Dari mana punca lemak di perut di perut atau badan kita ni? Tunggu! Sebelum saya jawab soalan ini apa kata anda baca dulu petikan artikel di bawah.

 

 

Malaysia adalah ‘JUARA’ carta obesiti @ kegemukan di antara negara-negara ASEAN!

“Obesiti di Malaysia semakin meningkat apabila lebih 16.8 juta atau 60 peratus daripada 28 juta penduduk menghidap masalah itu yang berpunca daripada amalan gaya hidup dan pemakanan tidak seimbang selain tidak suka bersenam.

Jangan tak tahu penghidap obesiti di Malaysia begitu besar jumlahnya setanding dengan Amerika Syarikat! Puncanya ialah masyarakat khususnya ibu bapa yang bekerja cenderung memilih makanan segera sebagai sajian ruji untuk anak-anak kerana mudah dan cepat.

Anda boleh bayangkan, faktor-faktor di atas yang menyumbang kepada masalah obesiti boleh mengundang pelbagai kesan dan risiko seperti penyakit kanser, pereputan tulang, serangan jantung dan diabetes.

 

Antara risiko penyakit yang sering dikaitkan dengan kegemukan / obesiti.

 

Kaji Selidik Kesihatan dan Morbiditi Nasional (NHSM) 2011 yang dikeluarkan Kementerian Kesihatan pada tahun sebelumnya menunjukkan satu daripada lima orang dewasa di Malaysia menghidap diabetes.

Statistik itu telah meletakkan Malaysia di tangga ke-10 dunia dengan jumlah penghidap diabetes seramai 3 juta orang, jauh lebih tinggi daripada jangkaan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menjelang 2025 iaitu hanya kira-kira 800,000 orang.

Sementara itu, Majlis Pencegahan Obesiti pula menjangkakan Malaysia akan menjadi negara pertama di Asia Tenggara dengan pesakit kencing manis teramai pada 2017 dan tempat keenam di Asia Pasifik dari segi obesiti!

Melihat pendedahan angka tersebut, tidak hairanlah hospital-hospital kerajaan mahupun swasta ketika ini dikunjungi ramai orang dan ada ketika sesak seperti di pusat beli-belah!”

Petikan: Utusan Malaysia Online

 

Meminum air manis adalah satu tabiat yang perlu dijauhkan oleh semua orang tak kiralah samada kanak-kanak atau dewasa kerana ia lebih membawa keburukan berbanding kebaikan

 

Jadi, apa sebenarnya punca lemak di perut kita tebal dan terkumpul banyak. Ini antaranya:

  • Setiap hari minum air manis berlebihan.
  • Setiap hari makan fast food dan processed food.
  • Setiap hari makan makanan yang bergoreng dan berlemak.
  • Setiap hari makan makanan yang tinggi kolesterol.
  • Setiap hari makan lebih kalori.
  • Setiap hari makan makanan yang berminyak.
  • Setiap hari cipta alasan tak nak bersenam.
  • TAK ambil nutrisi yang secukupnya
  • TAK pernah detoks atau ambil peduli tentang kesihatan usus

Punca segala penyakit pada badan kita adalah sebab makanan. Kita terlalu banyak makan makanan yang tiada khasiat untuk badan.

Akhirnya kita jatuh sakit dan doktor sahkan kita mengidap pelbagai penyakit kronik.

Tak berbaloi kan? Saya sangat tak bersetuju dengan sesetengah orang yang selalu cakap macam ni…

“Alahh… makan jer apa yang kita nak sementara masih sihat ni, nanti kalau dah sakit dah tak boleh makan dah”

Adakah kita makan memang kerana nak minta sakit?

Anda sedang mencari jalan penyelesaian bagi masalah kegemukan @ obesiti?

 

punca lemak di perut

 

punca lemak di perut

 

punca lemak di perut

 

punca lemak di perut

 

punca lemak di perut

 

 

punca lemak di perut

 

Komen Facebook:
Punca Lemak Di Perut & Badan Boleh Memudaratkan
Tagged on:     

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!