Punca kanser paru-paru yang paling popular ialah ROKOK!

MEROKOK adalah penyebab 9 daripada 10 kematian akibat kanser paru-paru manakala gas radon, pencemaran dan punca lain hanya memainkan peranan kecil dalam kes ini.

Dalam banyak-banyak penyakit kanser, kanser paru-paru adalah kanser yang menyebabkan kematian paling tinggi dikalangan lelaki dan perempuan.

 

punca kanser paru-paru

 

APABILA MEROKOK MENJADI PENYEBAB

Rokok padat dengan bahan-bahan kimia yang menjadi punca kanser. Bahan-bahan ini juga memusnahkan sistem pertahanan semulajadi paru-paru. Salur udara yang terdapat pada paru-paru dilapisi oleh ‘rerambut’ halus yang dipanggil sebagai cilia.

Cilia ni berrfungsi untuk menyahkan toksin, bakteria dan virus daripada paru-paru. Rokok menghalang cilia daripada melakukan tugasan ni dan akhirnya membuatkan kimia penyebab kanser menimbun dalam paru-paru.

 

lungs-smoker-non-smoker
Gambaran paru-paru orang yang tidak merokok dengan perokok

 

SIMPTOM-SIMPTOM KANSER PARU-PARU

Kanser  paru-paru bermula secara senyap… ni kira macam serang hendap lah ni… sangat bahaya sebab ia berlaku tanpa kita sedar. Biasanya tak ada simptom atau tanda amaran pada peringkat awal. Bila keadaan dah semakin parah, penghidap kanser paru-paru akan mula mengalami masalah berikut:

  • Batuk yang berlarutan
  • Sakit dada terutamanya semasa menarik nafas
  • Nafas berbunyi (wheezing) atau sesak nafas
  • Batuk berdarah
  • Keletihan (fatigue)

 

JENIS KANSER PARU-PARU

Ada 2 jenis kanser paru-paru – small-cell cancer yang sangat agresif dan merebak dengan cepat ke bahagian anggota / organ badan yang lain. Kanser paru-paru jenis ni berkait rapat dengan perokok tetapi jarang ditemui pada orang yang bukan perokok. Non-small-cell cancer merebak lebih perlahan dan ia lebih kerap ditemui dan 85% kanser paru-paru terdiri daripada jenis ini.

 

TAHAP-TAHAP KANSER PARU-PARU

Tahap-tahap dalam kanser adalah sebagai penanda kepada berapa serius penyakit tersebut.

Small-cell lung cancer terbahagi kepada 2 tahap: “Limited” bermakna kanser tersebut terhad kepada sebelah paru-paru atau mungkin lymph nodes berhampiran. “Extensive” bermakna kanser telah merebak ke kedua-dua paru-paru atau lebih.

Non-small-cell cancer terdiri daripada tahap I hingga IV, bergantung kepada sejauh mana ia telah merebak.

 

punca kanser paru-paru

 

RAWATAN AWAL KANSER PARU-PARU

Apabila doktor mengenalpasti non-small-cell lung cancer sebelum ia merebak ke kedua-dua paru-paru, pembedahan segera mungkin dapat membantu. Pembedahan adalah untuk membuang bahagian yang terkena tumor atau jika perlu mungkin membuang keseluruhan bahagian paru-paru tersebut.

Allah!… tak mampu nak bayankan pulak macam mana agakanya kehidupan dengan sebelah paru-paru saja.

Tapi apabila kanser paru-paru dah merebak, ia sangat mustahil untuk dipulihkan semula. Rawatan mungkin masih boleh membantu seseorang tu untuk hidup lebih lama dan hidup yang lebih berkualiti.

Radiasi dan kimoterapi mampu mengecutkan tumor dan membantu mengawal simptom-simptom kanser paru-paru seperti kesakitan tulang dan laluan pernafasan tersekat. Kimoterapi biasanya rawatan utama bagi kanser paru-paru.

 

RAWATAN-RAWATAN BARU

Ada 2 jenis rawatan tambahan yang mungkin diperlukan oleh seorang pesakit kanser paru-paru selain daripada kimoterapi iaitu targeted therapy dan immunotherapy.

Kanser adalah sejenis penyakit yang berkaitan dengan ketidak seimbangan replikasi dan tindak balas sel dalam badan serta perlu dirawat dengan segera. Namun begitu, pesakit kanser tidak boleh berputus asa!

Menurut kajian, kaedah rawatan konvensional yang sedia ada berserta dengan pengambilan herba dan khasiat fitonutrisi semulajadi menjadikan potensi untuk kanser itu beransur hilang lebih tinggi.

 

SECONDHAND SMOKE

Memang merokok adalah punca kanser paru-paru yang utama, tapi itu bukanlah satu-satunya faktor risiko yang ada. Orang yang menjadi second hand smoker iaitu mereka yang berada di sekeliling orang yang merokok juga mempunyai risiko yang sama.

Orang yang berkahwin dengan seorang perokok adalah 20% hingga 30% lebih berisiko untuk mendapat kanser paru-paru berbanding mereka yang tidak.

Jadi, kalau dapat suami seorang perokok, cubalah yer kita ikhtiar untuk mereka berhenti merokok sebab merokok bukan saja membahayakan kesihatan perokok tu sendiri, tapi turut sama meletakkan kesihatan orang sekeliling dalam risiko.

 

Orang yang hidup disekeliling perokok juga menghadapi risiko kanser paru-paru

 

PEKERJAAN BERISIKO

Sesetengah pekerjaan juga menjadi punca kanser paru-paru. Mereka yang bekerja dengan uranium, arsenic dan bahan kimia lain hendaklah cuba sebaik mungkin untuk mengurangkan pendedahan kepada bahan-bahan tersebut. Asbestos yang banyak digunakan dalam penebatan juga dikenalpasti sebagai punca kanser paru-paru. Walaupun bahan ni dah jarang digunakan sekarang, tapi mereka yang pernah terdedah kepada bahan ni dulu masih berisiko.

 

PENCEMARAN UDARA

Bukan seperti merokok, pencemaran udara merupakan punca yang agak minima kepada kanser paru-paru. Walau bagaimanapun, ia tetap sesuatu yang perlu dielakkan. Pakar percaya pencemaran yang datang daripada asap kereta, kilang dan stesen janakuasa mampu memberi risiko kepada paru-paru… lebih kurang macam risiko seorang second hand smoker.

 

APA LAGI YANG MENJADI PUNCA KANSER PARU-PARU?

  • Sejarah keluarga yang ada kanser paru-paru
  • Meminun air yang tinggi kandungan arsenic

Walaupun begitu, kanser paru-paru tetap terjadi pada orang-orang yang tak ada faktor risiko macam yang tersenarai di atas tadi termasuklah mereka yang tidak merokok. Para pengkaji pun tak dapat nak pastikan kenapa. Kanser paru-paru juga lebih banyak terjadi di kalangan wanita berbanding lelaki.

Adenocarninoma lebih popular di kalangan bukan perokok berbanding perokok.

 

 

MENCEGAH KANSER PARU-PARU

Kanser paru-paru menjadi punca utama kematian akibat kanser tak kiralah samada lelaki atau wanita. Tapi jika anda tak merokok dan elakkan daripada berada di kalangan perokok, itu akan membantu untuk merendahkan risiko anda mendapat kanser paru-paru.

Jika anda seorang perokok, cubalah sebaik mungkin untuk berhenti merokok. Ada banyak cara yang boleh diambil dan ia memerlukan kesabaran yang sangat tinggi. Tapi IsnyaAllah, ia adalah satu cubaan yang berbaloi bukan saja untuk badan sendiri, tapi juga demi orang-orang sekeliling yang anda sayang.

 

punca kanser paru-paru

 

punca kanser paru-paru

 

punca kanser paru-paru

 

Disclaimer: Produk di atas tidak bertujuan untuk merawat sebarang penyakit atau mencegah punca kanser paru-paru. Ia adalah makanan @ suplemen tambahan bagi menyokong kesihatan.

 

punca kanser paru-paru

 

Komen Facebook:
Punca Kanser Paru-paru: Rawatan & Pencegahan

One thought on “Punca Kanser Paru-paru: Rawatan & Pencegahan

  • January 11, 2018 at 10:47 pm
    Permalink

    Terima kasih kerana memberi informasi yang betul!

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!