah

KELEBIHAN MADU ASLI FOREVER BEE HONEY

  1. Forever Living Products (FLP) memiliki ladang penternakan lebah dan pemprosesan madu lebah yang terbesar di dunia!
  2. Kawasan penternakan lebah di gurun yang bebas pencemaran dan banyak pilihan bunga.
  3. Botol Forever Bee Honey direka khas (tinted) supaya kalis cahaya bagi membendung cahaya matahari daripada merosakkan khasiat madu.
  4. Forever Bee Honey mendapat pengikhtirafan KOSHER dan HALAL IFANCA
  5. Forever Bee Honey hanya mempunyai kepekatan kurang daripada 17% air menjadikan ianya sangat pekat.
  6. Forever Honey Bee ialah madu mentah yang 100% tulen. Ia tidak dimasak, tidak ditapis, tidak diproses dan masih dikekalkan kandungan semulajadi royal jelly dan debunganya. Ini juga menjadikan warna madu Forever Bee Honey lebih gelap berbanding madu asli lain.
  7. Ia mengandungi 16 jenis asid amino, karbohidrat, vitamin, mineral dan enzim dan sesuai untuk kanak-kanak (1 tahun keatas) dan orang dewasa.
  8. Pemanis yang berkhasiat, pengganti gula semulajadi dan mudah dicerna oleh badan.

perbezaan madu mentah

Komen Facebook:
Perbezaan Madu Mentah Dengan Madu Diproses Yang Mengejutkan!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *