Rambut gugur bukan saja jadi masalah kepada orang yang dah berumur, tapi orang muda pun sama, lebih-lebih lagi yang wanita yang dah bergelar ibu. Masalah rambut gugur lepas bersalin adalah normal.

Ini antara punca rambut gugur lepas bersalin:

 

PERUBAHAN HORMON

Antara salah satu punca utama rambut gugur lepas bersalin adalah hormon yang tak stabil.

Hormon progesteron dan estrogen pada wanita sangat tinggi sepanjang tempoh kehamilan. Kedua-dua hormon ni menyebabkan pertumbuhan rambut terhenti dalam fasa anagen atau fasa pertumbuhan. Sebab tu, rambut wanita semasa hamil akan nampak berkilat dan bersinar-sinar.

Tapi bila lepas bersalin, semasa umur bayi lebih kurang 3 – 4 bulan, semua hormon akan jadi normal semula dan pada waktu ni, ibu-ibu akan mengalami masalah rambut gugur.

Disebabkan sepanjang tempoh kehamilan tak banyak rambut yang gugur, jadi kali ni keguguran rambut berlaku dengan lebih banyak. Rambut gugur secara berterusan sehingga menyebabkan ia tak sempat tumbuh dan memanjang. Sebab tu lah rambut akan nampak semakin nipis dan jarang.

 

TEKANAN

Lepas bersalin, wanita menjadi sibuk sebab kena uruskan keperluan bayi yang baru lahir dan keluarga. Lebih memenatkan kalau si ibu memang dah ada anak yang ramai dan perlu bekerja. Disebabkan kesibukan ni, si ibu kadang-kadang lupa nak uruskan diri sendiri. Tak sempat nak belek muka atau rambut. Jadi, kalau masalah rambut gugur lepas bersalin yang dialami tak diberi perhatian, ia mungkin boleh menjadi lebih serius sehingga boleh menjadi keguguran rambut jenis wanita (female pattern baldness) dan masalah rambut gugur ni adalah jenis kekal dan sangat susah dirawat.

 

BERUSIA DAN MEMILIKI RAMAI ANAK

Ibu yang semakin berusia dan dah mengandung lebih daripada 3 kali lebih tinggi risiko untuk hadapi masalah rambut gugur lepas bersalin kalau nak bandingkan dengan ibu muda atau ibu yang tak ramai anak. Semakin si ibu berusia, puncak kepala atau crowning area akan semakin menipis. Bermula dari bahagian tengah, lepas tu akan merebak ke bahagian tepi. Masalah rambut gugur macam ni bukan saja sebab masalah hormon, tapi juga disebabkan oleh penjagaan rambut selepas bersalin yang tak betul.

 

POLA PEMAKANAN TIDAK SIHAT

Biasanya ibu-ibu selepas bersalin akan mengawal pemakanan mereka. 1 sebab berpantang dan 1 satu lagi sebab nak dapatkan semula bentuk badan langsing macam sebelum mengandung. Ini sebenarnya akan menyebabkan mereka mengalami kekurangan nutrisi yang amat diperlukan oleh tubuh dan rambut.

Proses penuaan wanita adalah lebih cepat kalau nak dibandingkan dengan lelaki. Sebab tu lah kulit kepala wanita pun akan jadi lebih cepat tua berbanding lelaki. Jadi, jangan pulak tambah masalah ni dengan kawalan makanan atau diet yang tak betul.

Lebih teruk sebab liang-liang rambut wanita lebih cepat tertutup. Liang-liang rambut yang dah tertutup tak akan boleh dirawat atau diaktifkan lagi. Jadi, wanita yang ada masalah rambut gugur tu kena cepat-cepat bertindak dan dapatkan rawatan.

 

FAKTOR USIA

Semakin tua, peluang untuk pertumbuhan rambut akan jadi semakin rendah sebab sel-sel dah jadi makin tua, penyerapan nutrien yang diperlukan oleh tubuh dan rambut pun jadi semakin lambat.

Oleh itu, sangatlah penting untuk orang yang dah berusia untuk dapatkan nutrisi yang secukupnya supaya semua sistem tubuh dan organ dapat berfungsi dengan lebih baik.

Vitamin B, Protein dan Kolagen bukan saja boleh membantu untuk mendapatkan semula rambut yang lebat, sihat dan bersinar. Tapi juga membantu tubuh untuk lebih sihat, menjadikan kulit lebih cantik dan memberi tenaga.

Masalah rambut gugur juga boleh dibantu dengan penggunaan serum daripada rangkaian produk penjagaan rambut FAITH FLEUR.

Kalau masalah rambut gugur yang tak berapa teruk mungkin boleh guna serum saja, tapi untuk masalah rambut gugur yang kritikal sangat digalakkan untuk ambik vitamin / suplemen bagi membantu dari dalaman juga.

Cepat bertindak sekarang kalau anda ada masalah rambut gugur sebelum terlambat dan menyesal nanti di kemudian hari.

 

rambut gugur lepas bersalin

 

rambut gugur lepas bersalin

 

rambut gugur lepas bersalin

 

rambut gugur lepas bersalin

 

 

Komen Facebook:
Rambut Gugur Lepas Bersalin: Punca & Cara Atasinya

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!