KENALI SERUM MAWAR ZEETA – KKM(NOT170701102K)

2 tahun berada didalam proses R&D dan sudah 5 tahun berada dipasaran dunia kecantikan.

Dihasilkan dengan packaging yang cantik, logo, label malah formula mengikut piawaian dan keselamatan yang telah ditetapkan oleh KKM sebelum ia dijual di pasaran.

Formula Serum Mawar Zeeta ini menjadikan ia serum muka terbaik yang dihasilkan daripada 100% bunga mawar merah organik. Sesuai untuk semua jenis kulit, cuaca dan gaya hidup wanita-wanita gojes di Malaysia.

serum mawar zeeta
Tersedia dalam botol / pek yang mudah dibawa kemana saja. Serum muka terbaik Zeeta ni menggunakan kaedah semburan terus ke kulit wajah bagi memelihara semua vitamin yang ada di dalam Mawar Organik ini.

Serum Mawar Zeeta juga bebas daripada bahan kimia terlarang seperti parabens & merkuri.

Serum Mawar Zeeta dapat membantu ramai wanita gojes Malaysia bebas daripada wajah yang penuh cela dan kesan parut, jerawat, bintik hitam, kulit kusam, kedutan dan jeragat.

Selain daripada itu, Serum Mawar Zeeta juga membantu mengecilkan liang pori kerana liang pori yang besar akan membuatkannya mudah tersumbat dengan kekotoran, debu pencemaran, bakteria dan minyak yang menjadi punca kepada whiteheads / blackheads dan jerawat.

 

Kenapa serum mawar Zeeta jadi pilihan jika anda mahu kulit yang sentiasa segar dan bebas cela?

Baca tentang khasiat & manfaat bunga mawar kepada kecantikan kulit & melawan penuaan.

serum mawar zeeta

10 FAEDAH AIR MAWAR: DARI ANTIOKSIDAN HINGGA KE ANTI-PENUAAN

Mungkin ramai yang dah tahu bahawa bunga mawar @ air mawar memberi kesan hebat dalam kecantikan kulit dan rambut. Tetapi tetapi mengapa ia bagus dan bagaimana cara yang betul menggunakannya, adalah kunci penting!

Oleh kerana itulah Serum Mawar Zeeta menjadi pilihan paling tepat jika anda mahu mendapatkan manfaat semulajadi bunga mawar sepenuhnya.

Berikut adalah 10 manfaat dan kelebihan bunga mawar terhadap penjagaan kulit dan rambut yang menakjubkan. Saya yakin, anda pasti jatuh cinta dengan Serum Mawar Zeeta selepas ini.

Tertanya-tanya mengapa air mawar telah menemui tempat di setiap rumah di India? Ia mudah. Memang tidak dapat dinafikan bahawa air mawar ibarat ramuan magik produk kecantikan dan sangat banyak manfaatnya.

Samada anda mempunyai kulit berminyak, kering atau kombinasi, air mawar adalah bahan yang wajib ditambah dalam rejim kecantikan anda. Itulah yang menjadi rahsia kecantikan atau senjata rahsia wanita di seluruh dunia, bukan hanya India.

Semasa ingin membeli air mawar @ serum mawar, anda harus memastikan anda hanya membeli 100% air mawar tulen iaitu air suling mawar atau mawar organik yang bebas bahan kimia seperti Serum Mawar Zeeta.

Penggunaan rosewater @ air mawar bermula dari awal tamadun Mesir, ketika Cleopatra (ya, Cleopatra) menggunakan produk semulajadi sebagai rejim penjagaan kulitnya. Dan bagaimana kita tidak mengikut jejak ratu kecantikan yang paling lagenda di dunia ni kan?

serum mawar zeeta

10 MANFAAT MAWAR UNTUK KECANTIKAN

  1. Rosewater @ air mawar membantu mengekalkan keseimbangan pH kulit dan juga mengawal minyak yang berlebihan.
  2. “Air mawar mempunyai ciri-ciri anti-radang yang boleh membantu mengurangkan kemerahan kulit yang merengsa, menghilangkan jerawat, dermatitis dan ekzema. Ia adalah pembersih dan pembantu yang hebat untuk menghilangkan minyak dan kotoran terkumpul di dalam liang pori yang tersumbat” – Deepali Bhardwaj, Pakar Penjagaan Kulit.
  3. Air mawar membantu menghidrat, menghidupkan semula dan melembapkan kulit yang membuatkannya kelihatan segar.
  4. Oleh kerana sifat-sifat antibakteria, air mawar juga membantu dalam penyembuhan luka dan parut.
  5. Ciri-ciri antioksidan air mawar membantu menguatkan sel-sel kulit dan menjana semula tisu kulit.
  6. Oleh kerana sifat astringen yang dimilikinya, air mawar mampu membantu membersihkan liang pori dan membuatkan tona kulit lebih sekata. Air mawar yang dititiskan ke dalam air untuk membuat steam muka dapat mengetatkan kapilari, mengurangkan kemerahan dan tompokan cela.
  7. Aroma mawar dapat merangsang mood. Ia membuat seseorang menjadi lebih tenang dan menggalakkan kesejahteraan emosi sehingga membuat anda berasa lebih santai. Sangat sesuai digunakan bagi menyokong meredakan anxiety disorder.
  8. Bahan berkhasiat dan pelembap air mawar dapat meningkatkan kualiti rambut. Ia terkenal untuk merawat radang kulit yang ringan dan menghilangkan kelemumur. Keajaiban air mawar mampu bertindak sebagai kondisioner semulajadi dan menggalakkan pertumbuhan rambut.
  9. Titiskan air mawar (serum mawar Zeeta) pada bantal anda untuk membantu anda tidur lebih lena selepas hari yang panjang dan memenatkan, menjadikan anda bangun lebih segar.
  10. Ia juga membantu menghalang penuaan kulit, menghilangkan garis-garis halus dan kedutan.
serum mawar zeeta
HARGA SERUM MAWAR ZEETA (Tidak termasuk pos)

 

serum mawar zeeta

WhatsApp saya di 019-707 1977 untuk info lanjut / membuat pesanan

Komen Facebook:
Serum Mawar Zeeta Pudarkan Parut & Jerawat

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *