Mencari cara yang kos efektif untuk memudarkan kedutan dan melambatkan proses penuaan? Rawatan anti penuaan semulajadi dengan madu adalah jawapan yang anda cari.

Madu adalah salah satu pemanis yang paling tua dan makanan kesihatan, digunakan sejak 5500 sebelum masihi. Madu juga merupakan produk penjagaan dan rawatan anti penuaan semulajadi yang hebat.

Malah, jelitawan lagenda Cleopatra juga menggunakan madu mentah sebagai sebahagian daripada rawatan kulit dan penjagaan rambutnya. Madu adalah ramuan rahsia yang membantu dia kelihatan awet muda.

Sekarang, saintis juga memperakui bahawa madu mempunyai ciri-ciri antibakteria, anti-radang dan antioksidan yang unik yang sebenarnya telah terbukti dapat membantu merawat luka. Madu yang digunakan secara topikal berkesan dalam membantu mencegah jangkitan kulit selepas pembedahan.

Madu telah terbukti mengandungi lebih daripada 600 sebatian yang berbeza – 17 karbohidrat berbeza, 12 vitamin yang berbeza dan 18 asid amino yang berbeza.

Di samping itu, ia juga mengandungi pelbagai antioksidan dan flavonoid yang boleh berfungsi sebagai agen antibakteria. Madu adalah humectant, ini menjadikan ia mampu membantu menyerap dan mengekalkan kelembapan.

Jadi, ia dapat membantu mengembalikan tahap kelembapan kulit tanpa menjadikan kulit berminyak dan ia boleh berfungsi sebagai pelembap semulajadi untuk mengatasi kulit kering. Ia juga sangat lembut dan tidak merengsakan kulit.

Itulah sebabnya madu adalah ramuan rawatan anti penuaan semulajadi untuk kulit yang popular pada banyak produk penjagaan kulit komersil seperti lip balm, krim pelembab kulit, pencuci muka, krim, gel mandian, syampu dan perapi.

 

rawatan anti penuaan semulajadi

MASKER MADU
Kelembapan adalah penting untuk kulit kekal lembut dan anjal.

Malangnya, kesan pengeringan daripada cuaca sejuk dan kesan kerosakan daripada matahari boleh menyebabkan kulit menjadi kering, kusam, tua dan berkedut. Masker muka boleh digunakan untuk pelbagai fungsi khas seperti menghidrat kulit kering dan teriritasi.

Ia adalah resipi kecantikan semulajadi yang sangat mudah: hanya satu bahan sahaja – madu mentah atau Madu Manuka dari New Zealand. Banyak madu lebah yang lebih murah di kedai runcit sebenarnya telah diproses dan enzim serta nutrien lain telah hilang… yang tinggal hanyalah gula.

Ia mungkin rasa sedap, tetapi tidak berkhasiat untuk kulit anda.

Madu adalah sangat lembut, jadi kebanyakan orang (walaupun mereka yang mempunyai kulit sensitif) boleh menggunakannya.

Berikut adalah masker muka madu do-it-yourself yang berkesan untuk penjagaan & rawatan anti penuaan kulit:

  1. Basahkan tuala muka dengan air suam dan cucilah muka anda.
  2. Ambil anggaran 1 sudu teh madu mentah (sampur dengan pati aloe vera tulen untuk efek yang lebih WOW!)
  3. Sapukan madu tadi pada wajah anda dengan menggunakan hujung jari. Sapukan dengan cara urutan bulatan kecil pada dahi, pipi, hidung dan dagu.
  4. Biarkan madu di wajah anda selama 20 minit.
  5. Bilas dengan air dan keringkan dengan kain lap bersih. Teruskan dengan rutin anda yang biasa. Ulangi seberapa kerap yang diperlukan.

Anda boleh melakukan teknik ini sekali seminggu sebagai rawatan anti penuaan semulajadi untuk membantu melembapkan dan meremajakan kulit anda.

See.. tak perlu berbelanja mahal untuk kelihatan cantik dan awet muda kan?

Anda hanya perlukan madu mentah sebagai bahan utama. Untuk dapatkan efek yang lebih WOW! anda bolehlah amalkan pengambilan madu mentah bersama pati aloe vera tulen sebagai minuman setiap pagi.

Tapi, dari mana anda boleh dapatkan madu mentah yang betul-betul ori? Maklumlah kan.. di pasaran terlalu banyak lambakan madu lebah sampai kita pun keliru yang mana satu ori yang mana satu yang dah diproses… atau lebih teruk lagi ada juga yang dicampur dengan air dan gula!

Baca juga: Perbezaan Mengejutkan Antara Madu Mentah Dengan Madu Diproses

rawatan anti penuaan semulajadi

KELEBIHAN & KEISTIMEWAAN MADU ASLI FOREVER BEE HONEY

  1. Forever Living Products (FLP) memiliki ladang penternakan lebah dan pemprosesan madu lebah yang terbesar di dunia!
  2. Kawasan penternakan lebah di gurun yang bebas pencemaran dan banyak pilihan bunga.
  3. Botol Forever Bee Honey direka khas (tinted) supaya kalis cahaya bagi membendung cahaya matahari daripada merosakkan khasiat madu.
  4. Forever Bee Honey mendapat pengikhtirafan KOSHER dan HALAL IFANCA
  5. Forever Bee Honey hanya mempunyai kepekatan kurang daripada 17% air menjadikan ianya sangat pekat.
  6. Forever Honey Bee ialah madu mentah yang 100% tulen. Ia tidak dimasak, tidak ditapis, tidak diproses dan masih dikekalkan kandungan semulajadi royal jelly dan debunganya. Ini juga menjadikan warna madu Forever Bee Honey lebih gelap berbanding madu asli lain.
  7. Ia mengandungi 16 jenis asid amino, karbohidrat, vitamin, mineral dan enzim dan sesuai untuk kanak-kanak (1 tahun keatas) dan orang dewasa.
  8. Pemanis yang berkhasiat, pengganti gula semulajadi dan mudah dicerna oleh badan.

 

Apa yang terjadi kepada tubuh anda apabila anda mula mengamalkan madu mentah?

Tonton vidoe di bawah

 

rawatan anti penuaan semulajadi

 

Komen Facebook:
Rawatan Anti Penuaan Semulajadi Dengan Madu

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *