Petua kecantikan dengan madu mentah?

Ya.. sedar atau tidak, madu memang dah lama terkenal dengan pelbagai manfaat untuk kesihatan dan kecantikan. Sejak zaman raja-raja dahulu, zaman Mesir purba lagi madu lebah telah digunakan untuk kesihatan dan kecantikan. Cuma dizaman milenia ni kita lebih banyak disogokkan dengan produk kecantikan moden.

Cleopatra sangat menggemari campuran air mandian madu dengan susu untuk mendapatkan kulit yang lembut. Bila diminum pun manfaat madu tak terkira banyaknya.

 

petua kecantikan dengan madu mentah

Madu lebah adalah pengganti gula yang baik bagi pengidap diabetes dan anda yang mengamalkan diet sihat tanpa gula putih. Kemanisan madu juga mampu menggantikan kemanisan gula putih tanpa menjejaskan kesihatan, malah lebih baik untuk kesihatan.

Tapi, untuk dapatkan rasa manis yang sedap, anda harus memilih madu mentah yang rendah tahap keasidan dan rendah kandungan airnya.

Pernah minum madu lebah tak?

Perasan tak hujung-hujung tu akan rasa masam sedikit? Ini kerana madu lebah yang dihasilkan di kawasan yang tinggi taburan hujan seperti di Malaysia akan tinggi juga tahap keasidan dan kandungan airnya. Itulah yang memberikan rasa masam kepada madu lebah.

 

petua kecantikan dengan madu mentah

Dan perasan tak selalunya madu lebah dibotolkan dalam botol kaca. Kenapa? Kerana botol plastik tak mampu membendung tahap keasidan madu yang tinggi.

Berhati-hati dengan madu lebah yang sudah diolah atau ditambah gula!. Madu olahan tak banyak khasiat seperti madu mentah.

Madu mentah ialah madu yang tidak melalui sebarang proses. Dari sarang terus dimasukkan kedalam botol. Tanpa melalui proses penyaringan dan pemanasan.

Madu mentah masih banyak terdapat kandungan royal jelly dan serbuk lebah yang biasa disebut bee pollen dan nutrisi lain. Hal inilah yang membuatkan madu mentah lebih memberi manfaat untuk kesihatan dan kecantikan.

 

petua kecantikan dengan madu mentah

Petua Kecantikan Dengan Madu Mentah #1 – Mengatasi Jerawat

Madu dapat berfungsi sebagai antibakteria yang kuat memerangi bakteria yang menyebabkan jerawat. Hanya perlu sapukan terus madu mentah pada jerawat, biarkan ia kering selama lebih kurang 15 – 20 minit; kemudian bilas dengan air bersih.

 

Petua Kecantikan Dengan Madu Mentah #2 – Memudarkan Lingkaran Hitam Bawah Mata

Lingkaran hitam di bawah mata yang muncul setiap kali anda tidak cukup tidur juga boleh diatasi dengan madu mentah. Caranya, buatlah campuran madu mentah dengan minyak badam dengan nisbah sama banyak.

Sapukan campuran pada kawasan mata sebelum tidur. Biarkan campuran madu mentah dan minyak badam tadi bekerja ketika anda tidur. Cuci wajah seperti biasa keesokan harinya.

 

Petua Kecantikan Dengan Madu Mentah #3 – Membersihkan Kulit Wajah

Selalu guna make-up remover moden kan? Apa kata kali ni anda guna make-up remover semulajadi dengan madu mentah?

Sapukan saja madu mentah terus ke kulit wajah anda dan lap dengan tuala panas. Pasti kulit terasa segar!

 

Petua Kecantikan Dengan Madu Mentah #4 – Melembapkan Kulit

pH 4.5 semulajadi yang dimiliki madu sesuai dengan pH kulit sihat. Anda akan dapat melihat dan merasakan kulit lebih lembut dan lembap dalam waktu tiga minggu selepas mengamalkan madu mentah untuk kecantikan kulit. Cubalah!

Anda juga boleh membuat masker sendiri untuk rawatan kulit yang lebih mendalam. Misalnya dengan mencampurkan madu mentah dengan perahan lemon. Kulit yang lebih lembap juga akan memudarkan kedutan.

 

Petua Kecantikan Dengan Madu Mentah #5 – Rambut Sihat Bersinar

Madu mentah juga boleh dimanfaatkan sebagai pengganti conditioner untuk melembapkan rambut.

Ada dua cara yang boleh anda praktikkan. Pertama, sapukan terus madu mentah ke rambut yang telah dicuci. Biarkan selama satu jam kemudian bilas hingga bersih. Buatlah pada hujung minggu atau hari cuti ye.. sebab ia perlukan masa yang agak lama.

Baca juga: Perbezaan Antara Madu Mentah Dengan Madu Diproses

petua kecantikan dengan madu mentah

KELEBIHAN MADU ASLI FOREVER BEE HONEY

  1. Forever Living Products (FLP) memiliki ladang penternakan lebah dan pemprosesan madu lebah yang terbesar di dunia!
  2. Kawasan penternakan lebah di gurun yang bebas pencemaran dan banyak pilihan bunga.
  3. Botol Forever Bee Honey direka khas (tinted) supaya kalis cahaya bagi membendung cahaya matahari daripada merosakkan khasiat madu.
  4. Forever Bee Honey mendapat pengikhtirafan KOSHER dan HALAL IFANCA
  5. Forever Bee Honey hanya mempunyai kepekatan kurang daripada 17% air menjadikan ianya sangat pekat.
  6. Forever Honey Bee ialah madu mentah yang 100% tulen. Ia tidak dimasak, tidak ditapis, tidak diproses dan masih dikekalkan kandungan semulajadi royal jelly dan debunganya. Ini juga menjadikan warna madu Forever Bee Honey lebih gelap berbanding madu asli lain.
  7. Ia mengandungi 16 jenis asid amino, karbohidrat, vitamin, mineral dan enzim dan sesuai untuk kanak-kanak (1 tahun keatas) dan orang dewasa.
  8. Pemanis yang berkhasiat, pengganti gula semulajadi dan mudah dicerna oleh badan.

 

 

petua kecantikan dengan madu mentah

 

Komen Facebook:
Petua Kecantikan Dengan Madu Mentah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *