Pernah dengar tentang penyakit kulit yang dikenali sebagai sopak @ Sopak @ Vitiligo? Atau ada sesiapa diantara saudara-mara atau kenalan anda yang menghidap penyakit sopak ini? Anda tahu apa rawatan penyakit sopak yang sesuai?

Pembedahan plastik?

Pembedahan kosmetik?

 

rawatan penyakit sopak

 

FAKTA SOPAK @ VITILIGO

  • Sopak @ Vitiligo adalah penyakit di mana sel-sel pigmen kulit, melanocytes dimusnahkan di kawasan-kawasan kulit tertentu.
  • Gejala dan tanda-tanda sopak @ Vitiligo termasuklah kehilangan warna kulit dalam bentuk depigmentasi atau kulit putih pada mana-mana bahagian badan.
  • Sopak @ Vitiligo boleh menjadi tumpuan dan berpusat pada satu kawasan atau ia boleh juga menjejaskan beberapa kawasan yang berlainan pada badan.
  • Penyebab sebenar sopak @ Vitiligo tidak diketahui, walaupun kebanyakan pakar percaya bahawa ia adalah keadaan autoimun di mana sistem imun tubuh tersilap menyerang dan memusnahkan sel-sel tertentu dalam tubuh.
  • Kebanyakan orang yang mempunyai sopak @ Vitiligo akan mula mendapat masalah tersebut sebelum usia 40 tahun; ada juga yang mendapatnya sebelum usia 20 tahun.
  • Sopak @ Vitiligo mungkin mempunyai komponen genetik, kerana keadaan ini cenderung berlaku kepada yang ada pertalian keluarga.
  • Sopak @ Vitiligo kadang-kadang dikaitkan dengan keadaan perubatan lain, termasuk masalah tiroid.
  • Tidak ada cara untuk menentukan sama ada sopak @ Vitiligo akan merebak atau tetap terbatas pada satu bahagian kulit sahaja.
  • Sopak @ Vitiligo tidak menyakitkan dan tidak mempunyai kesan kesihatan yang ketara; Walau bagaimanapun, ia boleh memberi kesan emosi dan psikologi kepada penghidapnya.
  • Sesetengah rawatan perubatan boleh mengurangkan tahap keseriusan sopak, tetapi ia boleh menjadi sukar untuk menyembuhkannya.
  • Tidak ada cara tertentu untuk mencegah sopak @ Vitiligo.
  • Tidak ada home treatment yang terbukti untuk mengubati sopak @ Vitiligo, tetapi penggunaan sunblock serta solekan atau pewarna untuk menutup kawasan warna kulit boleh memperbaiki penampilan.

 

APAKAH PENYAKIT SOPAK @ VITILIGO?

Sopak @ Vitiligo adalah gangguan di mana kulit berwarna putih @ cerah muncul di bahagian-bahagian tubuh yang berlainan. Ini berlaku kerana sel-sel yang menghasilkan pigmen (warna) kulit dimusnahkan. Sel-sel ini dipanggil melanocytes. Sopak @ Vitiligo juga boleh menjejaskan membran mukus (seperti tisu di dalam mulut dan hidung) dan mata.

Baca: Produk Skincare Tanpa Bahan Kimia Terlarang

 

APA YANG MENYEBABKAN SOPAK @ VITILIGO?

Penyebabnya tidak diketahui. Sopak @ Vitiligo boleh jadi penyakit autoimun. Penyakit ini berlaku apabila sistem imun anda tersilap menyerang sebahagian daripada tubuh anda sendiri. Bagi masalah sopak @ Vitiligo, sistem imun boleh memusnahkan melanocytes dalam kulit. Ia juga mungkin kerana satu atau lebih gen yang boleh membuat seseorang lebih cenderung untuk mendapatkan gangguan ini.

Sesetengah penyelidik berpendapat bahawa melanocytes memusnahkan diri sendiri. Ada juga yang mengatakan sunburn atau tekanan emosi boleh menyebabkan Sopak @ Vitiligo. Tetapi tiada bukti kukuh untuk ini.

 

SIAPA YANG TERKENA SOPAK @ VITILIGO?

Ramai orang yang ada masalah ini mendapatnya semasa usia 20an, tetapi ia boleh berlaku tanpa mengira umur. Gangguan ini memberi kesan kepada semua kaum dan kedua-dua jenis jantina. Walau bagaimanapun, ia lebih ketara pada orang yang berkulit gelap.

Orang yang ada penyakit autoimun tertentu (seperti hyperthyroid) lebih cenderung untuk mendapatkan sopak @ Vitiligo berbanding orang yang tidak ada penyakit autoimun. Para saintis tidak tahu mengapa sopak @ Vitiligo berkaitan dengan penyakit ini. Walau bagaimanapun, kebanyakan orang yand ada masalah sopak @ Vitiligo tidak mempunyai penyakit autoimun yang lain.

Sopak @ Vitiligo juga boleh terjadi akibat faktor genetik (keturunan). Kanak-kanak yang ibu bapanya ada masalah ini lebih cenderung untuk mendapat sopak @ Vitiligo. Walau bagaimanapun, kebanyakan kanak-kanak tidak akan mendapat sopak @ Vitiligo walaupun ibu bapa memilikinya.

 

rawatan penyakit sopak

 

APAKAH TANDA-TANDA SOPAK @ VITILIGO?

Tompok putih pada kulit adalah tanda utama sopak @ Vitiligo. Tompok-tompok ini lebih biasa di kawasan di mana kulit terdedah kepada matahari. Tompokan ini juga boleh terjadi pada tangan, kaki, lengan, muka dan bibir.

Bahagian lain yang mungkin mendapat sopak @ vitiligo termasuklah:

  • Ketiak dan pangkal paha
  • Sekitar mulut
  • Mata
  • Hidung
  • Pusat
  • Genital (bahagian sulit)
  • Kawasan rektum (dubur)

Orang yang ada sopak @ Vitiligo selalunya memiliki rambut yang bertukar kelabu (uban) lebih awal. Mereka yang mempunyai kulit gelap pula mungkin akan kehilangan warna dalam mulut mereka.

Baca: Bahaya Parabens Kepada Kulit

 

rawatan penyakit sopak

 

ADAKAH TOMPOKAN PUTIH SOPAK BOLEH MEREBAK?

Tidak ada cara untuk mengetahui samada sopak @ Vitiligo akan merebak atau tidak. Bagi sesetengah orang, tompokan putih mereka tidak merebak. Tetapi selalunya tompokan putih tersebut akan merebak ke bahagian badan yang lain.

Bagi sesetengah orang, sopak @ Vitiligo merebak secara perlahan selama bertahun-tahun. Bagi orang lain pula ada yang merebak lebih cepat. Sesetengah orang didapati mendapat lebih banyak tompokan putih selepas melalui tekanan fizikal atau emosi.

 

rawatan penyakit sopak

 

BAGAIMANA SOPAK @ VITILIGO DIRAWAT?

Rawatan penyakit sopak @ vitiligo boleh membantu menjadikan kulit lebih sihat. Pilihan rawatan bergantung kepada:

  • Jumlah tompokan putih pada kulit
  • Sebesar masa tompokan putih merebak
  • Rawatan penyakit sopak yang dipilih oleh penghidapnya

Sesetengah rawatan penyakit sopak tidak sesuai untuk semua orang. Banyak rawatan penyakit sopak boleh memberi kesan sampingan yang tidak diingini. Rawatan penyakit sopak juga boleh mengambil masa yang lama, dan kadang-kadang ia tidak berkesan.

Pilihan rawatan penyakit sopak @ Vitiligo termasuklah rawatan perubatan, pembedahan dan lain-lain. Kebanyakan rawatan ditujukan untuk memulihkan semula warna kulit.

Rawatan Perubatan:

  • Ubat (seperti krim) yang perlu disapu pada kulit
  • Ubat yang diambil secara oral (dimakan / diminum)
  • Rawatan yang menggunakan ubat dan cahaya ultraviolet A (UVA) (PUVA)
  • Membuang warna di bahagian lain supaya mereka sepadan dengan kulit yang bertompok putih.

 

Baca: Berjaya Elak Kaki Dipotong Akibat Luka Kencing Manis

 

Rawatan Pembedahan:

  • Tampalan kulit yang diambil daripada kulit pesakit itu sendiri. Doktor akan mengambil kulit daripada satu bahagian badan pesakit dan melekatkannya ke bahagian yang bertompok. Kaedah ini biasanya digunakan untuk orang-orang yang alami tompokan sopak @ Vitiligo yang kecil.
  • Tatu pada bahagian kulit yang bertompok kecil.

 

rawatan penyakit sopak
Forever Living Products adalah produk antarabangsa. Jadi, produk yang diambil oleh mereka di luar Malaysia mungkin berbeza mengikut negara masing-masing

 

RAWATAN PENYAKIT SOPAK (VITILIGO) SECARA SEMULAJADI FOREVER LIVING

Bagaimana produk berasaskan aloe vera & madu dapat membantu membantu orang yang ada kulit Sopak @ Vitiligo?

Seperti yang semua sedia maklum, aloe vera & madu telah pun digunakan sejak zaman dahulu kala lagi untuk kesihatan & kecantikan kulit dan tidak ada siapa pun yang dapat menafikan khasiat dua bahan semulajadi khazanah alam ini.

Forever Living Products merupakan peneraju dalam pengeluaran produk berasaskan aloe vera & madu asli terbaik dunia sejak tahun 1978 lagi. Forever Living memiliki ladang aloe vera & lebah terbesar di dunia dan ini membolehkan Forever Living mampu menghasilkan produk suplemen & penjagaan diri dengan standard tersendiri.

 

rawatan penyakit sopak

 

Kena ambil & guna produk dalam set ni ke?

Ya.. jika anda mahukan efek & keberkesanan yang optima kerana setiap satu produk tersebut memiliki fungsi tersendiri dan saling berkait antara satu dengan lain untuk membantu mengatasi sopak @ Vitiligo.

Nampak banyak kan? Anda mungkin terfikir harga set ni mahal… TAPI sebenarnya tidak.

Jangan bimbang, cepat-cepat WhatsApp saya di 019-7071977 dan saya akan berikan konsultasi serta cadangan produk terbaik yang sesuai dengan bajet anda.

 

rawatan penyakit sopak

 

Komen Facebook:
Rawatan Penyakit Sopak @ Vitiligo Tanpa Pembedahan Atau Suntikan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *